CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Rebah Selepas Bermain Badminton, Pegawai Kanan Polis Mati Mengejut

14-12-2016 10:48 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5865| Komen: 27

Description: Aktiviti sukan bertukar jadi tragedi apabila Timbalan Ketua Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka Supt Mohd Senu Mohd Nor meninggal dunia usai bermain badminton, Selasa malam.
Aktiviti sukan bertukar jadi tragedi apabila Timbalan Ketua Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka Supt Mohd Senu Mohd Nor meninggal dunia usai bermain badminton, Selasa malam.



Sumber foto: Carian Internet

Menurut Bernama, Ketua Polis Melaka Datuk Ramli Din berkata mangsa, 49, sedang berehat selepas bermain badminton sebelum rebah dan tidak sedarkan diri. 

Mangsa dikejarkan ke Hospital Melaka untuk mendapatkan rawatan, namun disahkan meninggal dunia kira-kira jam 8 malam.

"Allahyarham baru dua bulan bertugas di IPK Melaka dan sebelum ini merupakan Ketua Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda, Kedah.


"Allahyarham telah berkhidmat selama 28 tahun dan saya mengenali arwah sejak beliau berkhidmat di IPK dua bulan lepas, dan beliau merupakan pegawai yang rajin dan komited terhadap tugas," katanya.

Tambah Datuk Ramli, Allahyarham sebelum ini tidak mempunyai sejarah masalah kesihatan atau penyakit kronik dan punca kematian setakat ini disahkan sebagai mati mengejut, sehingga proses bedah siasat selesai.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri yang merupakan seorang guru dan tiga anak berusia lima hingga 19 tahun.

Jenazah Mohd Senu akan dikebumikan di kampung halamannya di Kampung Seribong di Pasir Tumboh, Kota Bharu malam ini (Rabu).

Proses penghantaran jenazah Allahyarham ke Kota Bharu akan dibantu IPK Melaka dan anggota polis di Kelantan. - CARI
12

Bagus
16

Marah
23

Terkejut
12

Sedih
15

Lawak
19

Bosan

Friends Rank (97 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote insulin 14-12-2016 10:54 AM
Takziah kepada keluarga mangsa.
Quote ronapink 14-12-2016 10:55 AM
takziah..

ramai juga yang mati lepas beraktiviti sukan..
Quote batman_2007 14-12-2016 11:08 AM
Muda lagi ni.. Takziah
Quote emelia1509 14-12-2016 11:10 AM
innalillah..
Quote sabar_sabariah 14-12-2016 11:16 AM
kematian memang tak dapat dielakkan
kalau dah tertulis, sudah sampai masa
takde apa dapat menghalang
tapi bila berhadapan dengan situasi camni,
penting orang sekeliling tau untuk melakukan CPR
sebagai langkah awal rawatan kecemasan
yg penting kita ikhtiar

innalillah dan takziah kepada keluarga mangsa
Quote myoujin 14-12-2016 11:16 AM
Takde orang cpr ke macam thread sebelah??
Quote ninnakarinna 14-12-2016 11:16 AM
Takziah kpd keluarga..
Quote prettyuglybabe 14-12-2016 11:24 AM
takziah je la
Quote highcastle 14-12-2016 11:26 AM
Bila rasa umur dah 40 tahun ke atas tu, hati2 lah bila nak main bolasepak atau badminton.......
Quote rosasa 14-12-2016 11:44 AM
49 tahun...sikit lagi nak keluar epf

takziah buat keluarga yang ditinggalkan.. kesian..anak kecik baru 5 tahun
Quote shamsadis 14-12-2016 11:53 AM
aku dah 2 tahun tak main sukan, last aritu main futsal, rasa nak pitam, nasib baik aku berjalan perlahan pusing gelanggang, kalau tak, meninggal dah
Quote Artemesiaa 14-12-2016 12:00 PM
Takziah buat keluarga beliau.  Ada ramai je yang jadi cam ni lepas main badminton sesak nafas rupa2nya ada masaalah kesihatan yang tak dia sedari sebab menganggap masih muda.
Quote chinta89 14-12-2016 12:12 PM
nk jaga kesihatan asal2 nya layan game ni.. tp kena tahu jugak had kemampuan diri.

tp gtu la kalau dh ajal.. Takziah.
Quote monsterwife 14-12-2016 01:09 PM
Bukan sahaja kena tahu CPR tapi choking management juga adalah penting.Jangan nak tggu paramedic aje.orang awam pun perlu tahu.
Quote Manjahati 14-12-2016 01:13 PM
Emoga ditempatkan bersama para solihin
Quote RatuDunia94 14-12-2016 04:44 PM
Sebelum main xde warm up ke? Badminton ni bukan sukan yg boleh terus main on the spot sbb ia melibatkan seluruh anggota badan..
Kena warm up.. Seminggu 2-3 kali g a jogging.. Baru syok main badminton.. Xde asik kejar shuttle jah..
Quote kemaruk 14-12-2016 04:53 PM
Kalau jarang bersukan, jangan terus all out bila main futsal/badminton..

Kalau tau ada tournament ke ape ke, mula dengan jogging ringan2 tetiap hari sebulan sebelum tournament.. sekadar buat push up dan sit up pon ok..

Tak la terkejut jantung dan badan korang..
Quote sepiITUindah 14-12-2016 05:02 PM
malu kat kak ros...60 ++ steady jer kawal gelanggang
Quote sepiITUindah 14-12-2016 05:09 PM
malu kat kak ros...60 ++ steady jer kawal gelanggang

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-6-2024 05:36 PM GMT+8 , Processed in 0.130996 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top