CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lebih 2000 Jemaah Umrah Terkandas Di KLIA & Madinah

7-12-2016 09:56 AM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 6688| Komen: 27


Lebih 2,000 jemaah umrah rakyat Malaysia terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang dan Madinah sejak Ahad.


Memetik laporan mstar, punca kelewatan disebabkan masalah teknikal pesawat A380 yang disewa khas Malaysia Airlines untuk penerbangan Kuala Lumpur-Madinah.

Kira-kira 1,200 jemaah bagi penerbangan dari Kuala Lumpur ke Madinah, dan 1,200 jemaah lagi bagi penerbangan dari Madinah ke Kuala Lumpur terbabit dalam insiden kali ini.

Difahamkan, beberapa agensi yang menguruskan jemaah umrah terjejas akibat kelewatan itu adalah TH Travel and Services, Rayhar Travels, Zahafiz Travel and Tours, MR Travel and Services dan Andalusia Travel and Tours.

Sementara itu, Pengarah Urusan Rayhar Travels, Harun Ahmmu berkata, seramai 966 jemaah Rayhar dan Andalusia turut terlibat sejak Isnin.

Beliau turut menjelaskan, jumlah itu terdiri daripada 483 jemaah bagi penerbangan dari Kuala Lumpur ke Madinah, dan 483 jemaah lagi dari Madinah ke Kuala Lumpur.


Bagaimanapun tegasnya, semua jemaah telah dimaklumkan mengenai kelewatan itu dan sentiasa diberikan perkembangan terkini menerusi aplikasi ‘group’ WhatsApp.- CARI

sumber foto: mstar

sumber foto: mstar


7

Bagus
11

Marah
19

Terkejut
4

Sedih
28

Lawak
15

Bosan

Friends Rank (84 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Lebai_harum 7-12-2016 02:02 AM
MAS: Isu Teknikal Punca Jemaah Umrah Malaysia Terkandas

Diterbitkan: Selasa, 6 Disember 2016 7:00 PM

DIKEMASKINI

PETALING JAYA: Insiden lebih 2,000 jemaah umrah rakyat Malaysia yang terkandas di Kuala Lumpur dan Madinah disebabkan isu teknikal.

Malaysia Airlines dalam satu kenyataan pada petang Selasa berkata, sebuah pesawat sewa khas untuk membawa umrah perlu diselenggara.

"Penerbangan sewa khas antara Kuala Lumpur dan Madinah mengalami kelewatan disebabkan sebuah pesawat yang perlu menjalani penyelenggaraan tidak berjadual untuk pembaikan segera disebabkan isu teknikal," kata syarikat penerbangan itu.

Menurut syarikat penerbangan nasional itu, ia sedang berusaha untuk memperbaiki keadaan bagi memenuhi tanggungjawab terhadap jemaah supaya mereka dapat menunaikan umrah dengan selamat.

"Malaysia Airlines amat kesal terhadap sebarang kesulitan yang dialami jemaah. Keselamatan penumpang dan anak kapal adalah keutamaan.

"Malaysia Airlines berusaha mengendalikan penerbangan tambahan bagi mengembalikan operasi seperti biasa," katanya.

Tambah syarikat penerbangan itu, kemudahan penginapan, makanan dan minuman disediakan kepada jemaah yang terjejas.

Malaysia Airlines juga bekerjasama dengan wakil agensi pengembaraan bagi mengatur semula jadual penerbangan berikutan kelewatan yang berlaku.

Bagaimanapun seorang jemaah yang terkandas sejak Ahad lalu memberitahu mStar Online bahawa jadual penerbangan baharu telah ditetapkan pada pukul 3 pagi Rabu.

"Saya dapat maklumat daripada agensi mengenai penerbangan kami pada pukul 3 pagi," katanya secara ringkas.

Terdahulu, Pengarah Urusan Rayhar Travels, Harun Ahmmu berkata, Malaysia Airlines memaklumkan penerbangan ke Madinah bagi jemaah Rayhar dan Andalusia yang terkandas sejak Isnin telah dijadualkan pada pukul 8 pagi Rabu.

Dilaporkan, lebih 2,000 jemaah umrah rakyat Malaysia terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang dan Madinah sejak Ahad.

Difahamkan, ia melibatkan kira-kira 1,200 jemaah bagi penerbangan dari Kuala Lumpur ke Madinah, dan 1,200 jemaah lagi bagi penerbangan dari Madinah ke Kuala Lumpur.

