CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Azabnya Bersalin Bila Rahim Melekat Dengan Usus, Akibat Minum Pati Haruan

12-1-2017 06:11 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 12885| Komen: 28|Original author: Oleh: Adib Za


Agak mengerikan bila membaca perkongsian seorang ibu ini di laman sosial. Dikenali dengan nama Nor Farra, dia menceritakan detik yang paling tidak dilupakan ketika bersalin secara caeser setahun yang lalu. 


Katanya, ini bukanlah kali pertama dia bersalin secara pembedahan. Namun, 'penangan' yang diterima kali ini amat berbeza akibat mengamalkan pati haruan ketika dalam tempoh berpantang pada kelahiran yang sebelum ini. 


Bagi masyarakat kita, sudah menjadi turun temurun ibu berpantang mengamalkan pati haruan atau pun sup ikan haruan untuk mempercepatkan luka dalaman sembuh. 

Namun, masih ramai yang tidak tahu jika mengamalkannya secara berlebihan boleh menyebabkan kesan sampingan pada dalaman wanita itu sendiri. 


Seperti yang dikongsikan oleh Farra, proses melahirkan bayinya berjalan dengan sangat sakit kerana mengalami 'adhesion colic'. Ia merupakan situasi bila organ dalaman seperti dinding rahim melekat dengan usus perut. Bayangkan!


"Ya Allah lamanya proses nak keluarkan baby kali ni, dekat 3 jam lebih..biasa operate anak yg lain bawah 1 jam selesai bawak keluar baby.

"Doktor tanya saya,puan ada makan pati haruan atau ikan haruan masa berpantang anak yang lepas..ye saya makan selama 2 minggu pertama.

"Doktor bagitau puan mengalami (adhesion colic) iaitu di mana usus melekat-melekat akibat dari pembedahan yg lalu. Nak ambil boleh tapi selepas sebulan dengan kuantiti yg sederhana," cerita netizen ini.  



Nyata pengalaman ini menjadi satu ilmu buat mereka yang lain di luar sana. Apa pun benarlah kata orang, bersederhana dalam apa jua yang diambil sebagai makanan. Moga ibu diluar sana dijauhkan daripada situasi ngeri ini. - CARI 

Foto: Carian Internet
24

Bagus
19

Marah
27

Terkejut
14

Sedih
16

Lawak
18

Bosan

Friends Rank (118 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jazaa100 12-1-2017 06:19 PM
@poyohabis ada ingatkn pasal ni....tapi pati gamat ..

Quote siskepoh 12-1-2017 06:26 PM
eee ngerinya. kesian dia. harap tabah
Quote PongKang 12-1-2017 06:39 PM
siannya.. moga dipermudahkan ibu2 yg nk bersalin.. sayu tgk kat wad ibu2 yg ada problem nk deliver baby
Quote jiji85 12-1-2017 06:51 PM
semoga ibu2 yg nak bersalin d permudahkan...iols pernah bersalin czer anak 1st..mnum pati ikan haruan 2 set (12 botol) so far alhamdulillah utk anak ke dua ada rezeki beranak normal 3 kali push dah keluar..mkn pari ikan haruan juga tp dlm hari ke 10 la start..mayb lain org lain badan...tp masa beranak czer mmg x amal ubat kpg even lepas tempoh pantang..beranak normal pun xda ada..gud luck ibu2 luar sana..
Quote aleesyasofia 12-1-2017 07:21 PM
kalau boleh elakkn mkn haruan tue yg akan mmudaratkn dan mbhayakn ksihatan.. sbb mmg pnh dgr luka luar cpt smbuh tp luka dlm lmbt smbuh bahkan mmbahayakn spt ape yg akak tue alami.. smga semuanya baik2 dan jd pringatan brsama..
Quote red_cattleya 12-1-2017 07:41 PM
kite yg blom penah rasa mengandung bersalin pulak yg ngilu..adoii
Quote mommymonster82 12-1-2017 08:10 PM
Pnhla ada org beria2 kutuk me bila me kata xlalu pati haruan apa lg ikan haruan....

Suka hatilah .. dah xlalu....
Quote fishcracker 12-1-2017 09:00 PM
Alhamdulillah baby n mommy selamat..iol yang SVD pun tak amek pati/herba segala masa pantang,gynae bagi kapsul plasenta sebotol untuk iol telan
Quote jahjemah 12-1-2017 09:03 PM
Ai dah czer 3 kali yg 1st bius penuh. Dlm pantang mak mertua suruh minum gamat n hari2 mkn sup ikan haruan @ goreng.. taktahu apa2 masa tu mkn jelah.. pastu selang setahun ngandung yg no2 pun czer jugak time berslin doc dh cakap parut kat dalam nipis.. lps ni kena jarak lama sikit. Lps 3 tahun ngandung yg ke3 doc ckp parut cantik tapi ada masalah rahim lekat dengan usus.. doc suggest utk ikat tapi ai minta sgt dekat doc jgn ikat lagi sbb ai nk try utkdpt anak perempuan. Anak2 ai semua lelaki. So doc tu ikut jugak la permintaan ai walaupun dia berat nak bg.. siap pesan suruh jarak lama sikit sbb takut bleeding klu bersalin kali ke4. Dlm 3 czer tu, yg ke 3 tu lah ai rasa paling lambat sembuh. Dah sebulan pun pedih2 selalu ada.. klu batuk selalu rasa cramp dekat bahagian ovari. Waktu operation anak ke 3t tu oun ai mmg rasa doc dok tolak2 perut nak keluarkan baby sampai rasa sengkak dekat bahagian abdomen. Padahal waktu anak no2 lannsung tak rasa apa2... skrg anak no3 pun dah nk masuk 4 tahun. Suami dok tanya bila nk tambah lagi sorang.. bila baca artikel ni rasa seram sejuk je nak ngandung lagi huhuhu. Tapi dlm hati mmg teringin sgt nak tambah anak huhuhu
Quote spankee_fili 12-1-2017 09:29 PM
memang pernah dengar kalau czer tak elok makan haruan..
tak sangka sampai gitu efeknya..

