Memang seronok bila tiba sahaja waktu petang, ramai keluarga akan kelihatan di sekitar kawasan perumahan, padang atau taman-taman tasik untuk beriadah.
Tidak kira berjoging, berbasikal atau bermain badminton, pasti yang paling meriah adalah mendengar gelak ketawa anak-anak. Namun awas, pesanan kepada semua ibu bapa supaya sentiasa mengawasi anak-anak ketika mereka bermain kerana malang tidak berbau. Satu kejadian di Bukit Tiram, Johor yang menjadi tular baru-baru ini menyaksikan seorang budak lelaki yang jatuh semasa bermain basikal. Apa yang mengerikan adalah 'handle' basikal yang terkena di perutnya membuatkan ususnya terkeluar.
Tidak dapat dibayangkan betapa sakitnya rasa yang ditanggung oleh budak tersebut dan dapat dilihat dalam gambar dia memegang usus tersebut dengan tangannya. Melihat daripada gambar, budak lelaki tersebut turut mengalami kecederaan di lutut namun tidak pula menangis. Mujur bantuan kecemasan segera datang. Netizen yang melihat masing-masing meluahkan rasa simpati dan bertindak untuk tag rakan-rakan mereka yang mempunyai anak sebagai peringatan bersama. Bak kata pepatah, "Lebih baik mencegah dari merawat". Kejadian seperti ini sepatutnya dapat dielakkan jika ibu bapa memberi lebih perhatian kepada anak-anak. Sentiasa beringat untuk berhati-hati tidak kira semasa melakukan apa sahaja kerja atau aktiviti ya. -CARI |
15
Bagus |
7
Marah |
17
Terkejut |
14
Sedih |
10
Lawak |
10
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT