CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Guna Plastik & Polisterin DI KL, Denda RM2,000, Mulai 1 September 2017

30-12-2016 06:08 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 7534| Komen: 39


Sekiranya masih menggunakan pembungkusan plastik dan polisterin selepas 1 September 2017, peniaga dan penjaja akan dikenakan kompaun maksimum sehingga RM2,000.


Memetik laporan Bernama, Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Dr Loga Bala Mohan berkata, pihak kementerian telah memberi tempoh selama sembilan bulan sebagai usaha mendidik dan memberi kesedaran kepada warga kota sebelum melaksanakan 100 peratus penggunaan bahan tersebut.

 “Dalam tempoh tersebut, kita menyasarkan agar Kuala Lumpur menjadi bandar raya yang bebas plastik."

“Saya menggalakkan rakyat agar berhenti menggunakan beg plastik, sila bawa beg anda sendiri apabila membeli-belah,” katanya.

Mengulas lanjut beliau berkata, pihaknya telah memaklumkan kepada persatuan peniaga dan pasar malam berhubung pelaksanaan itu selain mendapat kerjasama daripada pembekal produk biodegradasi. 


“Kebiasaannya bahan biodegradasi ini mahal…hasil daripada perbincangan bersama pembekal, mereka telah pun bersetuju untuk menawarkan harga borong yang wajar kepada peniaga-peniaga setanding dengan harga polisterin dan plastik.”

Pelaksanaan penggunaan produk jenis biodegradasi (boleh urai) akan berkuat kuasa mulai Ahad ini.

Tindakan tersebut bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap ancaman polisterin dan plastik terhadap kesihatan, sekali gus menggalakkan pembangunan industri pengeluaran produk biodegradasi.- CARI

sumber foto: Grafik CARI

21

Bagus
19

Marah
43

Terkejut
29

Sedih
27

Lawak
17

Bosan

Friends Rank (156 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote famri7 30-12-2016 06:27 PM
Gigeh la acik2 kepam gomen bawak bakul sendiri ada renda2 lansir pprt bagai sebab xnk kalah.
Quote hanakikan 30-12-2016 06:36 PM
gigih la acik2 kepam nanti posing ala2 aktress hollywood macam dalam movie sambil peluk 3 paper bag lepas shopping groceries kat mydin
Quote S|_BUTA 30-12-2016 06:46 PM
Ini Loga bala mohan lagi sekor bahalol. Beg plastik yang penting untuk melupuskan sampah dia kata ancam kesihatan
Quote Nenasketum 30-12-2016 06:51 PM
Acik kepam pernah bawak tupperware sendirik nak beli nasik lemak sebab acik malas nak basuh segala mala plastik lepas tu kena recycle kan.
Aterrr acik nasik lemak takmo letak dalam acik kepam nyer tupperware, tak reti nak kira katanya. Aku cungkil gak mata acik nasik lemak tuh :
Quote ekod79 30-12-2016 07:02 PM
Melaka dah buat
Quote ninnakarinna 30-12-2016 09:02 PM
Terpikir tokei plastik x marah ke..

Ada kan, kat pasar malam ke pasar borong mana tah, org lain jaja ikan, lauk, barang2.

Antie n uncle cina ni jaja plastik je weh..laku..sbb semua yg meniaga beli kat dia kalau da xde stok.
Quote fefeeling 30-12-2016 10:25 PM
KL baru nak start ke??? Melaka dah start lama weh, so embarrassing ok..
Quote belilies 31-12-2016 11:02 AM
Bestnyaa... how i wish kt kch pun gtew. Tp mimpilah kan...
Quote Changa 31-12-2016 11:14 AM
Tapi celah mana nak beli bekas makanan yg kertas tu sis? Akak cari tak pernah jumpa. Yg ada of course bekas polisterin pprt itu jah
Quote red_cattleya 1-1-2017 01:07 AM
klu mcm tu susah lah aku nak kumpul plastik letak sampah..
Quote awanearisu 1-1-2017 05:15 PM
siapa yang baca berita ni dan nampak peluang perniagaan, semoga maju jaya ya
Quote hanalisa 1-1-2017 05:32 PM
dulu Selangor memang dah buat hari tanpa plastik, lama dah. Tapi cuma untuk hari Sabtu je.
Gigih la kami pergi hypermarket bawak beg sendiri. Sapa nak guna plastik kena bayar.
tapi cam kejap je, agaknya bila orang start merungut, kedai-kedai kembali guna plastik.
Quote saladin780 1-1-2017 06:00 PM
red_cattleya replied at 1-1-2017 01:07 AM
klu mcm tu susah lah aku nak kumpul plastik letak sampah..

td aku g giant..staff dia kata skrg setiap hari plastic bag kena caj 20 sen..start 1hb ni katanya
Quote tripleid 1-1-2017 06:48 PM
sokom jah..biar supik gelenyar perosak muka bumi tuh pupus terus drpd peradaban tamadun manusia utk selama2 nya

Quote sebu 1-1-2017 06:49 PM
Rm2k kamu..kat Selangor x nk buat sekali ke
Quote matamata 1-1-2017 06:53 PM
Ini usaha kerajaan nak tambah income

#negativethinking
Quote syadq 1-1-2017 07:00 PM
Dah banyak jugak kedai makan guna bekas plastik biodegradable. Harus diberi pujian yer.
Quote lebaigoogle 1-1-2017 07:16 PM
aku nak tengok macik-macik melayu kedai makan  jenis penyegan ni menggelupor.  semua pakai polisterin. tengok kedai mamak pakai kertas, tapi bila pakai kertas tokey/pembantu kena lipat2 dan bungkus. ini punya malas pakai sistem polisterin.  polisterin pelanggan isi nasi/lauksendiri. peniaga goyang kaki, lepas tu letak pula polisterin kedalaman cetek, jimat lagi nasi dan lauk.
Quote samasam90 1-1-2017 07:27 PM
meolls steady jah bawa beg/tupperware memasing. tapi meolls so mencik dgn abam guard hauk di giant yg asik2 suruh meolls simpan beg meolls.

Lihat semua komen(39)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 03:28 AM GMT+8 , Processed in 0.101085 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top