@sfhzuraz

ingat tak kita pernah sembang pasal ni?
Quote taikpekatt 12-1-2017 10:08 PM
Aku czer tk pernah mnum n makan ikan haruan ni. Terbengkalai je dlm freezer rmah. Sbb awal2 doc n nurse dah pesan jangan jangan jangan. Lupa czer aku cantik je k tkde lebihan daging terkeluar ke apa. Mmg klau rasa pun rata n bersih. Kwan aku czer mkan ikan haruan, luka jahitan tu berkedut2.
Quote VirginLady 12-1-2017 10:32 PM
uihh takutnya, mek baru beranak emergrncy czer last 2 month, anak 1st normal.
seminggu lps beranak mak bg makan ikan haruan 3 hari berturut..siang sekoq malam sekoq, pastu x dah..iskk harap2 xde pa per lah aminn
Quote VirginLady 12-1-2017 10:36 PM
taikpekatt replied at 12-1-2017 10:08 PM
Aku czer tk pernah mnum n makan ikan haruan ni. Terbengkalai je dlm freezer rmah. Sbb awal2 doc n nu ...

Keloid kan? Doc bg Dermatix Ultra sbb dia takut parut jd kedut2 cam i punya appendixnya parut..hudoh sgt

tp scar czer ni alhamdulillah cantik

Walo camner skali cantikpun, tetap itu parut, which kdgkala buat i down n sedih ..
Quote SalenaGomez 12-1-2017 10:55 PM
Good info....cume Adeh...i nak share dlm grup family pon serba salah sbb ade yg tgh pegnen n tunggu hari ni...risau buat diorg seriau lak kan..camne ni ek
Quote lilydandelion77 13-1-2017 06:26 AM
Kadang tu kesian yg terpaksa makan ikan haruan/pati ikan haruan/gamat lepas czer kerana org tua suruh. Bidan jiran suruh lah. Makcik sepupu tok laki suruh lah. Gynae iols cuma beri kebenaran makan seekor saja kalau nak sgt sepanjang tempoh recover. Pati pati tak payah dia kata. Fresh food. Banyakkan makan oren, fruits yg kaya vit c utk recover.

Mana yg dah beranak czer, kena rajin buat scar massage bila dah sihat, dah pulih. Just in case nak baby baru...or nak check scar kita macam mana.

Quote sfhzuraz 13-1-2017 08:57 AM
spankee_fili replied at 12-1-2017 09:29 PM
memang pernah dengar kalau czer tak elok makan haruan..
tak sangka sampai gitu efeknya..

tq spank tag kaka
tak sangka lak kesan makan pati haruan jd mcm ni

alhamdulillah sy bersalin 3x semua normal
cuma kes begini kita boleh jadikan iktibar utk org lain
boleh nasihatkan pada keluarga atau kawan2


Quote taikpekatt 13-1-2017 10:54 AM
VirginLady replied at 12-1-2017 10:36 PM
Keloid kan? Doc bg Dermatix Ultra sbb dia takut parut jd kedut2 cam i punya appendixnya parut..hud ...

Jangan sedih. Tu lah tanda susah payah kta lahirkan anak. Walau org rmai ckp eleh czer senang lah. Tak sakit la apa. Hmmmm. Allah je tau sakitnya mcm mna.

Org2 yg dtg rmah aku smua sruh mkan haruan. Nasib mak aku fham lps aku explain. Doc pun ckp. Pentingkan dalaman. Bykkan vit c. Aku ikut semua. Alhamdulillah ok je smua.
Quote Artemesiaa 13-1-2017 12:47 PM
Cam ulang tayang citer tahun lepas je
Quote mzzenma 13-1-2017 01:44 PM
memandangkan mzz ni spesis degil malas nak ambil port cakap orang tua so makanya eventhough mzz bersalin normal tidaklah mzz makan haruan..either fresh or pati

ngilu baca kisah akak ni..tapi alhamdulillah dia and baby selamat

so to adik-adik yang gigih nak mengeseks dengan boipren tu sila lah baca kes-kes gini ye..mentang-mentang kau beranak senang campak dalam longkang je kan. orang lain macam nak mati bersalin tau tak

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 07:50 AM GMT+8 , Processed in 0.064159 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top