CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Kempen Anti-Zina Sempena Hari Valentine's Di FB Dihentam Para Netizen

14-2-2017 12:30 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 10367| Komen: 40|Original author: Oleh: Adib ZA


Bila media sosial digunakan sebagai medium berdakwah dan juga memberi nasihat, sudah tentu ia menjadi satu hal yang amat baik.

Seperti yang dilakukan oleh Persatuan Belia Islam Nasional, mengajak para remaja muslim untuk menjauhi perbuatan zina.

Ini lebih-lebih lagi bila ia dikaitkan dengan Hari Kekasih atau Valentine yang sinonim dengan hari berkasih sayang buat pasangan kekasih sehingga sering dikatakan 'terlanjur' ketika hari berkenaan. 

Dengan tajuk "7 Cara Wanita untuk Berurusan dengan Orang Bukan Mahram pada hari Valentine" dakwah online ini turut disertakan visual agar lebih menarik perhatian. 


1) Tidak Melunakkan Suara

2) Elakkan Penggunaan Emoticon
3) Menutup Aurat dengan Sempurna
4) Menjauhi bau bauan berlebihan
5)Tidak berdua-duan dengan lelaki bukan mahram
6) Pilih waktu yang sesuai untuk berurusan dengan lelaki bukan mahram seperti waktu siang dan bukan malam
7) Ringkaskan perbualan ketika bermesej private

Itulah antara 7 perkara yang ditekankan buat wanita terutamanya agar terhindar daripada perkara tidak baik ketika hari Valentine ini, khususnya. 

Pun begitu, ia telah menerima pelbagai reaksi berbeza daripada masyarakat muslim sendiri. Seperti biasa ramai yang menyokong kempen mengelakkan diri daripada dosa zina itu, selari dengan ajaran Islam itu sendiri. 

Namun, ramai di kalangan netizen wanita yang menganggap dakwah terbabit sebagai seksis dan berat sebelah. Mereka tidak menerima mengapa hanya kaum wanita yang sering 'dipersalahkan' dalam semua hal termasuklah zina dan rogol. 

"Sexist. Patutnya lelaki yang kena bagi lagi banyak guidelines. 

"Emoticons pun tak boleh pakai? Wow males imagination are so the very imaginative dan wild ke?"

"Dalam saya menghormati posting ini atas usahanya untuk mengelak zina. Tapi pada masa sama saya juga ingin mengkritik... Kenapa mesti fokus kepada wanita sahaja? Bukankah kaum lelaki juga wajar diberikan 'guideline' seumpama ini. Apakah wujud bias gender?"




Begitulah antara respon netizen yang diterima berhubung nasihat dan kempen anti-zina ini. 

Apa pula pendapat anda? Tak salah rasanya ambil apa sahaja yang positif dan cuba elakkan pemikiran negatif dan sentiasa fikir diri sendiri betul dalam semua perkara, bukan? 

Sesekali cuba belajar untuk berlapang dada untuk terima secebis nasihat yang diberikan, dan bukannya menabik dada. - CARI 
11

Bagus
4

Marah
5

Terkejut
8

Sedih
4

Lawak
12

Bosan

Friends Rank (44 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pooh~key 14-2-2017 12:40 PM
Agama uslam memang bias sis. Sis baharu tahu ke? Kesian....
Quote Artemesiaa 14-2-2017 12:41 PM
Kat Malaysia ni hari2 bisa pun banyak je kes tak perlu nak tunggu Hari Valentine baru nak jadi kes
Quote ajinomotonosuga 14-2-2017 12:44 PM
Dlm quran klo ada untuk pompuan mesti ada untuk lelaki, klo tundukkan , klo sebat 100 kali etc

Tapi tu tuhannnnn

Manusia ni prejudis esp jantan , suka buli kaum lemah mayb terlepad pandang tp saya lagi percaya sebab BUDAYA MANUSIA di mana yg kuat akan buli supaya yg lemah terus lemah
Lagi  wajar di nasihatkan kaum bapak , bukti keliling kita pun, malah depa tu ketua untuk kaun ibu tp klo ketua pecah amanah pun ko sangap layan lagi camno idup??
Quote aldilla_zahraa 14-2-2017 12:49 PM
Ugama isele sebenarnya mengangkat tinggi darjat wanita. Yg menjatuhkannya budaya melayu
Quote aldilla_zahraa 14-2-2017 12:50 PM
Artemesiaa replied at 14-2-2017 04:41 AM
Kat Malaysia ni hari2 bisa pun banyak je kes tak perlu nak tunggu Hari Valentine baru nak jadi kes

Mungkin sbb kes buang bayi lebih rampant selepas 9 bulan valentine berlalu sis
Quote AbukRokok 14-2-2017 12:55 PM



:p   ( . )(.  )
Quote ajinomotonosuga 14-2-2017 12:57 PM
pooh~key replied at 14-2-2017 12:40 PM
Agama uslam memang bias sis. Sis baharu tahu ke? Kesian....

