CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Cuba Sendiri, Resipi Rahsia Kuih Keria Melaka Homemade

19-12-2016 11:57 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 23935| Komen: 71|Original author: Oleh: Myra Rozi

Kebelakangan ini heboh dengan orang bercerita tentang keenakan kuih keria antarabangsa yang terkenal di Melaka.

Namun, bagi orang yang duduk jauh memang agak sukar untuk merasainya, tapi jangan risau sebab resepi yang dikongsikan ini hebat dan setanding rasanya. 


Foto: Star2.com
Bahan-bahannya:
500gram ubi keledek
1 cawan tepung gandum
1/4 cawan tepung gandum (untuk menguli)
1 sudu besar tepung beras
1 sudu kecil garam halus
1 sudu kecil double action powder/2 sudu besar baking powder

Bahan sira:

150 gram gula melaka atau 1 1/2 ketul gula melaka
1 ketul gula batu
1 sudu besar gula pasir
1/4 cawan air

Langkah-langkah:

1. Guna keledek putih dalam berat sekitar 500 gram

2. Kupas ubi dan rebuskan sehingga empuk. Masukkan sedikit gram dalam air rebusan

3. Tumbuk ubi dengan menggunakan lesung batu

4. Masukkan secawan tepung gandum dan satu sudu besar tepung beras bersama ubi dan ulikannya

5. Masukkan sesudu kecil double action baking powder? 2 sudu kecil baking powder biasa

6. Gunakan 1/4 tepung gandum yang lebih untuk digunakan semasa menguli untuk elakkannya dari melekat di tangan

7. Bentukkan adunan guna penutup botol apa sahaja mengikut kesesuaian

8. Susun adunan kuih atas talam dan taburkan sedikit tepung sebelum digoreng

9. Goreng sehingga warna kuning keemasan

10. Angkat dan toskan minyak

11. Untuk buat sira, hancurkan gula melaka dan gula guna lesung batu

12. Campurkan gula melaka tadi berrsama air dan gula pasir sehingga sebati

13. Masak adunan dengan api kecik dan sentiasa kacau untuk elakkan hangit. Tunggu buih-buih kecil muncul, tanda sedia untuk disira

14. Masukkan kuih keria dan kacau rata sebelum tutup api

15. Siap dan boleh dihidangkan

Mudah sahaja kan, bolehlah lepas ini jadikan kuih keria sebagai juadah di rumah atau dijual. Selamat mencuba! 

Kredit resipi: Facebook Azlina Ina Fans -CARI
47

Bagus
55

Marah
35

Terkejut
34

Sedih
46

Lawak
55

Bosan

Friends Rank (272 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CrowneGlory 19-12-2016 12:26 PM
nmpk sedap nya....kebersihan pun terjamin buat sendiri...weekend ni cuti pjg, akak make sure buat
Quote CiliPadiSedap 19-12-2016 12:33 PM
CrowneGlory replied at 19-12-2016 12:26 PM
nmpk sedap nya....kebersihan pun terjamin buat sendiri...weekend ni cuti pjg, akak make sure buat

nak sikit kak.. lapar
Quote kikuri 19-12-2016 12:36 PM
aritu adik iols ade beli dengan sape tah... tak sedap.. dah la guna ubi keledek tua... penuh dengan urat ubi... kenot go...
Quote buragazz 19-12-2016 12:58 PM
Baking powder double action tu tak sama ek dengan yang biasa

Mana nak beli
Quote rosmahisham 19-12-2016 01:01 PM
buragazz replied at 19-12-2016 12:58 PM
Baking powder double action tu tak sama ek dengan yang biasa

Mana nak beli

Double action lg cpt naik n berganda naik dr baking powder.blh beli kt kedai bahan kek n biskut.
Quote rosmahisham 19-12-2016 01:04 PM
CrowneGlory replied at 19-12-2016 12:26 PM
nmpk sedap nya....kebersihan pun terjamin buat sendiri...weekend ni cuti pjg, akak make sure buat

