CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

[KEMASKINI] Wanita Myanmar Ditahan Bantu Siasatan Kematian Kim Jong Nam

15-2-2017 11:16 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 9311| Komen: 53


Kemaskini 5.40 PM

Susulan kes pembunuhan abang pemimpin tertinggi Korea Utara, Kim Jong Nam, BH Online melaporkan polis pagi tadi menahan seorang wanita Myanmar di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) bagi membantu siasatan.


Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, polis menahan wanita itu kira-kira jam 10 pagi tadi.

"Saya mengesahkan seorang wanita Myanmar ditahan jam 10 pagi tadi dan kita percaya dia mempunyai hubung kait dengan kematian lelaki Korea Utara di klia2 pada Isnin lalu. 

"Polis masih menunggu laporan bedah siasat dan selepas menerima laporan itu, kita akan menentukan kes ini disiasat mengikut seksyen apa," katanya kepada BH Online. - CARI


_____________________________________________________________________________________________________



Susulan berita kematian abang tiri Presiden Korea Utara semalam, pihak Amerika Syarikat mengesyaki mangsa dibunuh oleh perisik Korea Utara, petik laporan Reuters. 

Dalam pada itu, gambar yang diperoleh daripada CCTV di KLIA mendapati seorang wanita yang berpakaian baju putih berkemungkinan besar merupakan perisik yang bunuh Kim Jong-nam. 



Kedua-dua perisik tersebut merupakan wanita yang berambut pendek, berkulit putih cerah dan salah seorangnya berpakaian warna putih, skirt pendek serta menggalas beg yang berwarna biru. Manakala seorang lagi, berpakaian biru dan berseluar jeans. 

Dalam pada itu, memetik laporan Harian Metro mayat Kim Jong-Nam sudah dibawa keluar dari Hospital Putrjaya kira-kira jam 8.55 pagi tadi.

Mayat berkenaan dipercayai dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk proses bedah siasat. Pun begitu, pihak polis enggan memberi kerjasama untuk maklumat selanjutnya. - CARI
13

Bagus
10

Marah
11

Terkejut
4

Sedih
12

Lawak
18

Bosan

Friends Rank (68 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote felinecat 15-2-2017 11:38 AM
ok, mmg sedih dgn gambo cctv airport..igtkan habuk
Quote kelapaparut 15-2-2017 11:52 AM
Ntah2 cine jinjang mane ni dikatekan perisik korea utara,kesian cine jinjang tu
Quote kaspar0v 15-2-2017 11:56 AM
felinecat replied at 15-2-2017 11:38 AM
ok, mmg sedih dgn gambo cctv airport..igtkan habuk

dah serupa jerebu kat indonesia
Quote chinta89 15-2-2017 12:07 PM
habislah kes ni disiasat hga ke lubang cacing
Quote AbukRokok 15-2-2017 12:12 PM
DONT MESS WITH OPPA AAAAAAh
Quote CiliPadiSedap 15-2-2017 12:12 PM
cctv rumah akak lagi terang benderang..   akak sangka baik mungkin tengah musim winter
Quote Mleeen82 15-2-2017 12:14 PM
CCTV Kena asap kenderaan kot
Quote little_sis 15-2-2017 12:15 PM
teringat aku drama korea 'spy myung wol', kisah ejen korea utara menyamar kat korea selatan..
Quote tobby 15-2-2017 12:17 PM
Edited by tobby at 15-2-2017 12:18 PM

Oleh  Ayman Rashdan Wong


RILEKS, KIM JONG-UN BUKAN GILA

Lelaki Korea Utara (DPRK) bernama Kim Jong-nam terbunuh di Malaysia. Jong-nam adalah abang tiri kepada Kim Jong-un, pemimpin tertinggi DPRK. Jadi, ramai yang anggap DPRK akan serang Malaysia, atau hubungan DPRK dan Malaysia akan jadi tegang. Ada yang kata ada konspirasi untuk membabitkan Malaysia dalam perang. Ada juga yang mengambil kesempatan untuk memperlekeh sistem keselamatan Malaysia.

Dari semalam lagi ada sahabat meminta pendapat saya. Saya tidur nyenyak. Sebab tak ada apa yang akan berlaku. Rileks.

1. Adakah Kim Jong-un akan serang Malaysia untuk membalas dendam?

Sebenarnya Jong-nam mati, Jong-un yang paling gembira. Malah kebanyakan media Korea Selatan mendakwa Jong-un lah yang menghantar perisik untuk membunuh Jong-nam. Mengapa Jong-un mahu bunuh abang tirinya? Sebab kuasa.

