Hai enaknya rasa masakan ikan masak asam pedas. Lebih-lebih lagi jika dapat menggunakan daging ikan segar.
Pun begitu, apa kata berikan sentuhan kelainan dengan penggunaan ikan yang berbeza kali ini iaitu ikan salmon.Biar betul? Biasanya, ikan 'mat saleh' ini sering dimasak dengan cara memanggang yang memang sinonim dengan cara masakan barat. Tetapi, masih ramai yang tak tahu ia juga boleh dimasak dengan resipi ala Malaysia seperti kari dan juga asam pedas. Tak terlalu sukar, sama sahaja dengan resipi asam pedas yang lain. Jom cuba nanti! Bahan-bahan 2 keping ikan Salmon 1 batang bunga kantan (dibelah dua)
1 batang serai (diketuk) Sedikit daun kesum (anggaran segenggam) Minyak untuk menumis Bahan kisar 5-6 biji bawang kecil 2 ulas bawang putih 1/2 inci lengkuas 1/2 inci halia 1/2 inci kunyit hidup 5-6 sudu cili boh Bahan Perasa 1 cawan air asam jawa 1 sudu teh jintan manis 1-2 sudu teh garam 1 camca besar gula 1. Panaskan periuk dengan sedikit minyak dan tumis bahan kisar hingga terbit minyak. 2. Masukan air asam dan 3-4 cawan air dan renihkan sebentar hingga kuah menjadi pekat. 3. Masukan bahan perasa dan kacau. 4. Masukan ikan dan masak selama 4-5 minit dan masukan daun kesum, serai dan bunga kantan. Renih hingga ikan menjadi lembut.- CARI Kredit resipi: Hariharimasakmakan.blogspot.my |
3
Bagus |
7
Marah |
9
Terkejut |
6
Sedih |
4
Lawak |
10
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT