CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Lelaki Ini Kongsi Pengalaman, Bakal Majikan "Stalk" Facebook Ketika Sesi Temuduga

16-12-2016 05:56 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 9836| Komen: 26|Original author: Oleh : Dean BZ


Kewujudan media sosial di zaman teknologi serba canggih pada masa kini telah merancakkan lagi perkongsian maklumat tanpa sempadan.

Banyak kemudahan yang dapat dikecapi dengan adanya media sosial namun kesan negatifnya juga sangat besar terutamanya kepada perubahan sosial budaya.

Percaya atau tidak? Boleh dikatakan dalam Malaysia sahaja hampir 90 peratus rakyat Malaysia memiliki akaun Facebook dan 70 hingga 80 peratus adalah pengguna aktif. 

Dalam keghairahan berkongsi maklumat di dalam Facebook, mungkin ramai yang tidak sedar bahawa mereka telah melakukan perkara yang tidak sepatutnya di lakukan di media sosial. 

Sebagai contoh berkongsi butiran peribadi secara tepat seperti menggunakan nama sebenar, tempat tinggal, pekerjaan, gambar keluarga, status luahan perasaan dan bermacam-macam lagi. Persoalannya, adakah semua senarai rakan dalam Facebook anda adalah dikalangan kaum keluarga dan kenalan rapat sahaja? 



Lebih merbahaya apabila akaun Facebook anda dapat dibaca atau senang untuk "stalk" oleh semua pelayar internet, khususnya bakal majikan baru anda. Mungkin bunyinya pelik, apa pula kaitan akaun Facebook dengan bakal majikan? 

Mari kita baca perkongsian dari saudara Irwan Dahnil mengenai situasi yang dihadapinya sewaktu sesi temuduga. Mungkin pengalaman "ngeri" yang dialami oleh saudara kita ini akan membuatkan anda lebih berhati-hati apabila berkongsi maklumat peribadi di media sosial. Jom baca!


Tahun lepas ada sekali aku apply kerja part time kat Glasgow. Selang seminggu aku dapat email. Panggil interview. Kelakar. Sudah tiada calon agaknya sampaikan aku yang tiada pengalaman pun dipanggil. Disenarai pendek kawan. Boleh tahan.

Hari interview aku pakai baju suit bertali leher. Hensem. Berdebar, masuk dengan yakin, salam dan dipersilakan duduk. Depan aku ada seorang profesor, seorang manager dan seorang specialist. 

Intro lebih kurang, profesor tu toleh ke komputer. Belum sempat cerita buka mulut, nampak akaun FB aku sudah terpapar di skrin. Ohoi!

Rupanya blog aku pun dia sudah baca. Siap tekan butang translate. Rupanya profil aku sudah di skrin awal-awal. Paling tidak tahan, nama aku siap di Google lagi. Terasa 'ditelanjangkan'

Nasib baik aku tulis yang baik-baik. Aku tidak dapat job. Bukan rezeki tapi aku belajar pengalaman mahal hari itu. 

1. Zaman sekarang akaun sosial media kau memang jadi rujukan pertama majikan. Biar apa pun tujuan kau pakai FB tapi itulah yang kau gambarkan pada semua orang. Kau pernah Google nama sendiri ?

2. Menggunakan nama sebenar dan foto asli sangat membantu meyakinkan majikan. Kalau kau letak foto profil gambar kucing dan nama bukan sebenar, apa kau nak jawab dengan majikan?

3. Kau tulis benda elok. Bukan meroyan, meraban atau merepek. Malu dengan majikan bila dia tengok kau beriya cerita tentang Buntat. 

4. Apa yang kau share menggambarkan apa yang kau minat atau isu yang menarik bacaan. Risiko paling tinggi bila share cerita politik. 

5. Kalau kau asek kempen jual tudung kat FB atau Insta. Majikan mana yang rasa beruntung kalau rasa bayar gaji untuk pekerja buat bisnes online. Masa opis pulak tu. 

Aku percaya kau lebih baik dari itu. 

Bila kita mahu berhubungan dengan orang, kita belajar hargai diri sendiri dulu. Orang akan pandang kita seperti apa yang kita gambarkan pada orang lain. 

Zaman sekarang media sosial ini lebih telus. Sekali kita skrol wall orang kita boleh tahu apa jenis punya manusia. Mungkin tidak tepat, tapi biasanya andaian kita tidak meleset jauh. 

Biar kita tidak sebaik mana, tapi kalau jahat pun jangan mendabik dada. Kalau bukan manusia menilai kita, Tuhan itu ada. Malaikat mencatat tanpa lupa. 

Aku ingatkan je. 
Catatan kembara
Irwan Dahnil
Sahabat baik anda
Glasgow, Sekutland

Sudah hadam sepenuhnya perkongsian diatas? Jadi, manfaatkan penggunaan media sosial dengan sebaiknya untuk berkongsi maklumat dan apa yang dirasakan perlu sahaja, bukan kongsi kesemuanya terutamanya butiran peribadi.  - CARI



*Ini adalah pendapat peribadi penulis sendiri dan tidak semestinya mewakili pandangan CARI Infonet.





15

Bagus
33

Marah
18

Terkejut
13

Sedih
32

Lawak
17

Bosan

Friends Rank (128 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote munchkin 16-12-2016 06:28 PM
Memang pun. Aku pun nak tahu aku google je or check social media. Tahulah aku dengan orang jenis cam mana. Bukan apa, senang nak tahu apa yang nak dibualkan and apa to avoid (mudah sentap).
Quote pocongkiutss 16-12-2016 06:30 PM
Masukkan contoh buntat lak..berapa jam sgtlah trending..yg suri hati dot3 tu lagi la ovver *yawn*

Quote jajahoney 16-12-2016 06:37 PM

hak ah memang senang nak dapat detail. tanya pak cik google je. dat why iols x letak nama betul
Quote missinpiece 16-12-2016 07:40 PM
Huhu. Penah time interview org tu dok sembang pasal pilihan nama utk email. Punyalah panjang lebar cte pasal one of the student pilih funny name yg memalukan mak ayah . Well, i get the point. Email i pon bunyi malasss je dan cte dia tu of coz sipi2 hala kat i
Quote batmana 16-12-2016 08:00 PM
Ketinggalan zaman mamat Ni.sejak zmn yahoo Lagi majikan dh start stalk butiran calon..aku pnah jupe senior tahun 2001 Lagi kna stalk profile kt tenet..pdahal Google ,fb lum Ade..
Quote Carl_Kausar 16-12-2016 08:37 PM
biasa je google nama.
haha.

err...err...haha
Quote awekjepun 16-12-2016 08:53 PM
Terlalu detail sgt pun xblh kat fb ni..bahaya..
Quote Diann 16-12-2016 10:46 PM
Bahaya kot. Macam takde privasi dah. So, bila menulis/share apa-apa kena think wisely
Quote j3m4h 17-12-2016 03:28 AM
Ok je pada i diorg nk stalk, sbb kt soc med diorg leh knal character and more detail pasal urself... xde la nk pretending mase interview tuh..so kalo u xwat salah knp nk takot?? Lg haru kalo diorg cek nama forumer chuolsss...hahaha
Quote znorm 17-12-2016 07:03 AM
Memang antara cara nak kenali seseorang adalah melalui penulisan dia..
Quote eizarz 17-12-2016 07:04 AM
sekutland..mcm biskut dah
Quote WajibulGhunah 17-12-2016 08:06 AM
Bkk wechat lg jelas terang nyata org tu cnne
Quote rosasa 17-12-2016 10:37 AM
rasanya, ada tak majikan check kat tumblr?

Quote jiji85 17-12-2016 11:53 AM
point no 13 win..haha..merempam hal buntat..penin bos kokensen nak tau sapa buntat.. nama iols d google xda jah..tp husband iols kalau d google nama siap ada keluar nomo telepon lagi..mudah keja ex gepren nak reunited kalau gitu..
Quote Cyempaka 17-12-2016 12:03 PM
memang biasa kot org check fb.

penah skali dah call panggil interview lepas tu kitarang saja2 check fb dia..sekali tgk  status dia macam saiko2 je...nak bunuh diri la..gmbr pisau darah2 nak bunuh org tu nak bunuh org ni...pastu status ayat tunggang langgang xboleh faham.

masa dia datang interview masing2 muka cuak je... tukang interview pun tanya sikit2 je.
lepas tu mmg derang akan check fb sebelum call pggl interview
Quote jazaa100 17-12-2016 03:17 PM
Cyempaka replied at 17-12-2016 12:03 PM
memang biasa kot org check fb.

penah skali dah call panggil interview lepas tu kitarang saja2 ch ...

Kesian kat mamat tu...



Quote Mary_jane 17-12-2016 06:03 PM
Kalau i google nama sendiri, entah apa yang keluar agaknya.
Quote esbok 18-12-2016 12:39 AM
arwah bapak aku nak check bakal menantu pun google
Quote cmf_jeangrey 18-12-2016 06:19 AM
Ai pun pernah google nama sendiri...nasib baik keluar yg elok2 je mcm linkedin, links to certain websites sbb nama iol ada dlm tu...kalau fb guna nama lain

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 07:23 AM GMT+8 , Processed in 0.044273 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top