Seorang lelaki ditahan polis Hong Kong kerana menyebabkan kebakaran dalam koc tren transit aliran massa yang dikendalikan perkhidmatan MTR di stesen Tsim Sha Tsui pada malam kelmarin.
Memetik laporan metro.co.uk, sejumlah 17 orang cedera dan dua dalam keadaan kritikal, dengan mangsa mengalami kesan terbakar yang serius selain telah menyedut asap berbahaya. Suspek kejadian itu, seorang lelaki 60 tahun, telah mengaku kepada polis bahawa dia sebenarnya mahu membakar diri sendiri. Pihak berkuasa kemudian memberitahu bahawa motif lelaki berkenaan berniat dan berkelakuan sedemikian akan disiasat. Komander polis Yau Tsim menyifatkan kejadian itu sebagai kes terpencil dan ia tiada kaitan dengan aktiviti pengganas. Dalam kejadian berkenaan, tren tersebut dalam perjalanan antara stesen Admiralty dan Tsim Sha Tsui. Sementara itu, sumber polis memberitahu bahawa lelaki itu telah menyebut “bakar kau sampai mati” sebelum menyalakan bom petrol yang dibawanya sebelum dirinya sendiri terbakar. - CARI
|
13
Bagus |
23
Marah |
22
Terkejut |
32
Sedih |
34
Lawak |
22
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Minami2013 replied at 11-2-2017 06:46 PM
I otw ke station tu mase kejadian ni berlaku... luckily tak keluar awal..
kasibiman replied at 11-2-2017 06:51 PM
Shopping ke dari asar kat mesjid?
ADVERTISEMENT