Difahamkan, beberapa agensi yang menguruskan jemaah umrah terjejas akibat kelewatan itu adalah TH Travel and Services, Rayhar Travels, Zahafiz Travel and Tours, MR Travel and Services dan Andalusia Travel and Tours.
Quote tripleid 7-12-2016 02:48 AM
my mak dah selamat pn pergi naik saudi arabian airlines ahad lepas,hari sama jemaah yg mas angkut tu sangkut
Quote zeed 7-12-2016 06:52 AM
Meols pernah stranded kat dammam masa buat umrah. Naik saudi airlines. Hauk sangat. Katebang rosak. Kat situ la nampak mak & pak arab jerit2 kan orang saudi airlines. Orang asia macam weols diam je.. next morning baru dapat flight ke madinah.
Quote MissNigga 7-12-2016 06:57 AM
okie ler .. at least MAS bertanggung jawab provide penginapan (serta food sekali) ....
sambil terkandas tu .. merasa ler jugek dok hotel yang ada *
Quote al-asil 7-12-2016 07:09 AM
nama-nama kampeni travel yang dipercayai pulak yg jadi mangsa kelewatan flight MAS ni
Quote espri6006 7-12-2016 08:00 AM
Alangkah indahnya kalau dapat berpeluang menjejakkan kaki ke Mekah dan Madinah....harap dipanjangkan usia dan ada rezeki untuk tunaikan umrah dan haji.
Quote ronapink 7-12-2016 08:05 AM
espri6006 replied at 7-12-2016 08:00 AM
Alangkah indahnya kalau dapat berpeluang menjejakkan kaki ke Mekah dan Madinah....harap dipanjangkan ...

amin..

moga dipermudahkan
Quote kelana36 13-12-2016 11:50 PM
100 jemaah umrah terkandas di Nilai



13/12/2016 2:49pm

Oleh ZULKIFLI MANZOR

Hotel yang digunakan untuk menempatkan jemaah yang terkandas sejak seminggu lalu.

NILAI - Lebih 100 jemaah umrah terkandas di sebuah hotel di sini sejak seminggu lalu gara-gara sebuah agensi pengurusan umrah yang berpangkalan di Gombak, Kuala Lumpur didakwa gagal mendapatkan penerbangan ke Mekah untuk mereka. .

Bakal jemaah umrah terbabit ditempatkan di hotel itu oleh agensi berkenaan selepas mereka dimaklumkan penerbangan untuk ke Mekah ditangguhkan sewaktu tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) baru-baru ini.

Salah seorang bakal jemaah umrah terbabit, Nazim Ahmad, 62, berkata, dia sepatutnya menaiki penerbangan ke Mekah pada 8 Disember lalu, tetapi berasa terkilan apabila dimaklumkan tiada pesawat untuknya apabila dia tiba di KLIA.

"Saya sudah beberapa kali menunaikan umrah melalui agensi ini dan ini kali pertama berlaku. Mula-mula mereka beritahu ditangguh kepada 10 Disember lalu dan kemudian kepada 11 Disember 2016 tetapi masih tiada penerbangan hingga hari ini (semalam).

"Bagaimanapun saya redha dengan apa yang berlaku, tetapi tetap berharap supaya hajat untuk menunaikan umrah kali ini tercapai walaupun lewat daripada jadual awal," katanya ketika ditemui Kosmo! di hotel berkenaan hari ini. - K! ONLINE





Artikel Penuh: http://kosmo.com.my/kosmo/conten ... 3.htm#ixzz4SjWodnU3
Hakcipta terpelihara


Kesian betul dengan jemaah jemaah ni, dia orang dah buat kenduri, ada yang dah ambil cuti, tiba tiba  penerbangan di tangguh, tanguh dan tangguh lagi.

This time jangan salahkan agency umrah ok... sebabnya kerana syarikat penerbangan yang sepatutnya bawak jemaah tu tak dapat landing clearance kat Saudi..
Quote Decaffeinated 14-12-2016 12:12 AM
orang yang nak ke Mekah ni bukan macam nak pi holiday.... dia tak nampak kiri kanan dah.......

setiap saat kelewatan itu adalah seksa....

Quote dellashrill 14-12-2016 12:41 AM
kelana36 replied at 13-12-2016 11:50 PM
100 jemaah umrah terkandas di Nilai


tu la. agensi yang ternama pulak tu terbabit. lagipun ramai sangat orang Malaysia pilih pergi umrah masa cuti sekolah ni. pergi KLIA sabtu lepas, ramai sangat kaum keluarga yang menghantar jemaah. pening kepala sebab crowded. huhu.

Quote PEPPERMAN 14-12-2016 12:46 AM
MAS kan ada 6 A380.
Paling2 pun 3 bijik on service ke LHR.
1 sangkut, patut ada 2 lg yg availble...
Quote kelana36 14-12-2016 01:01 AM
PEPPERMAN replied at 13-12-2016 08:46 PM
MAS kan ada 6 A380.
Paling2 pun 3 bijik on service ke LHR.
1 sangkut, patut ada 2 lg yg availble.. ...

