CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

[Kemaskini]Banjir: Terengganu Makin Teruk, Sekolah Ditutup Bertambah Jadi 63 Buah

4-1-2017 09:40 AM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 7853| Komen: 46


Kemakini: 2.30 petang 
Banjir: Sekolah di Terengganu Yang Ditutup Bertambah Jadi 63 Buah


Keadaan banjir yang dikatakan bertambah buruk di Terengganu hari ini menyebabkan 16,938 murid dan 1,949 guru tidak dapat pergi ke sekolah apabila 63 sekolah di empat daerah di negeri ini terpaksa ditutup.

Memetik laporan Bernama, pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Shafruddin Ali Hussin berkata hanya 24 sekolah sahaja dijangka akan ditutup namun hujan lebat berterusan sejak semalam menyebabkan lebih banyak laluan ke sekolah dinaiki air dan ada sebahagian sekolah turut dilanda banjir.

“Daripada 63 sekolah itu, 24 sekolah ditutup di Hulu Terengganu, masing-masing 19 di Besut dan Setiu serta sebuah sekolah lagi terletak di Kemaman.”

Beliau tidak menolak kemungkinan lebih banyak sekolah akan ditutup esok sekiranya banjir bertambah buruk di Terengganu.- CARI


sumber foto: Sinar Harian




Kemaskini: 10 pagi 
Banjir: 48 Sekolah Di Kelantan, 24 Di Terengganu Ditutup Hari Ini

Berikutan keadaan banjir di beberapa daerah semakin membimbangkan, sebanyak 48 buah sekolah di Kelantan dan 24 di Terengganu tidak dapat beroperasi pada hari keempat sesi persekolah hari ini. 

Memetik laporan Bernama, di Kelantan, Pengarah Pendidikan Negerinya, Jaafar Ismail berkata, jumlah pelajar yang tidak dapat meneruskan sesi persekolahan dilaporkan kira-kira 15,084 orang yang melibatkan 37 sekolah rendah dan 11 sekolah menengah.

Tambah beliau, sekolah yang ditutup itu masing-masing 24 di Pasir Mas, sembilan, Kuala Krai, enam, Tanah Merah, Lima, Tumpat dan empat di Machang.

Sekolah yang ditutup di jajahan Pasir Mas adalah Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Baru, SK Rahmat, SK Gual Tokdeh, SK Rantau Panjang, SK Lubok Stol, SK Sri Rantau Panjang 2, SK Kok Pauh, SK Sri Rantau Panjang 1, Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) Al Falah Siram dan SABK Diniah Bongor.

Manakala di Terengganu Pengarah Jabatan Pendidikan, Negerinya, Shafruddin Ali Hussin memaklumkan, 12 sekolah terletak di Hulu Terengganu, 10 di Setiu dan masing-masing satu di Besut dan Kemaman telah ditutup.

Katanya, punca ditutup berikutan laluan ke sekolah dinaiki air dan ada sekolah yang turut dilanda banjir.

Di Hulu Terengganu, penutupan melibatkan sembilan sekolah rendah iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Felda Mengkawang, SK Padang Setebu, SK Cheting, SK Lubuk Periuk, SK Bukit Tadok, SK Padang Setar, SK Getang, SK Menerong dan SK Kuala Jenderis.

Tiga lagi termausk sekolah menengah kebangsaan (SMK) iaitu SMK Kuala Jenderis, SMK Menerong dan SMK Tun Indera.- CARI

sumber foto: http://www.hidayatullah.com/

sumber foto: http://watan-online.com/


11

Bagus
15

Marah
12

Terkejut
12

Sedih
10

Lawak
10

Bosan

Friends Rank (70 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote WhiskeyScotch 4-1-2017 12:44 AM
Bersama-samalah kita menggembleng tenaga untuk menghadapi dugaan banjir yang luar biasa ini.
Quote FanTasyCreaTioN 4-1-2017 03:12 AM
Banjir: 30 Buah Sekolah Di Kelantan Ditutup Esok



KOTA BHARU, 2 Jan - Sebanyak 30 buah sekolah di Pasir Mas, Tanah Merah, Tumpat dan Kuala Krai akan ditutup esok susulan banjir yang masih belum surut.

Dalam satu kenyataan malam ini, Jabatan Pendidikan Kelantan berkata penutupan kesemua sekolah itu mengakibatkan 9,501 pelajar dan 958 guru serta kakitangan sekolah tidak dapat menghadiri hari ketiga sesi persekolahan 2017.

Sekolah di Pasir Mas yang ditutup adalah Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Baru, SK Rahmat, SK Gual Tokdeh, SK Rantau Panjang, SK Lubok Stol, SK Sri Rantau Panjang 2, SK Kok Pauh, SK Sri Rantau Panjang 1.

Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) Al Falah Siram, SABK Diniah Bongor, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Khay Boon, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Rantau Panjang, SMK Tiang Chandi, SMK Gual Tinggi, SK Kedai Tanjong, SK Bakong, SK Gual Sitok dan SMK Gual Periok.

Di Kuala Krai, sebanyak enam buah sekolah yang terlibat iaitu SK Pemberian, SK Bahagia, SK Ladang Taku, SK Pasir Kelang, SK Kuala Nal dan SABK Saadatul Qura.

Bagi Tanah Merah pula, sekolah yang ditutup adalah SMK Ladang Kerilla, SK Ladang Kerilla, SK Sokor, SK Kampung Panjang dan SK Tebing Tinggi manakala di Tumpat, hanya membabitkan SK Pulau Beluru.

Sumber: Bernama

Quote FanTasyCreaTioN 4-1-2017 03:15 AM


RANTAU PANJANG: Mangsa pemindahan banjir di daerah Pasir Mas dan Rantau Panjang bertambah kepada 2,473 orang membabitkan 1,004 keluarga.

Sebanyak 16 pusat pemindahan dibuka di daerah ini selepas paras air Sungai Golok meningkat kepada 10.35 meter yang melebihi paras bahaya, sehingga jam 11.30 pagi ini.

Mangsa orang kurang upaya (OKU), Norizan Zakaria, 41, ketika ditemui di pusat pemindahan Sekolah Kebangsaan (SK) Gual Tinggi, berkata tindakan pantas pihak bomba dapat membantu dia bersama adiknya berpindah.

"Saya bersama adik perempuan, Salmiah Din, 29, meminta bantuan jiran untuk menelefon bomba petang semalam kerana air sudah mula memasuki ke dalam rumah "Keadaan lebih menyukarkan saya kerana tidak mampu berjalan dan perlu diangkat untuk bergerak.

"Saya bersyukur kerana pihak bomba sampai dengan cepat menyelamatkan saya yang hanya tinggal bersama adik.

"Saya sempat mengemas sebelum rumah dinaiki air dan hanya membawa dokumen penting ke sini," katanya ketika ditemui BH di tempat pemindahan banjir SK Gual Tinggi yang menempatkan 594 mangsa.

Sementara itu, Jalaludin Ibrahim, 58, tidak menyangka air naik dengan cepat dan mengambil keputusan untuk berpindah ke pusat pemindahan malam tadi.

"Saya bimbang dengan keselamatan diri dan keluarga dan membuat keputusan datang sendiri ke sini. Selain risau dengan air yang semakin naik, banyak haiwan berbisa seperti ular mula memasuki ke dalam rumah, " katanya.


Quote FanTasyCreaTioN 4-1-2017 03:17 AM

Quote FanTasyCreaTioN 4-1-2017 03:20 AM




Pagi ini,Pemuda Amanah Kelantan dalam Misi Bantuan Banjir 2017,akan mula menyampaikan bantuan awal berupa Nasi Air Dingin yang ditempah khas dari Tumpat.

Sasaran bantuan sarapan pagi ini akan mula diagihkan di beberapa lokasi pusat penempatan mangsa banjir di kawasan Rantau Panjang.

Sebanyak 600 bungkus Nasi Air Dingin yang popular sebagai sarapan pagi oleh rakyat Kelantan ini disediakan oleh Pemuda Amanah Kelantan untuk mangsa banjir di Rantau Panjang.

Jutaan terima kasih kami ucapkan buat semua penyumbang,penderma,petugas dan sukarelawan yang bersama-sama kami dalam membantu menjayakan misi bantuan awal ini.

Pihak Pemuda Amanah Kelantan amat berbesar hati dan mengalu-alukan sebarang sumbangan dari kalian para penderma yang budiman untuk bersama meringankan bebanan yang ditanggung oleh mangsa banjir di Kelantan ini.

Teruskan menyumbang,dan kami akan terus menyalurkan sumbangan anda kepada pihak yang lebih memerlukan.

Hulurkan Sumbangan,Ringankan Beban

Amanah,Progresif,Peduli

PEMUDA AMANAH KELANTAN
3/1/2017 6.30am

Quote FanTasyCreaTioN 4-1-2017 03:22 AM
Rantau Panjang





Quote FanTasyCreaTioN 4-1-2017 03:24 AM

Rantau Panjang - YM Pengarah Yayasan Islam Kelantan meninjau perkembangan sekolah Maahad Muhammadi Rantau Panjang yang ditenggelami  banjir pada petang 2 Januari 2017.
Quote FanTasyCreaTioN 4-1-2017 03:25 AM

Quote FanTasyCreaTioN 4-1-2017 03:27 AM

Quote FanTasyCreaTioN 4-1-2017 03:30 AM
[fbp]https://www.facebook.com/719648814821102/videos/1214707518648560/[/fbp]
Quote FanTasyCreaTioN 4-1-2017 03:32 AM
KELANTAN
03/01/2017
Flood situation in National School (SK) Series Ketereh, kg buloh poh, ketereh this morning







Quote FanTasyCreaTioN 4-1-2017 03:33 AM




Quote FanTasyCreaTioN 4-1-2017 03:37 AM
3/1/2017
Selasa
1206 Hours

Pusat Rekreasi Air Terjun Jeram Pasu, Pasir Puteh, Kota Bharu, Kelantan






Quote FanTasyCreaTioN 4-1-2017 03:38 AM
03/01/2017
Kelantan
Keadaan Banjir Di Rantau Panjang Ketika Ini.Berhati-Kepada Penduduk Terlibat.
Sumber
IRDKV2






Quote FanTasyCreaTioN 4-1-2017 03:40 AM






Quote FanTasyCreaTioN 4-1-2017 03:41 AM






Quote FanTasyCreaTioN 4-1-2017 03:43 AM
[INFO BANJIR KELANTAN]
3/1/2017
terkini jam 9:00pagi tadi di kg lubok stol rantau panjang kelantan. khabarnya air semakin naik dan arus deras.





Quote FanTasyCreaTioN 4-1-2017 03:44 AM
[fbp]https://www.facebook.com/PEMUDAAMANAHKELANTAN/videos/1228828133871754/[/fbp]
Quote finesse 4-1-2017 05:48 AM
Uwaaa sian negeri ak

Lihat semua komen(46)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 03:17 PM GMT+8 , Processed in 0.059399 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top