CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Peniaga Bazar Ramadan Disamun & Digilis Maut Oleh Penyamun !

6-8-2013 02:57 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 9078| Komen: 32

SERDANG: Seorang peniaga bazar Ramadan bukan saja disamun malah tindakannya cuba menghalang van dipandunya daripada dilarikan penyamun membawa padah apabila mangsa maut diseret beberapa meter.

Wanita berusia 50 tahun terbabit meninggal dunia di Hospital Serdang, di sini, kira-kira jam 10 malam tadi akibat kecederaan parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner Abd Razak Elias berkata, kejadian terbabit berlaku kira-kira jam 9.35 malam itu ketika mangsa memandu van dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Taman Serdang Raya, di sini.

"Mangsa dan suaminya sebelum itu berniaga di bazar Ramadan kawasan Perindustrian Bukit Serdang. Selepas selesai berniaga, suaminya memandu kereta dan diekori mangsa yang memandu van dipenuhi muatan jualan dari arah belakang.

"Namun sebaik tiba di Jalan 6/3 Taman Serdang Raya, van dipandu mangsa dihalang sebuah kereta jenis Myvi berwarna putih dinaiki tiga lelaki. Seorang lelaki bersenjata parang turun dan menyamun mangsa," katanya ketika ditemui dilokasi kejadian.

Abd Razak berkata, suspek merampas van berkenaan namun mangsa dipercayai cuba menghalang tindakan suspek menyebabkan mangsa dilanggar dan diseret beberapa meter.

Tambahnya, akibat kejadian itu mangsa mengalami kecederaan parah manakala suspek melarikan diri bersama van mangsa.

"Mangsa dihantar ke Hospital Serdang namun disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan. Orang awam yang menyedari kejadian itu memaklumkan kepada suami mangsa," katanya.

Katanya lagi, polis kini sedang menjalankan siasatan lanjut di lokasi kejadian termasuk meneliti beberapa rakaman Kamera Litar Tertutup (CCTV) di beberapa premis berhampiran lokasi kejadian itu.

Difahamkan,  mayat mangsa akan dibedah siasat pagi ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.


Artikel ini disiarkan pada : 2013/08/06


2

Bagus
1

Marah

Terkejut
1

Sedih
2

Lawak

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tupaiterbang 6-8-2013 02:32 PM
kadar jenayah masih rendah..
Quote tongkatwaran75 6-8-2013 02:34 PM
KUALA LUMPUR: Seorang peniaga ayam maut dalam kejadian samun di Jalan Serdang Raya 6/3, Taman Serdang Raya, dekat sini, malam tadi.

Dalam kejadian pada jam 9.35 malam itu, Rohani Harun, 50, ditahan tiga lelaki bersenjatakan parang ketika memandu lori kecil miliknya untuk pulang ke rumahnya di sekitar Serdang Jaya selepas berniaga di tapak pasar malam di kawasan perindustrian Bukit Serdang.

Wanita itu memberhentikan lorinya dan tiga lelaki terbabit menariknya keluar daripada lori sebelum merampas lori itu, kata Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Abdul Razak Elias.

"Mangsa cuba menahan lori miliknya daripada dilarikan dan susulan itu, mangsa dirempuh dan diseret beberapa meter sebelum ditinggalkan tiga penyamun terbabit yang melarikan kenderaan itu," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Wanita itu cedera parah di kepala dan mati ketika dirawat di wad kecemasan Hospital Serdang.

Abdul Razak berkata, ketika kejadian suami wanita itu yang juga berniaga di pasar malam membawa kereta berasingan dan pulang terdahulu daripada isterinya.

Polis kini meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di stesen minyak berhampiran lokasi kejadian bagi memburu tiga lelaki terbabit, katanya.

Abdul Razak berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta tampil atau menghubungi balai polis berhampiran untuk membantu siasatan.

- BERNAMA
Quote mieraAdriana 6-8-2013 02:37 PM
....
al-fatihah ... sian la mkcik tu cube prtahankan hak milik die ... susah payah die cari rzeki meniaga, penyamun tu senang2 je nk kebas ! takziah la pada kluarga mgsa ...
semoga bertabah mghadapi dugaan .. 2 ari lag nk raya ..
Quote PerKasa 6-8-2013 02:41 PM
tupaiterbang posted on 6-8-2013 02:32 PM
kadar jenayah masih rendah..

kononya salah kerajaanlah ni ya

sekolah kat mana?
Quote prettyuglybabe 6-8-2013 02:41 PM
kasihannya.. semoga penjenayah dapat ditangkap segera.
Quote tupaiterbang 6-8-2013 02:42 PM
PerKasa posted on 6-8-2013 02:41 PM
kononya salah kerajaanlah ni ya

sekolah kat mana?

tang mana ko tgk aku salahkan kerajaan?
aku recap balik apa yang mamat din tu ckp..
Quote exclusive_vvip 6-8-2013 02:49 PM
Al-Fatihah...semoga penjenayah dpt ditangkap n dihukum..
Quote solstice 6-8-2013 02:56 PM
Hanjeng bangsat betul penyamun ni
Tak pa lah
Malaysia negara selamat

..utk menteri & vip
Mana ada kes golongan vip maut kena samun balik balik berniaga cari makan
Quote abas8888 6-8-2013 03:04 PM
semoga kena langgar balik le penyamun 3 ekor tu..
Quote jazaa 6-8-2013 04:33 PM
Celaka punya penyamun.....berapa ringgit sgt lah hasik jualan pasar ramadhan.....
Quote kelana36 6-8-2013 04:39 PM
kesian, orang tu berniaga kecil kecilan, berapa sangat la hasilnya .. pun kena samun. Pergi la samun bank2 ker, kedai emas ker, baru macho...  ish ish
Quote PostBanhammer 6-8-2013 04:41 PM
PerKasa posted on 6-8-2013 02:41 PM
kononya salah kerajaanlah ni ya

sekolah kat mana?

Kere-jaan buat apa untuk bendung jenayah?

Quote Modngengade 6-8-2013 04:41 PM
hari2..bunuh..rompak..rogol..culik..tembak..samun....takutttttttttt
Quote andygila 6-8-2013 04:41 PM
Al Fatihah.

Sorilah, PDRM sibuk buat bende lain. Lagi pun ramai remaja takde keje, bersaing dengan Indon, Bangla, Myanmar, Nepal dll......susah betul hidup. BR1M untuk sementara sahaja.
Quote lavacall 6-8-2013 04:43 PM
jazaa posted on 6-8-2013 04:33 PM
Celaka punya penyamun.....berapa ringgit sgt lah hasik jualan pasar ramadhan.....

kena barang..seminggu sebelum raya...

belas2 ribu gak....



Quote cecari 6-8-2013 04:45 PM
mieraAdriana posted on 6-8-2013 02:37 PM
....
al-fatihah ... sian la mkcik tu cube prtahankan hak milik die ... susah payah die cari  ...

Diantara mati syahid adalah matinya seseorang yg mempertahankan hartanya.
Quote sigila 6-8-2013 04:46 PM
Dah kena aim agak nyer.....
Quote mak_wa95 6-8-2013 09:47 PM
takziah...susah payah cari rezeki orang jahat senang2 je samun.....
Quote carbike 6-8-2013 10:26 PM
kes terpencil.......

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 03:18 PM GMT+8 , Processed in 0.058979 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top