Ayah mereka, Jong-il lebih sayangkan Jong-nam dan menjadikan Jong-nam sebagai pewaris pemerintahan, pada mula-mulanya. Cuma Jong-nam ini jenis memberontak dan banyak buat hal, dan akhirnya dia kehilangan kedudukan sebagai “putera mahkota”. Selepas Jong-il meninggal dunia pada 2011, Jong-un yang mewarisi ayahnya masih melihat Jong-nam sebagai ancaman. Kerana ikutkan budaya Asia Timur, Jong-nam sebagai anak sulung lebih berhak menjadi pewaris berbanding Jong-un yang merupakan anak bongsu. Jong-nam yang berada di luar DPRK pula suka mengkritik Jong-un secara terbuka.

Berkali-kali percubaan membunuh telah dilakukan ke atas Jong-nam. Jong-nam pernah kelihatan muncul di Malaysia pada tahun 2014. Kemungkinan besar, kejadian semalam adalah dirancang oleh Jong-un untuk menamatkan riwayat Jong-nam.

2. Ada konspirasi untuk membabitkan Malaysia dalam konflik US-China? DPRK proksi China?

Ada yang kata kalau DPRK serang Malaysia, maka US boleh bercampur tangan dan berperang dengan China. Ada pula yang kata, Malaysia rapat dengan China, DPRK proksi China ... bingo!

Tidak, DPRK bukan proksi China, malah mereka paling pantang dilihat sebagai proksi China. Walaupun DPRK sebuah negara komunis, pengasas DPRK iaitu Kim Il-sung (datuk kepada Jong-un) tidak mahu DPRK menjadi hamba kepada Soviet ataupun China. Dia mencantas puak-puak pro-Soviet dan pro-China di bawahnya dan mengisytiharkan “Juche” (berdikari, bebas) sebagai ideologi rasmi DPRK pada tahun 1977. Tapi nak “Juche” macam mana sedangkan Soviet dan China itu kuasa besar, DPRK ini negara kecil? Jawapannya adalah nuklear.
Program pembangunan nuklear DPRK bermula sekitar 1980-an, tujuannya adalah untuk mencegah Soviet atau China dari membulinya. Dalam hubungan antarabangsa, senjata nuklear juga dikenali sebagai “the great equalizer” sebab ia dapat menyamaratakan kedudukan sebuah negara kecil dengan kuasa-kuasa besar yang mempunyai senjata nuklear (US, Soviet/Russia, China dan sewaktunya). Selepas Perang Dingin tamat pada 1991, rejim DPRK berada di ambang keruntuhan kerana satu per satu negara komunis telah digulingkan. Maka Kim Jong-il mula menggunakan senjata nuklear sebagai alat dasar luar untuk memaksa kuasa-kuasa besar menunduk kepada kehendaknya demi menjamin kelangsungan Dinasti Kim. Hebat kan?

Strategi DPRK ini dikenali sebagai “nuclear brinkmanship”. Modus operandinya adalah (1) DPRK membuat ujian peluru berpandu (“missile”) yang mempunyai keupayaan nuklear untuk memaksa (2) US berunding dengan DPRK demi menjamin keselamatan sekutunya iaitu Korea Selatan dan Jepun maka (3) DPRK meminta bantuan kewangan sebagai syarat untuk tidak mengganas. Kalau US mungkir janji atau DPRK rasa kesuntukan sumber, ulang balik langkah No. 1.
“Brinkmanship” yang sama juga dipakai ke atas hubungannya dengan China. Walaupun China kurang berpuas puas hati dengan DPRK, namun DPRK penting sebagai negara penyangga (“buffer state”) yang boleh menghalang tentera US yang bertapak di Korea Selatan. Jadi, mau tak mau China terpaksa melindungi DPRK dengan membekalkan sumber ekonomi yang diperlukannya (China ialah pembekal bantuan terbesar DPRK).

3-4 tahun kebelakangan ini, China cuba mengubah strategi. Xi Jinping (Presiden China) cuba berbaik-baik dengan Park Geun-hye (Presiden Korea Selatan) untuk memujuknya membatalkan hubungan pakatan Korea Selatan dan US. Kalau US berundur dari Semenanjung Korea, maka DPRK tidak lagi penting. Kalau tak penting tak guna lagi DPRK “blackmail” China. Lalu apa Kim Jong-un buat? Tembak peluru berpandu sebagai amaran.

