CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Menipu Jual Kek Cawan, Lelaki Ini Guna Taktik Menangis Tak Berhenti

19-12-2016 11:08 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 15441| Komen: 46|Original author: Oleh: Myra Rozi

Ramai di antara kita yang selalunya akan membeli barangan dari penjual yang datang menjaja dari satu meja ke satu meja. Apatah lagi, jika penjual tersebut mengatakan wang hasil jualan itu akan digunakan untuk membiayai pengajian adiknya. 

Pastinya, ramai akan bermurah hati untuk menolong, dan apalah sangat dengan membantu membeli kek cawan yang harganya cuma RM10 untuk 5 biji, kan?

Namun, gimik jualan ini didedahkan oleh seorang netizen yang baru-baru ini menyedari terlampau banyak penjual kek cawan berlegar ditepi jalanan mencari mangsa.


Menurut seorang netizen yang cuma dikenali sebagai Winnie, dia telah berkongsi pengalamannya di sosial media selepas berdepan dengan situasi ini.

Menurutnya, dia berdepan dengan seorang lelaki yang membawa beg penuh dengan kek cawan yang datang kepadanya di dalam sebuah kafe namun dia menolaknya dengan sopan.
Foto: Facebook
Walau bagaimanapun, penjual kek cawan tersebut mula menangis tidak berhenti-henti disebabkan Winnie tidak mahu membelinya.

Netizen lain yang membaca kisah ini mengatakan mereka juga berdepan dengan perkara yang sama namun di lokasi yang berbeza. Mereka juga mendakwa ramai penjual kek cawan itu sekarang bergerak aktif dan berleluasa di Johor Bahru.

Ada juga seorang wanita yang mengatakan dia membeli kek cawan tersebut di Kuala Lumpur namun apa yang menimbulkan keraguan adalah dia berdepan gimik yang sama semasa berada di Johor Bahru. Ceritanya serupa iaitu untuk membiayai pengajian adik perempuannya.


Seorang netizen memberikan komen, "Lelaki penjual kek cawan itu akan mengatakan yang dia datang dari Filipina. Mereka selalunya menggunakan gimik yang sama. Saya mempercayai cerita tersebut pada mulanya, namun kemudian sedar ia adalah sindiket yang sama."

Sekarang, sindiket itu telah pun menular di Petaling Jaya, Kuala Lumpur, Seremban, Masai dan Permas. Biasanya penjual kek akan membawa sekali kad bertulis, "Excuse me for a while, I'm xxx knocking on your generous heart to please buy my special muffins to support my daily needs. Thank you and more blessings to come."

Foto: Moretify
Walaupun tahu tentang taktik penipuan tersebut, ada juga netizen yang berpendapat ianya tidak salah kerana mereka berusaha untuk mencari duit.

Antara komen netizen.
Jadi, menurut anda pula bagaimana. Adakah ianya beretika untuk sengaja menjaja cerita tidak betul semata-mata untuk membuatkan jualan kita laku? -CARI

25

Bagus
20

Marah
25

Terkejut
27

Sedih
31

Lawak
32

Bosan

Friends Rank (160 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote framecermin 19-12-2016 11:22 AM
Aku pun pernah gak pegi mkn pas tu ada org dtg nak jual cup cake. Disebabkan dia cara dia bertutur kedengaran spt org Indon ke Filifina gitu aku tak mau beli. Tapi anak aku nak juga kek coklat tu jadi mak aku la belikan.  Aku bukan apa, klu nak beli benda makan ni aku agak teliti sb diaorg ni tak tau cara pembuatan nya cam mana bersih ke tidak. Aku klu nak beli lebih utamakan buatan Malaysia.
Quote harrypoter 19-12-2016 11:27 AM
pada aku bukan soal mahal atau kesian....
isunya halal ke utk dimakan?siapa yg buat?dimana?
Quote CiliPadiSedap 19-12-2016 11:42 AM
akak pernah kena tipu kat aeon  wangsa maju, yang datang minta derma, sebab coverina derma tanpa check google. dia datang bawa gitar ukelele nyanyi lagu indon. akak cair. lepas dh habis derma akak google rupanya sindiket.

kalau akak tahu, akak simbah air dalam cawan ke muka dia orang. naifnya akak kena tipu
Quote samasam90 19-12-2016 11:50 AM
Edited by samasam90 at 19-12-2016 11:53 AM

menyakinkan sangat ke tangisan theyolls? gambar atas sepertinya tasty
kalau menyakinkan and tasty, boleh try berlakon dek non. cari agensi2 lakonan, jadi extra pun boleh. yg penting halal
Quote CrowneGlory 19-12-2016 12:23 PM
pinoy kah? kalau setakat kaum pendatang yg jual mmg selayaknya kena maki ... ntah mcm mana cara pembuatan kalau dh cara jual pun mcm ni...

akak akan tolong kalau rakyat msia susah jah yg dtg jual2 atau mintak derma... semlm g semenyih ada india kudung tangan jual pen...walau pun RM10 pen dia jual ...akak ttp beli pasal kesian..selain tgn kudung dia ckp wife dia sakit...terpaksa berjual nk cover ubat wife n belanja sekolah anak2...
Quote irwansuhadi 19-12-2016 12:31 PM
tolonglah..jangan lah beli dari diorang...
isu halal haram satu hal...
mereka nih sudah terlampau senang, sistem kita dipijak2 nya, rakyat kena bayar cukai, mereka? haram sesen pun tak bayar... charge pulak harga standard kl. tolonglah rakyat malaysia...berbaik pun ada hadnya....
Quote felinecat 19-12-2016 12:34 PM
aku pon kena, perempuan muda yg jual, lawa la jugak. katenye jual cupcake untuk tampung pengajian..tp cara cakap mcm filipino!!!!  care die speaking sebijik mcm filipino dlm drama tv...
Quote net_level 19-12-2016 12:40 PM
CrowneGlory replied at 19-12-2016 12:23 PM
pinoy kah? kalau setakat kaum pendatang yg jual mmg selayaknya kena maki ... ntah mcm mana cara pemb ...

iols sokong...
in fact foreigner sekarang ramai yg mengemis tepi2 jalan tunggu dekat traffic light...
bila lampu merah, die ketuk2 cermin kereta minta sedekah...
dorang ni dtg cni mestilah melalui ejen syrkt pekerjaan kan... lari dr tmpat kerja pastu mengemis?
entah2 passport pun dah lama expired..

