CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tipu Caj RM800, Lesen Pengendali Dan Kenderaan Pemilik Teksi Ditarik

12-1-2017 05:08 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2713| Komen: 19

Susulan isu dua pelacong Perancis ditipu pemandu teksi dengan tambang berjumlah RM800 tahun lalu, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) bertindak membatalkan lesen pengendali dan lesen kenderaan pemilik teksi terbabit.



Sumber foto: http://spadnews.blogspot.my

Menurut Bernama, SPAD dalam sebuah kenyataan semalam menjelaskan tindakan itu berikutan siasatan dilakukan terhadap aduan pelancong berkenaan yang telah dikenakan tambang 'melampau' bagi perjalanan dari Kuala Lumpur City Centre (KLCC) ke Masjid Negara.

"SPAD juga akan memulakan tindakan perundangan terhadap pengendali terlibat. Sekiranya didapati bersalah, pengendali boleh dikenakan hukuman denda dan/atau penjara, malah kenderaan terbabit boleh dilucutkan hak.


"Individu berkenaan juga turut disenarai hitamkan bagi menghalangnya daripada mendapatkan lesen pengedali pada masa hadapan," katanya.

Menurut SPAD, tindakan pembatalan itu dikenakan kerana pengendali berkenaan didapati mengingkari keperluan di bawah Seksyen 22 Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (APAD). - CARI
8

Bagus
12

Marah
9

Terkejut
14

Sedih
2

Lawak
9

Bosan

Friends Rank (54 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pulauturtle 12-1-2017 09:24 AM
mmg patut. kena pecat taxi driver yg terlampau tamak ni
Quote jofizo 12-1-2017 09:41 AM
nak sembelih pun x agak2....... klcc - masjid negara rm800... perghhh.... rm80 pun dh x masuk akal lg plak rm800
Quote azimodin 12-1-2017 09:42 AM
mmg patut. dulu aaku ade bagi video teksi memotong x bagi signal pastu terus emergency break. nasib baik baby dalam car seat x tercampak. tu pon SPAD reply email cakap bagi amaran je, kejadah.. patutnya gantung lesen 3 bulan sebab hampir menyebabkan kemalangan.

Pagi tadi pon ade satu teksi remuk kat elite. Bawak laju pagi2 buta.
Quote lavilavi 12-1-2017 09:46 AM
Cash ko dek...
Quote xy_daen 12-1-2017 10:05 AM
800 tu dapat balik x?
Quote chinta89 12-1-2017 10:09 AM
gila! mcmne pelancOng asing x pandang mesia ngn pandangan serOng kalau lahanat mcm ni???
Quote Themilo 12-1-2017 10:21 AM
sapa nama pemandu teksi tu? sapa pulak syarikat pengendali teksi tu? patutnya didedahkan sebagai satu bentuk pengajaran kepada pemandu & syarikat lain..

nih disorokkan semua info, entah-entah hukuman tu tak wujud pun, saje gebang nak meredakan suasana.. ye dakkkkkk??
Quote amyza 12-1-2017 10:25 AM
Pemandu teksi tu boleh tukar ke uber/grab pulak,tipu lagi dan lagi.
Patut bg sebat 3x,tamakkkk sangat
Quote vanillaninja 12-1-2017 10:28 AM
Blacklist terus ya, bagus bagus. Dasar penipu makan duit haram.
Quote surwanis 12-1-2017 11:55 AM
aku benci teksi..haha..tetibe
Quote Artemesiaa 12-1-2017 12:02 PM
Kan dah mendapat dia ingat pelancong asing tak pandai nak report
Quote AbukRokok 12-1-2017 12:14 PM
sentimen anti teksi harus ditingkatkan dari masa ke semasa supaya mereka terus tertekan utk berubah
Quote duri_durians 12-1-2017 12:26 PM
bagus. buat lagi. tekan pemandu teksi yg tamak ni supaya mereka berubah. orang takde masalah dgn teksi kalau pemandu nya beretika. sekarang uber dah ada, orang dah ada banyak pilihan.
Quote kentel 12-1-2017 02:45 PM
jofizo replied at 12-1-2017 09:41 AM
nak sembelih pun x agak2....... klcc - masjid negara rm800... perghhh.... rm80 pun dh x masuk akal l ...

dek, kalo ikut berita sblm2 ni dia p bwk tourist tu ronda2 putrajaya...wajib la bole ketuk sampai 800...which is kita rasa kl - putrajaya - kl pun xkan sampai rm800
Quote unhas 12-1-2017 03:18 PM
Orang lain penat2 promosikan pelancongan malaysia kau senang2 je rosakkan. Buang negara je bangsat camni satu sen tak berguna untuk negara
Quote ngee 12-1-2017 04:05 PM
bagus, memalukan negara je
Quote -electrifying- 12-1-2017 04:22 PM
hahahahaha pdn muka
Quote armin 13-1-2017 12:29 PM
Themilo replied at 12-1-2017 10:21 AM
sapa nama pemandu teksi tu? sapa pulak syarikat pengendali teksi tu? patutnya didedahkan sebagai sat ...

Tulah musykil pulak. Entah2 diorang biar je pemandu teksi tu tak kena apa2 pun. Setakat cakap jiran nenek aku pun blh cakap
Quote cmf_kunyit 13-1-2017 12:36 PM
800 baht kot, rm800 hilang akal ke...agak-2 la abam teksi i love you..

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 08:52 AM GMT+8 , Processed in 0.158039 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top