Agama islam tak bias klo manusia tu ikhlas

Agama islam caters kehendak semulajadi manusia, contoh yg kuat wajib tolong yg lemah, dengan hikmah, yg kaya bagus sedekah

Semua dari tuhan tu baik, setiap manusia cipta tu mesti ada.buruk tp apa tuhan cipta TADAK SIA SIA , tak kne pada sifat kasihNYA

tp manusia ramai syaitan bertopeng manusia, abis manis sepah di buang, ilang cantik cari lain, sebab manusia suka bertuhankan nafsu , hidup ni sekejap so baik sonok sonok , nanti mati dah abis cite, btuii ke?

Klo ikut budaya ciptaan manusua, berani tu makna fisikal or berani rentas selat melaka or lawan rimo tp klo ikut agama islam berani tu ialah SABAR , ko boleh??

Klo ikut agama nk tolong oang susah or makmorkan manusia dan kehidupan, guna ler sistem SEDEKAH tp manusia cipra CUKAI  so hari ini camna idup?

Klo ikut agama islam campur or integrasi jantina lelaki wanita ni bahayaaaa esp nanti kaum lemah cam wanita makin terzalim tp kita cipta mcm mcm budaya yg akhirnya buang anak lam tong sampah sooooo camna?  Nk overcome kita cipta rules lagi n lagi n lagi, makin orait?

Sedangkan agama tu dah DI SEMPURNAkan, dah perfect, tinggal ikut je n sabar , tp kita SOMBONG and today kita terimalah kesan kesombongab kita yg kita sedari n tak sedari walo mufti ostad or ulama!!


Kita hidup ada agama tp tadak tuhan n ikhlas

Kita ada agama cuma PELEKAT pada bangsa yakni melayu yg akhirnya niat kita cuma KUASA untuk hidup mudah yg cuma sekelip mata di dunia jekkkk
Quote kaspar0v 14-2-2017 01:01 PM
kenapa tk boleh guna emticon?
Quote Artemesiaa 14-2-2017 01:02 PM
aldilla_zahraa replied at 14-2-2017 12:50 PM
Mungkin sbb kes buang bayi lebih rampant selepas 9 bulan valentine berlalu sis

Tapi kalau tengok kes2 yang kerap sangat dilapurkan sejak kebelakangan ni sama je jumlahnya tak kira hari2 biasa atau hari sambutan istimewa.  Masaalah social makin meningkat saban tahun tak pernah yang turun grafnya.  Untuk melarangan dengan mengunakan alasan sebegini cam tak berkesan lagi sekarang.
Quote ellejo 14-2-2017 01:12 PM
AbukRokok replied at 14-2-2017 12:55 PM
:p    ( . )(.  )

Tu kira emoticon ke

(.)(.)
  
Quote Emperor95 14-2-2017 04:28 PM
Biasanya siapa yang meminta dan siapa yang memberi..
Quote manjalara_01 14-2-2017 04:52 PM
pooh~key replied at 14-2-2017 12:40 PM
Agama uslam memang bias sis. Sis baharu tahu ke? Kesian....

Islam x pernah bias, PENGANUTnye saje yg BIAS. sekian..
Quote kimchipedas 14-2-2017 05:28 PM
nak berzina xyh tunggu hari valentine jah..asalkan cuti PH, weken ada ja kapel yg terkantoi kat hotel bajet tu.
Quote pooh~key 14-2-2017 05:52 PM
manjalara_01 replied at 14-2-2017 04:52 PM
Islam x pernah bias, PENGANUTnye saje yg BIAS. sekian..

ISLAM tak mampu jadikan PENGANUTNYA tak bias sis? Ini sudah menghina!  
Quote chacon 14-2-2017 06:18 PM
malam ni mesti ramai pasangan kekasih buktikan cinta di hotel bajet
Quote manjalara_01 14-2-2017 06:18 PM
Edited by manjalara_01 at 14-2-2017 06:20 PM
pooh~key replied at 14-2-2017 05:52 PM
ISLAM tak mampu jadikan PENGANUTNYA tak bias sis? Ini sudah menghina!

itu bukan menghina, itu buktinye org muslim tu manusia & manusia tu byk kelemahan.
& i am not your sis..ahahhaha...
Quote pooh~key 14-2-2017 06:48 PM
manjalara_01 replied at 14-2-2017 06:18 PM
itu bukan menghina, itu buktinye org muslim tu manusia & manusia tu byk kelemahan.
& i am not yo ...

Dah alang2 banyak kelemahan dan agama islam tak mampu ubah kelemahan itewww, baik join ateis je ye dak sister? Jom jadi ateis jon, sister.  
Quote LavaUollss 14-2-2017 08:50 PM
kenapa hi lite perempuan?? Sebab yg mengandungnye pompuan. Yg dapat malunye pompuan kalau termengandung. Yg meroyan lepas beranaknye pompuan kalau stress laki tak mau bertanggungjawab. Lakinye enak goyang telo je. Sebab tu dia hilite pompuan. Sebab nak jaga maruah pompuan dari kena game dengan lelaki-lelaki durjana yg tak bertanggungjawab ni. ADA PAHAM KA!!??

*Tapi still tak paham kenapa tak boleh guna emoticon...hmmmmm*
Quote lamputrafik1 14-2-2017 09:15 PM
dua2 tundukkan la pandangan. ape ke benda nak hentam hentam kromo plk

Lihat semua komen(40)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 09:04 PM GMT+8 , Processed in 0.253846 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top