CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Palsu, Viral Limpahan Air Cameron Highlands Adalah Video Lama

26-12-2016 12:39 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3650| Komen: 23

Foto: Sinar Harian

Sebuah rakaman video limpahan air deras dari lereng bukit di Kilometer 16, Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands yang menjadi viral semalam adalah insiden lama.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim berkata beliau dimaklumkan insiden itu berlaku pada tahun 2014.

Timbalan Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Perak Lt Kolonel (PA) Zairil Anuar Zulmuji berkata pihaknya telah membuat pemeriksaan dengan pelbagai agensi termasuk Jabatan Kerja Raya, polis serta bomba mengenai rakaman itu.

"Tetapi tiada mana-mana pihak berkenaan yang menerima laporan mengenai kejadian (limpahan air) itu yang didakwa berlaku semalam (Ahad)," katanya kepada Bernama.

Video berdurasi tujuh saat itu menjadi viral di media sosial mulai petang semalam berikutan hujan lebat di Cameron Highlands sejak awal pagi sehingga menyebabkan beberapa kejadian tanah runtuh dan banjir kilat khususnya di Tanah Rata. -CARI
30

Bagus
30

Marah
53

Terkejut
38

Sedih
41

Lawak
32

Bosan

Friends Rank (224 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kemaruk 26-12-2016 02:08 AM
Salah najib kan kan kan
Quote dodolgemok 26-12-2016 06:41 AM
kemaruk replied at 26-12-2016 02:08 AM
Salah najib kan kan kan

Salah kerajaan negeri lah. Macam kau org salahkan azmin kat selangor takde air. Kantoi dah kebodohan cacai beger kan kan kan?
Quote redwed 26-12-2016 06:44 AM
macamna la bomba, amvulan keje kat jalan sempit cenggitu.   
Quote abangbikerz 26-12-2016 07:22 AM
Cilaka najib
Quote deezeck 26-12-2016 07:29 AM
Kerakusan cina
Quote AbukRokok 26-12-2016 09:22 AM
xde yg nk maki bayangan tuhan ?
Quote ctaz 26-12-2016 10:19 AM
negeri najib kan.....
tak po...janji bukan negeri pembangkang....


ahahahahahaha
Quote fishcracker 26-12-2016 10:31 AM
Don't mess with the nature konsepnya,...
Quote S|_BUTA 26-12-2016 10:53 AM
Haha. Berita biasa
Quote awekjepun 26-12-2016 01:53 PM
Klo musim hujan jgn la pegi cameron ni
Quote taikor 26-12-2016 02:00 PM
pembangunan... bencana skit2 aja... suey satu due keluarga adja...
Quote airfilterkotor 26-12-2016 02:09 PM
Nak naik/turun Cameron ni ada 2 cara:
1- bergerak dan mesti sampai sebelum hujan atau
2- tunggu hujan betul-betul berhenti, baru gerak.
Quote b_n_c 26-12-2016 02:47 PM
eh baru komen kat page sebelah pasal cameron.

smlm kwn pegi...
dia kata spnjng jln ujan ada lebat ada renyai..

spanjang jln ada landslide kecil..tp ada 2 ke 3 tmpt yg effect landslide menutup separuh jalanraya..so jem panjang gila la...
Quote FanTasyCreaTioN 26-12-2016 03:00 PM


IPOH: Hujan tanpa henti yang kadangkala lebat sejak pagi tadi menyebabkan beberapa kawasan di Tanah Rata, Cameron Highlands dilanda banjir kilat, termasuk di kawasan perumahan polis di Jalan Masjid.

Polis Daerah Cameron Highlands menerusi kenyataan di laman Facebook menyatakan hujan lebat itu mengakibatkan air Sungai Bertam melimpahi tebing dan memasuki kawasan kuarters itu.

Menurut kenyataan itu, air mula surut sepenuhnya kira-kira 5 petang tadi dan kerja pembersihan dilakukan anggota serta penghuni perumahan itu.

Namun, lif kawasan perumahan itu tidak dapat digunakan kerana dimasuki air.

Difahamkan, kawasan lain yang turut terjejas dengan banjir kilat itu adalah kuarters kakitangan kerajaan Jalan Masjid dan Padang Awam Majlis Daerah Cameron Highlands.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Cameron Highlands, Muhamad Haziq Hazmi memberitahu hujan lebat mengakibatkan tanah runtuh dan pokok tumbang di Jalan Tapah-Tanah Rata, dekat Bharat Tea Baru.

“Runtuhan itu menyebabkan lalu lintas terhalang…tiada mangsa yang terlibat.

“Kerja pembersihan sedang dilakukan dengan melibatkan Tenaga Nasional Bhd (TNB) untuk kerja-kerja elektrik. Kini hanya satu lorong boleh dilalui (di kawasan itu),” katanya.

Dalam pada itu, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam insiden tanah runtuh melibatkan Rumah Peranginan TNB di Tanah Rata, hari ini.

Haziq berkata, kejadian tanah runtuh pada jam 3.11 petang itu membabitkan seunit banglo dikenali sebagai ‘The Sharples’.

“Runtuhan itu menyebabkan kerosakan pada bahagian depan bangunan dan 4 kereta.

“Bomba mengarahkan 13 penghuni banglo itu mengosongkan bangunan berkenaan kerana dikhuatiri berlaku runtuhan ke-2.”

Beliau berkata, pihaknya dimaklumkan Jabatan Kerja Raya usaha membaiki cerun di kawasan itu hanya boleh dijalankan selepas mendapat kebenaran TNB, memandangkan kawasan terlibat adalah milik syarikat utiliti itu.

Quote supernaturalee 26-12-2016 04:46 PM
Dh bnyk kali jd
Kena plan ltk penahan kt lereng2 bukit
Quote emelia1509 26-12-2016 04:54 PM
Takziah buat mangsa..
CH ni almost tiap tahun mesti berlaku macam ni..Kerakusan manusia punca bencana ni..
Quote Changa 26-12-2016 04:57 PM
Totally cash melanda
Quote WhiskeyScotch 26-12-2016 05:38 PM
Banjir kilat bukanlah perkara biasa kalau dah melibatkan tanah runtuh! Takkan nak tunggu ada orang mati baru nak kata berita luar biasa! Bengong.
Quote HannahMontana 26-12-2016 06:54 PM
Bncana dulu hanya diklasifikasikan sbg bencana habis xde insurans boleh di tuntut ....menangis xberlagu lah ko kannnnnnnnnnnn

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 05:03 PM GMT+8 , Processed in 0.056444 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top