CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita Sakit Jiwa Maut Terjun Bangunan

18-2-2017 12:00 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 6402| Komen: 36

Wanita sakit jiwa maut selepas terjun dari tingkat tujuh Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh, semalam (Jumaat).


Foto: Carian Internet

Menurut Bernama, Shanina Mohamad Zuhairi, 21, dilaporkan berkunjung ke HRPB sebagai pelawat sebelum ditemui maut oleh orang ramai pada pukul 3.10 petang. Mangsa dilaporkan pernah menerima rawatan di Hospital Bahagia Ulu Kinta sebelum ini.

Menurut Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Sum Chang Keong, hasil siasatan awal tidak menunjukkan elemen berunsur jenayah dalam kejadian berkenaan.  .

"Penelitian kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan mangsa telah naik ke tingkat lapan dan merayau-rayau mencari tempat terbuka serta bercakap seorang diri sambil menggerakkan tangannya.


"Mangsa kemudian dilihat turun ke tingkat tujuh selepas kawasan koridor di tingkat lapan tertutup sebelum terjun," katanya.

Kakak mangsa, Syahirah, 23, berkata Shanina pernah mendapatkan rawatan psikiatri, namun sudah lama berhenti daripada mengambil ubat kerana doktor mengesahkan dia sudah sembuh.

"Bagaimanapun, penyakitnya itu datang semula sejak dia berkahwin enam bulan lalu, dan kami percaya dia terkena gangguan sihir," katanya kepada Bernama.

Sementara itu, saksi yang hanya mahu dikenali sebagai Nur, 31, berkata dia terdengar bunyi dentuman sebelum terlihat sebuah pasu pecah dan seorang wanita terbaring bersebelahan pasu tersebut. - CARI
24

Bagus
18

Marah
13

Terkejut
14

Sedih
9

Lawak
20

Bosan

Friends Rank (98 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jazaa100 18-2-2017 12:59 PM
Kesian....

Baru 21 tahun....

Quote pearl.silver 18-2-2017 01:03 PM
Semoga Allah ampunkan dosa2 dia..
Kesian orang yang ada sakit mental..
Quote makneng 18-2-2017 01:05 PM
Muda sgt.  Dah ajal.  Rip dik.
Quote cpixie 18-2-2017 01:48 PM
kesian dia
Quote white_musk 18-2-2017 02:01 PM
Sikit2 Nak salahkn hantu  sihir... Keturunan sendiri yg tak elok lagi Nak salahkan org lain konon kena sihir.. Lawa Sgt ke budak ni kaya sangat ke families INI sehingga org suka nk siher
Quote gigahertz 18-2-2017 02:29 PM
makneng replied at 18-2-2017 05:05 AM
Muda sgt.  Dah ajal.  Rip dik.

tengok nama macam cantik sis. gambo mana gambo?
Quote insulin 18-2-2017 02:33 PM
Takziah kepada keluarga mangsa.
Quote selayaknyalah 18-2-2017 02:46 PM
Gambo nye..............
Quote PongKang 18-2-2017 03:32 PM
selayaknyalah replied at 18-2-2017 02:46 PM
Gambo nye..............

sian.. muda lagi da gila.. al fatihah
Quote FanTasyCreaTioN 18-2-2017 03:32 PM
kesian ..
cantik ..

apa la dia tengah pikir / bercakap sebelum terjun

Quote FanTasyCreaTioN 18-2-2017 03:35 PM
Meanwhile, the deceased's sister, Syahirah, 23, said her younger sibling had returned from Indonesia on Tuesday where she had sought traditional treatment for the "emotional disturbance" she had been suffering for the past few months.

"She used to receive psychiatric treatment but was no longer on medication after being advised by a doctor that she had already recovered.
https://sg.news.yahoo.com/21-old-woman-jumps-her-030414980.html



Quote susukambingbest 18-2-2017 03:53 PM
selayaknyalah replied at 18-2-2017 02:46 PM
Gambo nye..............

innalillahiwainnailaihirojiun, cantik n muka nmpk cam org normal je. mmg xsgka ada mental dsorder
Quote chazey 18-2-2017 03:56 PM
selayaknyalah replied at 18-2-2017 02:46 PM
Gambo nye..............

Serius? Kesian sheol. Takziah buat aruah dan keluarga.
Quote selayaknyalah 18-2-2017 04:17 PM
chazey replied at 18-2-2017 03:56 PM
Serius? Kesian sheol. Takziah buat aruah dan keluarga.

Ye cikgu........
Quote awaynepian 18-2-2017 04:31 PM
Kenapa aku xnampak gambonye??
Quote beautifulliar 18-2-2017 04:37 PM
Muda nye dh ada sakit jiwa..sian sheols.
Quote perembes 18-2-2017 04:40 PM
mgkin dia dgr bisikan suruh terjun... aku ada bbrapa kwn yg juga mcmn ni.. asyik dgr bisikan suruh bunuh diri
Quote chazey 18-2-2017 05:06 PM
perembes replied at 18-2-2017 04:40 PM
mgkin dia dgr bisikan suruh terjun... aku ada bbrapa kwn yg juga mcmn ni.. asyik dgr bisikan suruh b ...


Bipolar atau psychotic depression sudah tu. Sangat perlu jumpa doktor pakar. Jangan suruh jumpa bomoh atau ustad. Teda guna.
Quote adikfatin 18-2-2017 05:56 PM
teringat arwah maksu aku. dia sakit jiwa sblm kawen lg. lps suami dia dpt tau dia ada mslh ni terus nak bercerai...tertekan mslh rumh tangga dek suami mcm tu, anak dpt kat ibu mertua lah. baru kematian mak lah...pastu dpt berita jumpak arwah kat tasik...ni bukan kes bunuh diri tp lebih kepada gangguan mental. sebab tu tak boleh hina terus2 kalau org tu bunuh diri. org gila je bunuh diri sbb dia x sedar. mmg lah islam larang bunuh diri. tp kita tau ke entah2 masa dia bunuh diri dia x sedar.pastu terus2 hukum.x kena kat diri sendiri alhamdulillah ar.. kalau kena baru tau. azab dia tu antara Allah dgn dia tau. even mayat bunuh diri pun wajib di tanam di tnh perkuburan islam. kecuali dia x islam lah

Lihat semua komen(36)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 06:09 PM GMT+8 , Processed in 0.062595 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top