Bukan mudah mahu menggantikan tempat seseorang. Pun begitu, Acong Sweet Child atau nama sebenarnya, Ahmad Fauzi Manat, memenuhi hasrat arwah Pak Yus untuk menyertai Maharaja Lawak Mega (MLM) 2017 dengan membentuk kumpulan baharu bersama Tauke dan Ropi iaitu Nice.
Menurut penyanyi dan pelawak itu, Pak Yus pernah mengajaknya menyertai kumpulan Jambu untuk menyertai pertandingan berkenaan. Acong menganggap penyertaannya bersama Tauke dan Ropi pada persaingan kali ini sebagai menunaikan permintaan arwah Pak Yus. "Saya tahu bukan mudah menggantikan tempat Pak Yus yang begitu serasi dengan Tauke. Kami akan mencuba sebaik mungkin dalam mencari keserasian sepanjang persaingan MLM 2017. "Saya akui begitu teruja kerana tidak menyangka akan bertanding bertiga kali ini," katanya kepada BH Online. Yus atau nama sebenarnya, Yussry Edoo menghembuskan nafas terakhir pada usia 39 tahun pada 30 November 2015, sama-samalah sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah. - CARI |
Rainrein replied at 18-2-2017 04:47 PM
X penah tengok dia ni berlawak. Lawak ke si acong nih?
ADVERTISEMENT