3-4 hari yang lepas, Shinzo Abe berjumpa dengan Donald Trump untuk mengukuhkan hubungan US-Jepun. Lalu apa Kim Jong-un buat? Tembak lagi sebiji peluru berpandu sebagai amaran. Walaupun DPRK sebuah negara yang miskin dan kedudukannya dikepung oleh 5 negara (China, Russia, Korea Selatan, Jepun, US), ia berjaya mempermainkan negara-negara di sekelilingnya untuk kepentingannya.

Jadi, bom nuklear yang dibuat susah payah oleh DPRK bukan untuk digunakan secara suka-suka tetapi untuk mengukuhkan kepentingan geopolitik DPRK. Kim Jong-un bukan gila. Dia, ayahnya, atuknya semua adalah aktor yang rasional dan bijak dalam memelihara kepentingan Dinasti Kim. Propaganda Hollywood (seperti filem “The Interview”) yang membuat orang ramai anggap DPRK ini gila. Ye lah, kalau ikut piawai Hollywood, Trump gila, Putin gila, Kim Jong-un gila, semua gila. Mereka saja yang betul, mereka saja yang normal.
Jadi sekarang anda faham mengapa saya boleh tidur nyenyak? Rileks, kematian Kim Jong-nam tidak akan menyebabkan Malaysia diancam nuklear Korea Utara. Ia berpunca daripada pertelingkahan politik dalaman Korea Utara. Jangan pandai-pandai nak membabitkan Malaysia pula.

NOTA: Sebaik saja Korea Selatan mengisytiharkan ia tidak lagi memusuhi negara-negara komunis/sosialis pada 23 Jun 1973, Malaysia (yang telah mempunyai hubungan diplomatik dengan Korea Selatan) mendirikan hubungan diplomatik dengan Korea Utara pada 30 Jun 1973.


Quote bangcak 15-2-2017 12:25 PM
berani ke jong-un nak serang negara jajahan komunis??
Quote tayam 15-2-2017 12:35 PM
felinecat replied at 15-2-2017 11:38 AM
ok, mmg sedih dgn gambo cctv airport..igtkan habuk

jerebu, sbb tu kabur
Quote manjalara_01 15-2-2017 01:01 PM
felinecat replied at 15-2-2017 11:38 AM
ok, mmg sedih dgn gambo cctv airport..igtkan habuk

buat malu je, 1 dunia dah tahu kualiti cctv kat malaysia ni mcm mana
Quote Nt-ViruS 15-2-2017 01:23 PM
bangcak replied at 15-2-2017 12:25 PM
berani ke jong-un nak serang negara jajahan komunis??

apa reason dia nak serang?.
Quote apalancut 15-2-2017 01:25 PM
skill NK ni mcm skill Israel je, wpon di kelilingi pak arab, drangmaintain je dlm wilayah drang, siap makin berkembang dgnpesatnya
Quote spiderman80 15-2-2017 03:18 PM
bangcak replied at 15-2-2017 12:25 PM
berani ke jong-un nak serang negara jajahan komunis??

Hahaha   
Quote WhiskeyScotch 15-2-2017 05:32 PM
Harap maklum ye perisik di dunia nyata tak sama dengan perisik yang korang tonton dekat dalam filem/drama.

Orang gila dekat tepi jalan yang korang nampak gila tu jgn terkejut ye kalau sebenarnya dia perisik. Perisik could be anyone around us.

Silap-silap adik dia sendiri yang upah suruh bunuh abang dia. Just wait and see.
Quote syitaeyqa 15-2-2017 06:11 PM
little_sis replied at 15-2-2017 12:15 PM
teringat aku drama korea 'spy myung wol', kisah ejen korea utara menyamar kat korea selatan..

hahaa cerita tu best! kelakar tgk myung wol
Quote AbukRokok 15-2-2017 06:12 PM
Korea Utara - China - Myanmar

aku speku perisik akan dibebebaskan dengan campurtangan China - vassalage Korea Utara
Quote v(T.T)v 15-2-2017 06:40 PM
manjalara_01 replied at 15-2-2017 01:01 PM
buat malu je, 1 dunia dah tahu kualiti cctv kat malaysia ni mcm mana

Biasalah kontrator alibaba ketuanan, bikin satu project sudah kaya. Pakai barang2 yg paling murah supaya keuntungan maksima.

Lihat semua komen(53)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 10:46 PM GMT+8 , Processed in 0.215359 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top