Kejam, tak berhati perut, durjana dan tiada belas kasihan, itulah antara kata-kata yang dapat menggambarkan seorang lelaki yang bertindak di luar batasan ini.
Dalam sebuah video yang viral di laman sosial Facebook baru-baru ini, jelas menunjukkan seorang lelaki yang dipercayai seorang bapa telah memukul dan memijak anaknya dengan kuat di tempat awam. Kejadian dipercayai akibat lelaki itu berang kerana anak tersebut gagal mendapatkan keputusan akademik yang cemerlang. Tindakan tak berperikemanusiaan itu berjaya dirakam kamera litar tertutup (CCTV) yang berhampiran dan tersebar ke alam maya. Video yang berdurasi lebih kurang seminit itu menunjukkan si bapa sedang duduk di atas sebuah motosikal sambil membelek buku sekolah anaknya.
Si anak yang dipercayai umur 6 tahun atau ke atas itu hanya berdiri di sebelah sebelum tiba-tiba dihenyak oleh bapanya. Lelaki yang berang itu turut dilihat memukul belakang kepala anaknya dan menyebabkannya terjatuh. Tambah kejam lagi, dia sekuat hati memijak-mijak anaknya dengan kaki. Orang ramai yang berada di sekeliling terus berkerumun mendapatkan mangsa dan cuba menenagkan lelaki berkenaan. Namun sayangnya, tiada sumber yang sahih tentang lokasi sebenar kejadian kejam yang berlaku ini. Netizen turut meluahkan rasa marah terhadap apayang berlaku dalam video ini: Kasihan melihat anak kecil dilayan seperti bintang oleh bapa yang boleh dianggap cetek pemikirannya ini. Walaupun anak gagal dalam pelajaran, seharusnya dia dibimbing untuk menjadi lebih baik, dan bukan dihukum sebegini rupa. Semoga ada balasan kepada manusia yang kejam seperti ini. -CARI
|
25
Bagus |
18
Marah |
18
Terkejut |
19
Sedih |
20
Lawak |
23
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
insulin replied at 16-12-2016 03:44 PM
Kesian budak malang tu.
Kejadian ni mungkin terjadi di China.
ronapink replied at 16-12-2016 03:36 PM
sebab tu kadang2 bila besar anak ni jadi gangster..memberontak
kecik2 dah diajar ganas,hati dia j ...
leylapple replied at 16-12-2016 04:31 PM
aku pun rasa di china...
kat msia nie masih rilek kalo tak berjaya...silap2 maybe dapat jadi me ...
manjalara_01 replied at 16-12-2016 05:04 PM
root cause suami dera isteri..sbb dah "diajar" sejak kecil...
ADVERTISEMENT