Yang sepatutnya travel dengan MAB dah clear dah...
Yang tinggal ni AlFajar punya jemaah, yang guna Eaglexpress Air Charter..
Quote OrenTheReturn 14-12-2016 01:25 AM
Nampak mcm2 masalah psl kesah g umrah n g haji ni. Buat apalah hantar mak ayah yg dah tua g tempat yg bersesak2 ganazzz2 gini. Semayang je lah puas2 tunggang tebalikk kat rumah.
Quote ikmanurz 14-12-2016 11:11 AM
aku cakap kalau sudah 'dijemput'; susah ke senang, pasti sampai jugak..

kekadang time nak pegi susah, sampai sana aman2 je
kekadang nak pegi senang...sampai sana ada je yang tak kena

kat opis aku ni ada 3 family yg sepatutnya pegi umrah bulan ni
2 dah lepas, 1 sangkut
kalau tak sampai seru..tak jejak jua

#jgnkecamsaya
Quote Wal..Hal 14-12-2016 11:20 AM
zeed replied at 7-12-2016 06:52 AM
Meols pernah stranded kat dammam masa buat umrah. Naik saudi airlines. Hauk sangat. Katebang rosak.  ...

Org arab mmg kasar2 sombong, sia2 je pi umrah habis pahala kat situ je marah2 org, org pegi umrah pun sbb mekah and madinah tu kat arab saudi je kalu x xhingin kite pi sane dgn perangai bongkak kasar buas mcm tu
Quote arasham 14-12-2016 11:24 AM
Wal..Hal replied at 14-12-2016 11:20 AM
Org arab mmg kasar2 sombong, sia2 je pi umrah habis pahala kat situ je marah2 org, org pegi umrah  ...

Nak dpt benda baik ni mmg banyak ranjaunya. Bila rasa susah renung balik ayat2 Allah swt dlm quran. Ingat balik pengorbanan rasul dan nabi mengembangkan syiar. Hilanglah marah, geram semuanya jadi nikmat..
Quote imransulaiman 14-12-2016 11:31 AM
Nasib baik Diva TingTong bukan salah seorang ahli rombongan yang terkandas. Kalau tak, memang *toooooot* memanjang kat IG dia
Quote kelana36 16-12-2016 10:34 AM
http://www.thesundaily.my/news/2096900

[size=14.004px]PETALING JAYA: The Malaysian Aviation Commission (Mavcom) will initiate investigation into Eaglexpressair's long flight delays which have left hundreds of umrah pilgrims stranded.
[size=14.004px]Mavcom executive chairman General (R) Tan Sri Abdullah Ahmad said today stern action would be taken against the airline if any wrongdoing is found.
[size=14.004px]About 250 pilgrims were stranded in a hotel in Nilai when their flights to Jeddah on Dec 5 was cancelled.
[size=14.004px]They were told multiple times their flight would be rescheduled to Dec 6, then to Dec 8, then to Dec 10, then to Dec 12, and the latest was a flight at 6.30pm on Wednesday.
[size=14.004px]However, the flight was cancelled as stated on the KLIA flight schedule and pilgrims are still waiting for a solution to the matter.
[size=14.004px]A pilgrim who preferred anonymity said the travel agency they hired, Al-Fajr Travel and Tours Sdn Bhd, informed him that they are doing their best to put them on a flight within a week.
[size=14.004px]"I spoke to Al-Fajr just now and they said they will look for a flight to fly us there within a week. Don't even dream of (jangan harap) getting a flight on Saturday or Sunday."
[size=14.004px]When contacted, Civil Aviation Department (DCA) director-general Datuk Seri Azharuddin Abdul Rahman said Eaglexpressair complies to all DCA regulations and to his knowledge, the airline could not obtain permission to land in Jeddah and was unaware of the reasons behind it.
[size=14.004px]Eaglexpressair said in a statement on Wednesday that it is working closely with authorities in Saudi Arabia to confirm landing slots.
[size=14.004px]Its media relations officer Nur Farra Alia Kamal Ariffin said they still have no news about the landing permit and had to reschedule to Dec 14 as Saudi Arabia has not told them why they are not giving the landing permit.
[size=14.004px]She gave an assurance the airline is doing everything in its power to obtain a landing permit so the pilgrims can proceed on their much awaited journey.
[size=14.004px]Attempts to reach Al-Fajr were unsuccessful.
[size=14.004px]Meanwhile, Minister in the Prime Minister's Department Datuk Seri Jamil Khir Baharom said the organisers did a good job in arranging other facilities but were unable to transport the pilgrims to Jeddah due to the rights unavailability.
[size=14.004px]He also said the government was looking at ways to help Eaglexpressair to earn their landing rights in Jeddah though the process may take some time.



[size=14.004px]Macam mana AlFajr boleh hire Eaglexpress ni, gaji pekerja pun dia tak boleh bayar......

Quote skystrike 16-12-2016 10:40 AM
well better diorang dapat detect technical problem flight masa kat ground...daripada tengah on air tetiba lak ada technical problem..

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 06:08 AM GMT+8 , Processed in 0.037860 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top