CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mencuri Dalam Wad Hsnz !

14-8-2013 09:43 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 7171| Komen: 38

KUALA TERENGGANU, 13 Ogos - Seorang pesakit lelaki yang menerima rawatan di wad Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini, hanya mampu melihat telefon bimbit miliknya yang disorokkan di bawah bantal diambil pencuri, dalam kejadian awal pagi semalam.
       
        Menurut sumber, dalam kejadian kira-kira jam 5.30 pagi, disebabkan terlalu uzur dan dalam keadaan sakit, mangsa berusia 40-an tidak mampu berbuat apa-apa, melainkan hanya melihat sahaja telefon bimbit miliknya dilarikan suspek berusia 28 tahun.
       
        “Suspek menghampiri mangsa yang ketika itu sedang tidur sebelum perlahan-lahan menarik telefon bimbit yang disorokkan di bawah bantal.
       
        “Mangsa yang hanya 'tidur-tidur ayam' tersedar kehadiran suspek yang sememangnya dikenali tetapi  tidak mampu berbuat apa-apa kerana uzur dan hanya membiarkan sahaja suspek melarikan telefon bimbitnya,” katanya, semalam.
       
        Sumber berkata, suspek berasal dari Kampung Batu Rakit, di sini, dipercayai berjaya masuk ke dalam wad pada waktu berkenaan kerana menunggu ahli keluarganya yang juga menerima rawatan di hospital tersebut tetapi ditempatkan di wad berlainan.
       
        “Suspek dipercayai tidur di hospital kerana menunggu ahli keluarganya yang sakit di wad empat, namun  dia mengambil kesempatan masuk ke dalam wad mangsa di wad enam untuk mencuri ketika pesakit sedang berehat.
       
        “Sejurus mencuri telefon bimbit berkenaan dan bagi mengelak perbuatannya disedari orang awam, suspek terus turun ke wad empat semula,” katanya.
       
        Jelasnya, mangsa hanya menceritakan kejadian itu kepada isterinya berusia 39 tahun yang baru tiba untuk melawatnya beberapa minit kemudian, sebelum isterinya membuat laporan polis.
       
        “Suspek berjaya ditangkap kira-kira jam 6 pagi iaitu setengah jam selepas melakukan jenayah tersebut  di dalam kawasan wad HSNZ,” katanya.
       
        Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Zamri Shamsuddin ketika dihubungi semalam, mengesahkan menerima laporan berkenaan.
       
        Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri dan suspek boleh dipenjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan," katanya.



21

Bagus
16

Marah
12

Terkejut
14

Sedih
23

Lawak
15

Bosan

Friends Rank (101 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote batman_2007 13-8-2013 10:15 AM
Biasa la. Tabiat mnusia.
Hatta dlm masjid pun boleh
Quote axl_bach 13-8-2013 10:16 AM
mana ada ziarah nih bro....kol 5.30pg kot....mamat tu penjaga pesakit lain tu....kan ada ditulis dlm tu ker ko sendiri x baca artikel yg ko tepek???

Quote mak_wa95 13-8-2013 10:17 AM
wei...tak berbaloi mencuri hset yang jika dijual laku berape sen je .... tak pro langsung...setengah jam dapat pegang hset tu dah kena cekup....tak berbaloi jika kena penjara 7 tahun...ohhh sian sian...tah2 hset cikai je...
Quote axl_bach 13-8-2013 10:17 AM
Sumber berkata, suspek berasal dari Kampung Batu Rakit, di sini, dipercayai berjaya masuk ke dalam wad pada waktu berkenaan kerana menunggu ahli keluarganya yang juga menerima rawatan di hospital tersebut tetapi ditempatkan di wad berlainan.
Quote xAthenax 13-8-2013 10:24 AM
orang solat dalam masjid pun bag kena curi
ini kan pulak di spital
pencuri tetap pencuri tidak kira dimana dalam apa jua keadaan sekali pun
Quote baghal_bortuqal 13-8-2013 10:28 AM
Sek oenyung ajaib dgn kepelekkang tanpa batasang
Quote mak_wa95 13-8-2013 10:28 AM
xAthenax posted on 13-8-2013 10:24 AM
orang solat dalam masjid pun bag kena curi
ini kan pulak di spital
pencuri tetap pencuri tidak kir ...

