Majlis raja sehari seakan musnah bila katerer yang bertanggungjawab menyediakan hidangan sepanjang majlis buat hal.
Sangat menyedihkan bila makanan yang dijanjikan tidak dapat disediakan sempurna, malah hingga menyebabkan para tetamu makan nasi berlaukkan cuma kuah. Bayangkan betapa malunya sang pengantin terhadap para tetamu. Malah dikatakan kedua pasangan tersebut juga tidak dapat menikmati makanan istimewa pada hari berkenaan. Amnina Azmi yang menjadi mangsa kepada sikap tidak bertanggungjawab katerer itu mendedahkan hal tersebut menerusi laman Facebook miliknya. "Buat yg hadir pasti sudah tahu perihal caterer kami yg bermasalah. Jutaan maaf kepada yg hadir tapi hanya makan nasi berlaukkan kuah.
"Pengantin jugak tak dapat makan. Jangankan kambing, lauk asas pun gagal di sediakan seperti yg dijanjikan dengan sempurna. Sedih memang sedih. Tapi kami akan perjuangkan hak kami sbg pengguna," katanya. Dakwanya, pihak katerer tidak menjawab dan juga membalas mesej yang diberikan. Malah sikap berdiam diri itu dilihat sangat tidak profesional dan juga menambahkan keruh keadaan. Tak mahu perkara ini berlarutan Amnina dikatakan segera membuat laporan polis ketika masih memakai persalinan raja sehari. "Nonetheless, we have act accordingly and we shall see how it goes. Kami harap kami pasangan terakhir yang tertipu. Friends, please spread the words," katanya. Apa pun, buat semua bakal pasangan pengantin di luar sana, kisah ini boleh dijadikan teladan dan juga pengajaran. Semoga tiada makhluk yang mengambil kesempatan dan meragut hari bahagia anda. - CARI |
21
Bagus |
26
Marah |
18
Terkejut |
12
Sedih |
16
Lawak |
18
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
missinpiece replied at 3-2-2017 05:53 PM
Eloknya peniaga2 yg dok kejar untung tapi xde hasil ni ditutup perniagaannya oleh pihak berkuasa. Se ...
Aizuzu replied at 3-2-2017 05:54 PM
Kesian nya la hai.. Sampai hati
ReginaGeorge replied at 3-2-2017 05:59 PM
Pasni pasti ada "enjelasan Catering tak sediakan makanan"
aku.semut.merah replied at 3-2-2017 10:03 AM
Ko nak viral tapi ko tutup nama katerer jilake tu
CiliPadiSedap replied at 3-2-2017 10:11 AM
kes ni under kes civil. jadi setahu akak susah nak masuk penjara.. kena pasang peguam dan saman..
...
gigahertz replied at 3-2-2017 06:22 PM
takut fitnah katanya tapi apa bangang bende betul berlaku pergi cencosered.
ADVERTISEMENT