Quote felinecat 19-12-2016 12:43 PM
net_level replied at 19-12-2016 12:40 PM
iols sokong...
in fact foreigner sekarang ramai yg mengemis tepi2 jalan tunggu dekat traffic ligh ...

yg ni waktu ak pergi pj, traffic light bawah jambatan motorola
Quote felinecat 19-12-2016 12:45 PM
lg satu sindiket yg buat alasan duit xcukup nak bli tiket balik rumah. ak terkena, bahalol sungguh. time tu ak kesian, ak bg je la duit.pastu bru ak terpikir, awat la ak xbelikan tiket instead bg duit. bahalol sungguh peminta yg menipu ni
Quote felinecat 19-12-2016 12:49 PM
irwansuhadi replied at 19-12-2016 12:31 PM
tolonglah..jangan lah beli dari diorang...
isu halal haram satu hal...
mereka nih sudah terlampau ...

kekadang bukan sebab baik sgt, tp terpaksa. mcm yg kt artikel tu, siap menangis2, xke gelabah. kene viral la mende2 mcm ni untk kesedaran. ak dh terkena, sekrg belajar keraskan hati je. nak derma, baik derma ke tempat yg sepatutnye...yg jual cream muke pon same, memaksa org beli, kalau korang perasan la, cream warna putih, packaging of coz lain2... cara jual lak suruh kite pegang cream n calit kt muke, natang tol
Quote missinpiece 19-12-2016 12:51 PM
Tula x sahih halal or x. Pnah gak beli dari persatuan yg membantu ibu tunggal. Ke sindiket jugak ? Pada me ok lg la ade inisiatif jual brg dari meminta2
Quote Artemesiaa 19-12-2016 12:54 PM
Kalau ada yang nak mintak derma tunjuk kad penerangan sambil jual barangan cam cup cake ke key chain ke memang tak akan layan
Quote matchstick 19-12-2016 12:55 PM
Yg duk kt stesen2 minyak jual kopok keping tu org apa ek? Kesian tgk. Seharian duk situ mcm xde org beli pun. Tp xde pulak dorg memaksa beli. Bila lalu dkt  dorg angkat tunjuk kopok tu kita geleng dh..x paksa pun. Tp terpikir gak mcm mana dorg sara hidup kalu seharian duk kt stesen minyak tu. Kalu dpt jual pun mgkn 2-3 bungkus sehari. Ada yg bg derma ke..
Quote net_level 19-12-2016 12:56 PM
felinecat replied at 19-12-2016 12:43 PM
yg ni waktu ak pergi pj, traffic light bawah jambatan motorola

banyak la tempat dorang... tapi tak tahu sindiket ke apa..kekadang kesian pun ada.. lagi2 yg bawak anak budak kecik tu..

Quote mamapea 19-12-2016 01:04 PM
matchstick replied at 19-12-2016 12:55 PM
Yg duk kt stesen2 minyak jual kopok keping tu org apa ek? Kesian tgk. Seharian duk situ mcm xde org  ...

btl2..kesian sgt tengok...slalunya aku mmg x beli la...aku sedekah jer...
kt petronas tmn melati ada pakcik & makcik...sayu jer muka diorg...
Quote matchstick 19-12-2016 01:10 PM
mamapea replied at 19-12-2016 01:04 PM
btl2..kesian sgt tengok...slalunya aku mmg x beli la...aku sedekah jer...
kt petronas tmn melati  ...

Haah..mmg muka sayu je dorg. Besa lelaki umur 40-an gitu pakai kopiah. Selalu tgk ada kt petron sblm tol sg besi tu
Quote mamapea 19-12-2016 01:14 PM
matchstick replied at 19-12-2016 01:10 PM
Haah..mmg muka sayu je dorg. Besa lelaki umur 40-an gitu pakai kopiah. Selalu tgk ada kt petron sb ...

aku rasa tu je kot punca pendapatan diorg...mesti dtg dr pantai timur...
sblm ni ada budak2 muda dtg dr ganu jual keropok kt rumah aku...
nak beli xde org nak mkn...xnak beli pulak kesian...
aku beli terperap mcm tu jer la...bila dia dtg lg aku sedekah jer...
budak tu xnak ambik...pastu terus x pernah dtg dah...
Quote hanisbunny 19-12-2016 01:22 PM
net_level replied at 19-12-2016 12:40 PM
iols sokong...
in fact foreigner sekarang ramai yg mengemis tepi2 jalan tunggu dekat traffic ligh ...

alamak..btul la..Malaysia dh ghuper mcm indo,pinoy, india etc..selama neh mmg sllu tgk dkt tv cara2 mcm tu la diorg kutip derma n jual brg ni semua..nmpknye bersepah plak org diorg buat mcm tu dkt Malaysia..alahaii..

Lihat semua komen(46)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 05:47 AM GMT+8 , Processed in 0.066612 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top