CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kerja Selenggara Pencawang TNB Selesai , Tiada Lagi Gangguan Bekalan Air

20-12-2016 04:19 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5650| Komen: 27

Foto Hiasan

Kerja-kerja penyelenggaraan oleh syarikat Tenaga Nasional Berhad (TNB) di stesen pencawang Bukit Badong siap sepenuhnya mengikut jadual yang ditetapkan.

Dalam kenyataan Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS), pusat rawatan air Fasa 1, 2 dan 3 di Sungai Selangor kini beroperasi sepenuhnya susulan perkembangan daripada kerja-kerja penyelenggaraan itu.

Memetik laporan mStar Online, bekalan air akan kembali pulih di Zon Satu bermula pukul 4 petang Selasa. Tambahnya, lori tangki air akan dihantar ke kawasan yang mengalami gangguan bekalan air ekoran tahap simpanan air yang rendah.

"Pengguna diminta menggunakan air secara jimat bagi mempercepatkan proses penyimpanan air di semuka kawasan terutamanya di lokasi sistem pengagihan dan kawasan tinggi," jelas Syabas.


Pengguna boleh merujuk kepada aplikasi mySYABAS, syabas.com.my, laman Facebook atau Twitter Air Selangor untuk mendapatkan maklumat terbaharu. -CARI
16

Bagus
20

Marah
21

Terkejut
23

Sedih
12

Lawak
21

Bosan

Friends Rank (113 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote drivethru 20-12-2016 04:49 PM
Arini dapat cuti tanpa rekod.
Quote kentel 20-12-2016 04:55 PM
drivethru replied at 20-12-2016 04:49 PM
Arini dapat cuti tanpa rekod.

gomen ka?
Quote qronaldo7 20-12-2016 04:55 PM
yahoo. leh mandi buih
Quote mamaezah 20-12-2016 05:01 PM
cam beruk, kelana jaya masih tak dak ayaq ni, kira macam mana??? kejadahnya selesai??????????
Quote munchkin 20-12-2016 05:05 PM
NI berita utk hari ni je kan?

Esok ada gangguan semula kan?  Berita cam hapa je. Berbelit belit lah syabas ni. Kat twitter lain. Kat app lain. Kat fb lain.
Quote munchkin 20-12-2016 05:08 PM
Kalau dah selesai make sure segala platform utk beri informasi kena selaras. Cakap dah selesai tapi masih tempek jadual ada ganngguan. Kalau dah takde gangguan remove the jadual
Quote drivethru 20-12-2016 05:08 PM
kentel replied at 20-12-2016 04:55 PM
gomen ka?

Swasta. Semalam beli 10 lori tangki air. Tapi semua keje reject sbb air tu kuning n high clorine. X sesuai utk production.
Quote munchkin 20-12-2016 05:14 PM
mamaezah replied at 20-12-2016 05:01 PM
cam beruk, kelana jaya masih tak dak ayaq ni, kira macam mana??? kejadahnya selesai??????????

Babe. Kelana jaya zon 2. Dalam jadual esok baru pulih.

Tulah i bising. Depa bagi berita berbelit. Bila kata selesai tapi masih lagi bagi link jadual tunjuk ganguan. Kalau dah pulih kenapa kait ngan jadual
Quote jazaa100 20-12-2016 08:26 PM
munchkin replied at 20-12-2016 05:08 PM
Kalau dah selesai make sure segala platform utk beri informasi kena selaras. Cakap dah selesai tapi  ...

Kan munchkin....

Esok kata tak de air sampai khamis...hari jemaat baru ada...

Quote ronapink 20-12-2016 08:31 PM

sekali keluar air kuning mcm teh ais
Quote munchkin 21-12-2016 12:17 AM
jazaa100 replied at 20-12-2016 08:26 PM
Kan munchkin....

Esok kata tak de air sampai khamis...hari jemaat baru ada...

Betul tu jaz. Tapi berita lastest kata selesai.

Depa ni tak macam wartawan dulu or publicist. Tulis berita macam budak tak sekolah. Balik balik suruh rujuk social media twitter fb and app. Bila rujuk, maklumat masih kata ada gangguan
Quote kelana36 21-12-2016 02:47 AM
[youtube]AuhJI0k4Zno[/youtube]





kesian jamal jamban nak mandi tak ada air....
Quote adm7 21-12-2016 07:47 AM
Air ada ke tak ni?
Quote FOTHER-MUCKER 21-12-2016 08:01 AM
kelana36 replied at 20-12-2016 06:47 PM
kesian jamal jamban nak mandi tak ada air....

Terlalu sengal dah politik melayu ni. Kemudian ramai pula pengikut yang sokong.
Quote FOTHER-MUCKER 21-12-2016 08:04 AM
Saya Tanya penduduk di ttdi kl air tak pernah ada dari 19/12 sehingga hari ni.  Penipu betulah kata semalam dah ada air.
Quote Herlina 21-12-2016 08:23 AM
Semalam patut kul 4 ada air sampai kul 9 pagi ni kat zone saya. Kul 5 lebih baru ada airnya..tu pun keruh ya amat. Kul 6+ dah putus balik bekalan.
Quote Herlina 21-12-2016 08:43 AM
FOTHER-MUCKER replied at 21-12-2016 08:04 AM
Saya Tanya penduduk di ttdi kl air tak pernah ada dari 19/12 sehingga hari ni.  Penipu betulah kata  ...

smlm ada kejap air tapi keruh ya amat.. pastu kecik sangat.. besar lidi.
Quote november30 21-12-2016 09:11 AM
Herlina replied at 21-12-2016 08:43 AM
smlm ada kejap air tapi keruh ya amat.. pastu kecik sangat.. besar lidi.

Zone 1 ke 2?

Kami duduk zone 1
Air nipiss sangat
Takleh naik ke tangki

Tadah dulu air siap2 walaupun katanya bekalan dah pulih  :
Quote Herlina 21-12-2016 09:18 AM
november30 replied at 21-12-2016 09:11 AM
Zone 1 ke 2?

Kami duduk zone 1

Samala Zone 1.

Sempat la menakung air semalam. Keruh pun keruh la janji ada.

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 10:20 PM GMT+8 , Processed in 0.052118 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top