Segamat: Seorang peniaga yang menjadi mangsa samun di rumahnya awal pagi semalam, terkejut apabila lelaki terbabit memaklumkan ia kali kedua dia menjadikan mangsa sasarannya, selepas kali pertama lapan tahun lalu. Omar Bacok, 60, berkata dalam kejadian jam 3 pagi itu, perompak berkenaan yang bersenjatakan pistol juga memberitahu dia kini sudah gemuk berbanding ketika kali pertama menyamunnya pada 2005. Sebelum melarikan diri dengan wang tunai RM3,500, dokumen peribadi serta Toyota Hilux miliknya, peniaga kedai runcit itu berkata, lelaki itu sempat berkata: “Dulu saya kurus, sekarang gemuk, ingat tak? Pokok bunga depan rumah ini pun sudah besar berbanding lapan tahun lalu”. “Kata-kata itu menyebabkan saya yakin dia orang sama merompak rumah saya ketika hari raya 2005. Ketika itu, saya dirompak dua lelaki bersenjatakan parang dan kerugian RM15,000,” kata Omar. Dalam kejadian terbaru, katanya, dia yang baru tiba di rumah, terserempak seorang lelaki di kawasan kediamannya lalu menjerit meminta isteri melarikan diri, namun suspek mengacukan pistol dan mengarahkan mereka ke bilik tidur. Peniaga itu berkata, pacuan empat roda terbabit ditemui semula di Jalan Tangga Batu, iaitu kira-kira lapan kilometer daripada rumahnya pada jam 9 pagi berkenaan.
|
10
Bagus |
7
Marah |
7
Terkejut |
5
Sedih |
12
Lawak |
11
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT