CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Mahu Jaga Maruah, Janna Nick Tolak Baju Seksi Pereka Terkenal

16-1-2017 05:17 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 31083| Komen: 142|Original author: Oleh: Myra Rozi

Foto: IG Janna Nick

Sebelum ini selebriti terkenal tanah air, Janna Nick didakwa sombong dan berlagak diva gara-gara menolak untuk memakai baju dari seorang pereka terkenal.

Dia dikatakan telah 'tarik muka' dan tidak mahu membiarkan isu tersebut terus melarat, Janna tampil memberikan penjelasan.

Foto: IG Janna Nick

“Saya cakap jujur saja, baju yang dia sediakan tidak sesuai. Salah satu baju itu lebih kurang sama dengan baju yang saya pernah pakai ketika fotografi bersama media lain, risau orang kata saya ulang tayang baju sama pula," katanya kepada Utusan Online.

Aktres ini juga menambah, "Baju yang kedua pula sejenis gaun, ia sangat seksi tanpa tali, di paras peha saja. Bayangkan! Itu bukan imej saya. Takkan saya nak merosakkan imej sendiri dengan berpakaian seksi demi menjaga hati orang lain?" 

Pelakon berusia 22 tahun ini juga menegaskan yang dia tidak akan ubah cara pemakaian semata-mata untuk memuaskan hati mana-mana pihak.

Foto: IG Janna Nick
"Ini melibatkan kerja secara profesional. Dia sebagai pereka fesyen perlu tahu fesyen dan gaya yang sesuai untuk artis itu. Saya akan pakai baju itu jika pakaian itu tidak seksi dan tidak menjatuhkan maruah saya.”

Sebelum ini kontroversi yang mengatakan Janna Nick tidak mesra dengan orang menyebabkan spekulasi mengenai sikapnya yang dingin itu menjadi lebih kuat.

Foto: IG Janna Nick
Apa pun diharap agar isu ini dapat diselesaikan segera kerana industri hiburan ini kecil sahaja, tidak eloklah mahu bermasam muka. Bagus juga jika kedua-duanya bersemuka untuk menjernihkan keadaan dan bekerjasama semula di masa akan datang. -CARI
21

Bagus
15

Marah
14

Terkejut
16

Sedih
16

Lawak
19

Bosan

Friends Rank (101 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote WhiskeyScotch 16-1-2017 05:23 PM
Tapi body Janna mmg tak sesuai pun pakai yang seksi ni. Bagus Janna tahu baju apa yang sesuai dgn body dan personaliti dia.
Quote enchikfitz 16-1-2017 05:33 PM
Good for her. Pakai seksi2 nak pi mana? Sah2 peminat2 x gemor imej seksi. Just stand for ur right, org akan respect
Quote siskepoh 16-1-2017 05:37 PM
comel  janna nick ni. minatss. crush lesbo i. EH
Quote seattle 16-1-2017 05:42 PM
baguslah dik Janna ni....kenas tegas dan peduli apa orang nak kata, hidup dengan prinsip sendiri.
Quote cahaya_almas 16-1-2017 05:46 PM
Bgs arr janna ni......dah ler gebu...tk suka seksi2 lak tu......
Quote aldilla_zahraa 16-1-2017 05:51 PM
Dia ni mmg outspoken ala2 Fazura. Tak semua org boleh terima tapi part dia tak nak pakai seksi tu aku rasa ramai yg akan sokong dia
Quote MyNameIsIris 16-1-2017 05:52 PM
baguslah...
ada orang tu gebu size L tapi delusional kurus size xs... pitammmm
Quote Themilo 16-1-2017 05:58 PM
Ada pendirian kau ni dekkk, insyaallah, pastu tahan lama dalam industri.. ala-ala tok ti..
Quote Arry 16-1-2017 06:01 PM
mula-mula mmg kene kutuk dekkk... lama-lama org respect, you go girl!!!
Quote sharlenetexas 16-1-2017 06:03 PM
deja vu kisah akak ziana zain dgn majalah dulu.
tapi baguslah dik janna tetap pendirian. nk tau siapa designer baju tu?

Quote lasagnaklcc 16-1-2017 06:05 PM
Janna nick kan mcm tomboyish sket. Motip bagi mini dress
Quote sabar_sabariah 16-1-2017 06:06 PM
ada gambo tak baju yg seksi tu?
Quote caplimau 16-1-2017 06:09 PM
bagus la ade pendirian..
Quote sukacactus 16-1-2017 06:16 PM
Bagus teguh pendirian
Yg designer pun, xstudy ke personal style artis sblm nak sponsor baju
Quote pocongkiutss 16-1-2017 06:19 PM

Go Janna go!!

Pelakon yg penting bakat..bukan seksi, lawa tp kayu..tak guno
Quote anony-mous 16-1-2017 06:29 PM
lasagnaklcc replied at 16-1-2017 06:05 PM
Janna nick kan mcm tomboyish sket. Motip bagi mini dress

Pereka fesyen tu punya fantasi la kot   elok2 janna snyap, pereka plak sentap
Quote Adeakukesah11 16-1-2017 06:35 PM
Dia skrg nmpk tomboy semacam khenn
Quote she 16-1-2017 07:00 PM
Bagus Janna...macik sokong sepenuh jiwa raga beskat

Ibarat kemarin dulu tahun lepas lagi dah siap mengukur saiz simetri diameter badan chuolsss

Jangan jadi macam sesetengah retis badan size diameter bumi..paling kecik size pangkal pokok sawit.,tapi ade hati nak pakai baju size seramping kerengga di dahan pelam
Quote supersudoku 16-1-2017 07:09 PM
dulu pon xske dia.
tp lately ni ku terus folo di ig

Lihat semua komen(142)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 09:14 PM GMT+8 , Processed in 0.221962 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top