Sejumlah 99 peratus kawasan di Zon 1 telah mendapat bekalan air setakat 9 pagi ini berikutan pengoperasian penuh Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1, 2 dan 3.
Bernama melaporkan, Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) dalam satu kenyataan berkata, bekalan air di Kuala Lumpur, Gombak, Klang, Kuala Langat dan Kuala Selangor telah pulih 100 peratus manakala Petaling, 98 peratus. Kawasan di zon berkenaan yang masih belum pulih sepenuhnya ialah di Sungai Penchala, Bukit Lanjan dan Pinggiran TTDI serta SS21 Damansara. Sementara itu, kawasan di Zon 2 akan mula mendapat bekalan air selepas 4 petang ini.
Kenyataan itu juga menyebut pengguna di zon berkenaan yang tidak mendapat bekalan air selepas 4 petang boleh memohon bantuan bekalan air dengan menghantar SMS ke 15300 dengan menaip TANKER <jarak> nama dan alamat. Pengguna boleh merujuk www.syabas.com.my, aplikasi telefon pintar ‘mySyabas’, facebook Air Selangor atau twitter air_selangor untuk mendapat maklumat terkini mengenai status pemulihan bekalan air.- CARI |
12
Bagus |
10
Marah |
23
Terkejut |
10
Sedih |
10
Lawak |
16
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT