Filem Bollywood tidak hanya digemari masyarakat India, malah ramai dari kalangan Melayu juga turut menggemarinya. Nah! Ini adalah lapan Filem Bollywood tahun 2017 yang paling ditunggu-tunggu peminat. Lapan filem ini juga akan membawa anda menikmati filem-filem berkualiti tinggi pada tahun ini!
Dengan plot ceritanya yang mantap, hinggalah barisan pelakon yang hebat-hebat, kesemua filem ini pasti mengujakan dan membuatkan peminat tak sabar menunggu ia ditayangkan. Nak tahu filem apa? Jom tengok! 1. Kaabil (27 Januari) Pengarah: Sanjay Gupta Pelakon: Hrithik Roshan, Yami Gautam, Ronit Roy, dan Sonu Sood
Dalam filem ini, Hrithik dan Yami memegang watak sebagai pasangan cacat penglihatan. Ia menceritakan bagaimana seorang lelaki yang mahu membalas dendam ke atas pembunuhan teman wanitanya selepas dirogol. 2. The Ghazi Attack (17 Februari) Pengarah: Sankalp Pelakon: Rana Daggubati, Taapsee Pannu dan Kay Kay Menon The Ghazi Attack merupakan, filem Bollywood pertama membabitkan babak peperangan di dasar laut. 3. Rangoon (Februari 24) Pengarah: Vishal Bhardwaj Pelakon: Shahid Kapoor, Saif Ali Khan dan Kangana Ranaut Salah seorang pengarah filem Bollywood terhebat kini kembali dengan filem romantik berkisarkan kisah cinta tiga segi ketika Perang Dunia Kedua. 4. Raees (26 Januari) Pengarah: Rahul Dholakia Pelakon: Shah Rukh Khan, Nawazuddin Siddiqui dan Mahira Khan Berlatarbelakangkan Gujarat di India pada tahun 1980-an, ia mengisahkan seorang pengedar arak haram, Raees Khan (Shah Rukh Khan) yang licik dan kejam berhadapan dengan seorang pegawai polis yang cuba menjatuhkannya. 5. Sarkar 3 (17 Mac) Pengarah: Ram Gopal Varma Pelakon: Amitabh Bachchan, Manoj Bajpayee dan Jackie Shroff Amitabh Bachchan akan membawa watak seorang ketua mafia, Subhash Nagre, dalam filem ketiga kepada siri francais 'Sarkar'. 6. Half Girlfriend (28 April) Pengarah: Mohit Suri Pelakon: Arjun Kapoor dan Shraddha Kapoor Filem ini adalah adaptasi dari novel yang ditulis Chetan Bhagat dengan judul sama. Mengisahkan seorang lelaki berusaha menambat hati wanita pujaannya. 7. The Ring (11 Ogos) Pengarah: Imtiaz Ali Pelakon: Shah Rukh Khan dan Anushka Sharma Filem ini berkisar seorang pemandu pelancong Punjabi bertemu dengan seorang gadis Gujarati ketika gadis itu sedang bercuti di Eropah. 8. Tiger Zinda Hai (25 Disember) Pengarah: Ali Abbas Zafar Pelakon: Salman Khan dan Katrina Kaif Berkisarkan kisah seorang pengintip jatuh cinta pada seorang wanita Pakistan yang juga seorang pengintip. Bagi peminat tegar filem Bollywood, inilah antara filem Bollywood 2017 yang paling dinantikan menurut msn entertainment dan TOP10 WALA. Anda ada cadangan filem yang tidak dinyatakan di sini untuk dikongsi bersama? - CARI
|
ADVERTISEMENT