Datuk Amar Jamilah Anu, calon Barisan Nasional (BN) berjaya menewaskan calon Parti Reformasi Negeri Sarawak (STAR) Johnny Aput dan calon Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) Baru, Rapelson Richard Hamit pada pilihan raya kecil (PRK) Tanjong Datu yang diadakan hari ini.
Menurut Astro Awani, keputusan diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Hamsein Atar di Dewan Masyarakat Lundu pada jam 8 malam sebentar tadi yang menyaksikan Jamilah menang dengan majoriti 6,443 undi. Jamilah berjaya memperoleh 6,573 undi sementara Johnny Aput memperoleh 108 undi dan Rapelson 130 undi, sekali gus menyaksikan kedua-dua calon PBDS Baru dan STAR hilang deposit.
PRK Tanjong Datu diadakan susulan kematian penyandangnya, juga merupakan Ketua Menteri Sarawak kelima, Allahyarham Tan Sri Adenan Satem pada 11 Januari lalu. BN meletakkan balu Adenan iaitu Jamilah sebagai calon bagi meneruskan perancangan pembangunan dan kebajikan rakyat yang dilaksanakan Adenan di kawasan itu. - CARI
|
23
Bagus |
9
Marah |
12
Terkejut |
9
Sedih |
13
Lawak |
12
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
me1eis replied at 19-2-2017 01:19 AM
ADVERTISEMENT