"Siapa pernah terfikir, untuk hari yang sama selepas menempuh 365 hari bersama, tangan yang kali pertama saya sentuh menjadi tangan terakhir saya pegang."
Demikian luahan hati Ahmad Kamal Effendi terhadap kematian isterinya Nik Idzni Dalila Nik Mahmud, 25 yang menghidap kanser buah pinggang berlaku pada tarikh ulang tahun pertama perkahwinan mereka Biarpun sedih isterinya menghembuskan nafas terakhir di Hospital Kajang pada jam 3 pagi tadi tanpa beliau di sisi, namun reda dengan pemergian isterinya kerana sudah melakukan yang terbaik untuk individu yang paling disayanginya. "Ketika itu saya berada di rumah mentua di Kajang. Tetapi saya tidak terkilan kerana dapat menguruskan pengebumian termasuk memandikan dan mengkafankan jenazahnya." Kisah ketulusan cinta Ahmad Kamal Effendi mengahwini wanita yang dicintainya walaupun sudah mengetahui status kesihatan arwah, yang juga seorang doktor perubatan pernah disiarkan menerusi artikel di BH yang bertajuk 'Keutuhan Cinta Guru Muda Kahwini Wanita Kanser Tahap Empat' pada November lalu.
Jenazah Allahyarhamah dimandikan di Surau Unit Forensik Hospital Kajang pada jam 8.30 pagi sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Sungai Kantan, Kajang. Berita kematian Nik Idzni Dalila turut menjadi viral di laman sosial dan tidak henti-henti menerima salam takziah daripada rakan, keluarga dan pengguna lama sosial yang mengikuti kisah keutuhan cinta pasangan tersebut. Perkenalan singkat selama empat bulan menerusi Instagram, kemudian diakhiri dengan majlis perkahwinan ringkas, di kediaman Nik Idzni Dalila di Kelantan, pada 27 Disember, tahun lalu.- CARI |
12
Bagus |
23
Marah |
7
Terkejut |
20
Sedih |
22
Lawak |
17
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT