Kelmarin, seorang penganggur lelaki yang berusia 34 tahun dihadapkan ke Mahkamah Majistret atas dakwaan cuba menipu ibu 'teman lelakinya' supaya menyerahkan wang tunai RM7,500 September tahun lalu di sebuah rumah di Taman Rambai Jaya, Melaka.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa menyamar sebagai wanita India yang tidak wujud atas nama Nishalini hingga mendorong K Ariyanachi menyerahkan wang tunai RM7,500 secara berperingkat sebagai pembiayaan pembelajaran di United Kingdom. Bagaimanapun, memetik laporan Sinar Harian, Cha Chee Meng dari Selandar, Jasin mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Analia Kamaruddin. Mengikut Seksyen 416 Kanun Keseksaan, tertuduh boleh dihukum mengikut Seksyen 419 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-dua sekali, jika sabit kesalahan. Terdahulu, Pegawai Pendakwa Asisten Superintendan Nora Yaacob memohon mahkamah mengenakan jaminan RM6,000, manakala tertuduh yang tidak diwakili peguam bela merayu jumlah jaminan dikurangkan dengan alasan tidak bekerja.
Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dan menetapkan 14 Februari ini untuk sebutan semula kes dan lantikan peguam.- CARI |
10
Bagus |
10
Marah |
14
Terkejut |
11
Sedih |
6
Lawak |
13
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
rosasa replied at 20-1-2017 06:08 AM
eh apasal macam muka ketuanan ni?
rosasa replied at 20-1-2017 02:08 PM
eh apasal macam muka ketuanan ni?
rain2169 replied at 20-1-2017 02:10 PM
hamboiiii abang polis tu... kemain perut... ngandung ke.....
rain2169 replied at 20-1-2017 02:10 PM
hamboiiii abang polis tu... kemain perut... ngandung ke.....
rain2169 replied at 20-1-2017 02:10 PM
hamboiiii abang polis tu... kemain perut... ngandung ke.....
liyamariska replied at 20-1-2017 12:38 PM
serious muka mamat ni very jawa sgt...
ADVERTISEMENT