orang ditimpa musibah pun nak dicuri juga barang...tapi memang pro la abng polis...1/2 jam je mencuri boleh cekup...ke guard spital yang cekup kemudian serah kpd polis.......
Quote prettyuglybabe 13-8-2013 10:41 AM
pencuri bodoh. padan la muka kena tangkap
Quote SulurBidar 13-8-2013 10:43 AM
mak_wa95 posted on 13-8-2013 10:17 AM
wei...tak berbaloi mencuri hset yang jika dijual laku berape sen je .... tak pro langsung...setengah ...

Biasanya, ini M.O mat pet...

asal ada brg boleh dijual, maka itulah yg disambar..


Quote xAthenax 13-8-2013 10:48 AM
mak_wa95 posted on 13-8-2013 10:28 AM
orang ditimpa musibah pun nak dicuri juga barang...tapi memang pro la abng polis...1/2 jam je menc ...

tu lah pasal
pencuri ni tak kira masa dan keadaan
rasanya gen curi dalam sel2 kuat sangat
sampai tiada rasa simpati
entah2 mat pet..set2 yang menyusahkan orang ni patut kena balun sampai lunyai
Quote mak_wa95 13-8-2013 10:49 AM
SulurBidar posted on 13-8-2013 10:43 AM
Biasanya, ini M.O mat pet...

asal ada brg boleh dijual, maka itulah yg disambar..

oh ya ka...ada juga macam tu ya....geng ni di mana2 pun suka buat hal....padan muka kena tangkap.....harap dihukum semaksimanya...
Quote mak_wa95 13-8-2013 11:05 AM
xAthenax posted on 13-8-2013 10:48 AM
tu lah pasal
pencuri ni tak kira masa dan keadaan
rasanya gen curi dalam sel2 kuat sangat

geng mat pet ni haduii menyusahkan orang betul....dah tu pilih orang yang dia kenal pula memang cari masalah la.....
Quote bennylicious 13-8-2013 11:38 AM
mak_wa95 posted on 13-8-2013 11:05 AM
geng mat pet ni haduii menyusahkan orang betul....dah tu pilih orang yang dia kenal pula memang ca ...

Tu la pasal, yg bangangnye pi pilih org yg dikenali plak tu..bodoh ke hape,nk jadi pencuri tp bengong..huhu
Quote RedClip 13-8-2013 11:49 AM
hampeh punye pencuri..
Quote ushioz 13-8-2013 11:50 AM
biasa la terengganu.
Quote hzln 13-8-2013 12:03 PM
aku pun pernah kena, spital yg sama, waktu lebih kurang sama....bangun tido (nurse kejut pukui 6 nak inject obat) tgk jam tangan dah takde
Quote tongkatwaran75 13-8-2013 12:07 PM
axl_bach posted on 13-8-2013 10:16 AM
mana ada ziarah nih bro....kol 5.30pg kot....mamat tu penjaga pesakit lain tu....kan ada ditulis dlm ...

baca skali lalu...
ingat 5.30 ptg...
psl terbaca menunggu pesakit...

Quote edee_91 13-8-2013 12:12 PM
mak_wa95 posted on 13-8-2013 10:28 AM
orang ditimpa musibah pun nak dicuri juga barang...tapi memang pro la abng polis...1/2 jam je menc ...

duuhhhhh.......... dah sah2 la abang pulisi tak perlu kerje keras sgt pon... dah mangsa tu kenal pon siape pelakunye....

Quote mak_wa95 13-8-2013 12:23 PM
bennylicious posted on 13-8-2013 11:38 AM
Tu la pasal, yg bangangnye pi pilih org yg dikenali plak tu..bodoh ke hape,nk jadi pencuri tp beng ...

sah dah mat pet memang bengong....dia ingt orang tu tido...orang sakit mana lah boleh tido nyenyak.......

Lihat semua komen(38)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 03:25 AM GMT+8 , Processed in 0.044928 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top