Seorang wanita kerugian lebih RM 17,000 (27,000 yuan) apabila wang simpanannya selama ini habis dimamah tikus. Wang dikumpul bersama suaminya itu disimpan dalam sebuah tempayan di gua di Yulin, wilayah Shaanxi.
Memetik laporan The Star, wanita berusia 51 tahun itu berkata, baru-baru ini dia pergi ke gua itu untuk mengambil wang berkenaan bagi membayar kos perubatan anak lelakinya yang sakit, namun terkejut apabila mendapati semuanya hancur dimamah tikus. Menyatakan sebab tidak menyimpan wang di bank katanya, dia buta huruf, jadi tidak mungkin dia dapat ke bank untuk menyimpan wang. “Saya menyangka cukup selamat jika wang disimpan dalam tempayan seperti ini. Memang saya tidak menyangka ini boleh berlaku.” Bagaimanapun, undang-undang kewangan China menyatakan, berkemungkinan pemilik wang yang musnah dalam kebakaran atau dimakan haiwan boleh digantikan semula.
Namun begitu, pemilik perlu membuktikan sumber duit berkenaan selain punca kemusnahan disahkan oleh pihak bank. Seorang pengurus bank tempatan berkata, wanita terbabit boleh mengumpulkan semua serpihan wang itu dan dibawa kepada mereka untuk membolehkan ia diganti.- CARI |
8
Bagus |
8
Marah |
12
Terkejut |
7
Sedih |
11
Lawak |
9
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ejans replied at 29-12-2016 12:12 AM
Aku caya jah
. Dulu aruah atok nenek aku simpan dlm tin biskut.. patot arr banyakk aku tgk tin bisk ...
ejans replied at 28-12-2016 04:12 PM
Aku caya jah
. Dulu aruah atok nenek aku simpan dlm tin biskut.. patot arr banyakk aku tgk tin bisk ...
sabbath_shalom replied at 28-12-2016 06:00 PM
Ko hidup zaman apa simpan duit dalam gua.....zaman Dinasti Tang ye.
ADVERTISEMENT