CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Terbongkok-Bongkok Mengutip, Tindakan Orang Jepun Ini Buat Semua Sentap

22-2-2017 03:47 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 8717| Komen: 30|Original author: Oleh: Myra Rozi

Kes pembunuhan melibatkan warga Korea yang terjadi baru-baru ini di Malaysia telah menjadi berita sensasi dan buah mulut orang ramai.

Namun apa yang ingin disampaikan kali ini bukan berkisarkan kes tersebut, tetapi lebih kepada  kisah media asing yang datang ke negara ini untuk membuat liputan.


Menurut status yang dimuat naik oleh pengguna Facebook, Amirul Sajadi, dia menyatakan bahawa "tindakan yang dilakukan orang Jepun ini akan membuatkan kau sentap!"

Sumber: FB Amirul Sajadi
Sudah lumrah menjadi orang media, jika diberikan tugasan mereka pasti akan 'berkampung' di sesuatu tempat untuk mendapatkan perkembangan terkini tentang sesuatu kes.


Malam itu, kebanyakan dari media sudah beransur pulang namun ada sekumpulan media Jepun masih lagi kelihatan seperti sedang mencari-cari sesuatu sambil memegang plastik.


"Lama aku perhatikan diorang, manalah tahu ada barang diorang yang hilang ke, tapi rupanya aku silap, diorang sebenarnya sedang kutip sampah di sekitar kawasan lepak media tadi."

Tindakan yang mereka lakukan sangat-sangat mengagumkan kerana ini membuktikan betapa warga Jepun memang sangat berdisiplin tinggi dalam menjaga kebersihan walaupun di negara orang.

"Apa yang buat aku lebih tergamam, semua sampah yang diorang kutip tu, diorang bawa naik teksi dan aku pun tak pasti kemana diorang bawa semua sampah tu pergi."

Status ini menjadi tular dan kebanyakan netizen rata-ratanya memberikan kata-kata pujian.

Bukan mahu mengagung-agungkan orang luar, jauh sekali memperkecilkan warga tempatan, namun kisah ini wajar dijadikan sebagai contoh dan teladan.

Pendapat anda pula bagaimana?-CARI

14

Bagus
20

Marah
17

Terkejut
15

Sedih
21

Lawak
16

Bosan

Friends Rank (103 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kaspar0v 22-2-2017 04:08 PM
disiplin dorang mmg tinggi. dah sebati dgn life dorang jaga kebersihan tak kira mana tmpat dorang pegi
Quote nononcrux 22-2-2017 04:18 PM
kalau dah terbiasa dgn disiplin diri, kat mana pon ttp berdisplin. ak pon kalau nak buang smpah btl-btl cari tong smph mmg tak reti nak buang besepah.
Quote harkktuih 22-2-2017 04:35 PM
Kat tanah air ni mentaliti "ada tukang sampah boleh kutip" atau "kalau xde sampah tukang sapu takde keje pulak" masih tebal..
Quote ibuiqah 22-2-2017 04:45 PM
kita g negara org bawak budaya sepah2 hahaha
jgn mcm2 ya kat tmpt org viral nnt
Quote merrissa 22-2-2017 05:05 PM
yang gila.....orang duk rakam...gelak2...tak tolong kutip....

yang gila.....orang yang duk buang sampah merata

org jepun.....deme... orang keje kutip sampah pon deme hormat....

Quote WhiskeyScotch 22-2-2017 05:11 PM
Part discipline memang warga Jepun boleh dikatakan world class!!!
Quote missinpiece 22-2-2017 05:59 PM
Kalau dah terbiasa buang sampah si tempat sepatutnya, akan rasa malu sendiri kalau sesekali nak buang merata2. Tangan tu kadang gatal je nak kutip sampah yg bertaburan
Quote sabar_sabariah 22-2-2017 06:04 PM
aku memang salute negara jepun
disiplin dan akhlak diorang
lebih baik dari negara islam
ibaratkan negara bukan islam yg praktis cara islam
kebersihan kan sebahagian dari iman

adik aku pernah citer
kat trafik light tengah merah, ada orang buang sampah dari dalam kereta
adik aku kutip pastu campak balik dalam kereta orang tu
pastu mencicit dia pecut motor
next time pun aku nak wat cenggini
Quote Artemesiaa 22-2-2017 06:04 PM
Dah budaya dia orang cam tu sampah harus dimasukan dalam bag sendiri dan buang kat kediaman sendiri kalau tak jumpa tong sampah.  Kat Tokyo contohnya memang susah nak jumpa tong sampah kalau ada pun kat area yang ada mesin vending je
Quote siskepoh 22-2-2017 06:36 PM
boleh la gegirls2 ni start cari orag jepun. anak pun nt comey2 hihiks
Quote finesse 22-2-2017 06:53 PM
Edited by finesse at 22-2-2017 06:56 PM

*batuk bagus org jepun. Kena jd cth. *batuk

@edee_91
Quote Jorja 22-2-2017 06:55 PM
Baru2 ni makan kat private club...ada satu family ni dressing very the urban style...tgh celebrating bday anak...attitude acah2 classy, kek anak dia pun boleh tahu lah mahal...tapi I tak bole nak trima kenyataan yg anak dia makan nasi bertabur dari atas meja sampai lah atas lantai...very gross ok...rasa mcm makan kat gerai aje...dah habis makan blah mcm tu je...OMG parenting sucks :
Quote imransulaiman 22-2-2017 07:12 PM
Benda kalau memang kita dah biasa buat, otomatik kita amalkan walau di mana kita berada tanpa ada paksaan...
Quote mommymonster82 22-2-2017 08:15 PM
Benda klu dah biasa dah jd tabiat
Quote capiloton 22-2-2017 08:18 PM
org jepun mmg dah biasa bawak balik rumah sampah2 diaorg.
kat rumah diaorg  siap  bersihkan tin, plastik n botol2 semua, masuk recycle bin
ada tu siap bawak sampah pi sekolah lagi, belajar recycle.

kat sini mentaliti lain sket.
bila di tanya kenapa buang sampah merata, jawap nya ;
takut org sapu sampah takde kerja.
org m'sia ni terlebih prihatin kekdahnya.
Quote eizarz 22-2-2017 09:20 PM
semua nak viral..dah tempat lepak dia tadi,dia yg buat sepah,kena la kutip..sakai la viral2 ni..
Quote turboturtle 22-2-2017 09:20 PM
Pengotor ni keturunan, kalu sorang tak ubah sikap tu mmg anak2 cucu cicit akan ikut, jangan kata sampah, troli pasar raya pun xreti nak hantar balik, tinggal camtu je kat parking. Perangai macam kera.
Quote Victorioussss 22-2-2017 10:30 PM
Orang jepun mmg A. Sbb tu i selalu ngaku i lahir kat minato jepun. Even kalau boleh i nk kapel n kawen dgn student pnah blaja kt jepun. Pernah kenal sorg..dia ajar i order don don
Quote jazaa100 23-2-2017 08:25 AM
Kesian.....

Wartawan msia dah besar pjg pun tak de sivik...
Buang sampah merata rata.....pastu nk gelakkn org kutip sampah....

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 12:58 AM GMT+8 , Processed in 0.036393 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top