Kan..aksk.klu kuih yg diuli dgn tgn ni mmg lemah sikit nk makan.kdg2 terlupa mmg sdp je mkn ha hs.tu psl family akak lebih suka kuih talam.x de gaul n uli melampau2 hi hi
Quote indenial 19-12-2016 01:28 PM
Penuh timeline fb n explore ig dgn keria ni. Tp j x pernah cuba2 makan lg.
Quote buragazz 19-12-2016 01:34 PM
rosmahisham replied at 19-12-2016 01:01 PM
Double action lg cpt naik n berganda naik dr baking powder.blh beli kt kedai bahan kek n biskut.

ooo.. tq TT
Quote chinta89 19-12-2016 02:12 PM
rosmahisham replied at 19-12-2016 12:51 PM
Gula dia mmg meleket2 mcm tu ke.x pnh try lg keria antarabangsa tu.x comot ke makan mcm tu npk stick ...

bila dah sejuk, ia akan keras/melekit2 gtuh. xde lah bila angkat kuih keria tu, cair meleleh mcm air gula nak wat kopi

kalau bancuhan pekattt, ia akan keras kat kuih. sesetengah akan keras n timbul 'bergula2' kat kuih. kalau x pekat dan sedang2 je, melekat elok serta likat2 gtuh.

harap penyampaian iols ni masih difahami, sb kut2 berbelit cara ai explain..
Quote rosmahisham 19-12-2016 02:54 PM
chinta89 replied at 19-12-2016 02:12 PM
bila dah sejuk, ia akan keras/melekit2 gtuh. xde lah bila angkat kuih keria tu, cair meleleh mcm a ...

Sorry akak td x sempat tgk gambar yg dah siap tu akk tgk yg dlm kuali je.tu yg npk sticky masih bsh n blm kering..tq bg pencerahan.nk edit tp terdelete la pulak.  

derang mmg buat gula kadaryg sedikit je  kan npk nipis n x berbiji n timbul gula tu.sekadar salut je
Quote chinta89 19-12-2016 03:03 PM
rosmahisham replied at 19-12-2016 02:54 PM
Sorry akak td x sempat tgk gambar yg dah siap tu akk tgk yg dlm kuali je.tu yg npk sticky masih bs ...

tetiba rse nk mkn kuih keria la pulak kan tgk gmbr tu hahaha,,,....
Quote rospinki 19-12-2016 03:38 PM
akak dh buat 3 kali makan..cuma tak taruk baking powder..dh agak dahh keria melaka tu letak bp patutla montel..selainnya amat puashati dgn hasil sendri.

Quote WarnaPelangi 19-12-2016 03:42 PM
Sedapnya.. terliur pula bila tengok gambar ni
Quote siskepoh 19-12-2016 06:11 PM
memang popular keria ni sekarang
Quote cik-jaja 20-12-2016 08:49 AM
tak manis sgt ke tu
Quote xyhxxy 20-12-2016 10:37 AM
sedapnyaaa
Quote TJ2 20-12-2016 12:10 PM
weekend ari tu try buat tp tak berapa menjadi
Quote MissVixen 22-12-2016 12:39 PM
rospinki replied at 19-12-2016 03:38 PM
akak dh buat 3 kali makan..cuma tak taruk baking powder..dh agak dahh keria melaka tu letak bp patut ...

Apa beza rasa dia kalau tak bubuh baking powder? Kalau tak ubuh boleh ye.
Saya boleh rasa after taste baking powder. Tak sodap.
Quote rospinki 22-12-2016 01:50 PM
@MissVixen

beza dia keria tu lebih gemok  dan tepung lebih, mcm cekodok org taruk bp tu kan ada rasa baking powder tk sedap kan.

kalau yg orijinal manader baking powder..tapi sukatan ubi keledek yg dh lenyek dgn tepong seimbang..still gemok dan gebu.

Lihat semua komen(71)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 05:29 AM GMT+8 , Processed in 0.047252 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top