CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Peminat Mahukan Lagu 'Kampung' Semula, Nana Akui Single Baharunya Gagal

23-2-2017 10:53 AM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 12999| Komen: 99|Original author: Oleh: Adib Za


Selepas muncul dengan single terbaharunya, Pesanan Teragung, Siti Nordiana mengakui lagu berbentuk moden itu sukar malah gagal diterima di kalangan para peminatnya.


Ini kerana dia yang sinonim dengan lagu-lagu balada 'kampung' dilihat tidak menyerlah menyanyikan lagu berbentuk moden dan urban. 

"Saya akui perubahan yang saya buat dengan membawa lagu genre urban kurang mendapat sambutan kerana orang masih melihat saya dengan lagu-lagu kampung. Mereka mahu saya menyanyikan lagu-lagu seperti itu semula.

"Jiwa saya juga memang sudah sebati dengan lagu-lagu seperti itu dan saya akui bila kita nyanyi lagu yang kita suka... pendengar juga secara tidak langsung boleh menerima lagu tersebut," katanya kepada Mstar Online. 


Untuk itu, bagi single terbaharu yang akan dilancarkan nanti, dia mahu mencipta sendiri lagu dengan caranya yang tersendiri. 

"Saya akan cipta lagu sendiri untuk single terbaharu saya nanti, ia bukan kerana saya tidak percaya kepada komposer yang ada tetapi sengaja ingin cuba bidang penciptaan lagu pula," katanya lagi, yang berasa gembira melihat lagu-lagu berentak balada semakin mendapat tempat pada masa ini. - CARI 

Foto: IG Nana
8

Bagus
15

Marah
9

Terkejut
13

Sedih
12

Lawak
11

Bosan

Friends Rank (68 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote fazamania 23-2-2017 11:04 AM
Hazabnya ko nana.. ko rate sendiri lagu ko dulu sebagai lagu kampung..kalau aku komposer ko dulu sure aku maki ko
Quote buragazz 23-2-2017 11:23 AM
Yang gelar kan kampung bukan dia, pendengar urban yang panggil lagu dia kampung so dia just Quote jer...

Memang betul pun tak yah nak urband sangat tgk si Aiman Tino tu ha meletop2 dengan ballad melayu.. walaupun lirik nya sedihhhh...

Quote oldskul 23-2-2017 11:24 AM
dulu masa gv dengar dia nyanyi lagu ziana zain rasa macam wow hebat sangat, tapi bila dengar balik sekarang ni aduhai lemau giler..dan xbest langsung
Quote terpaku 23-2-2017 11:27 AM
i still love and support u nana..abaikan je acik2 kepam yang dok mengata u..setiap show nana tak pernah menghampakan..
Quote supernaturalee 23-2-2017 11:27 AM
Pesanan Teragung
urban lh sgt




Quote harkktuih 23-2-2017 11:33 AM
terpaku replied at 23-2-2017 11:27 AM
i still love and support u nana..abaikan je acik2 kepam yang dok mengata u..setiap show nana tak per ...

yols neh mana satu yols nak? daddy Z ke mummy N?
Quote terpaku 23-2-2017 11:34 AM
harkktuih replied at 23-2-2017 11:33 AM
yols neh mana satu yols nak? daddy Z ke mummy N?

dua2 meols nak..gitcheaw #celaru
Quote harkktuih 23-2-2017 11:35 AM
terpaku replied at 23-2-2017 11:34 AM
dua2 meols nak..gitcheaw #celaru

mohon nyanyi lagu keliru ajai nurul
Quote mieymiey 23-2-2017 11:52 AM
Suara Nana ni lebih sesuai dengan irama lagu-lagu lama sheols. Mungkin perubahan irama untuk lagu baru tak berapa sesuai dengan suara sheols dan tak menjadi.
Quote planetplutop 23-2-2017 12:08 PM
iols rasa she meant genre lagu irama melayu. iols kalau pergi belah sumatera sinun sokmo dgr radio diorang buka lagu lagu irama melayu, mcm style lagu2 acik spin/aiman tino. ingatkan lagu lama rupanya mmg lagu hits zaman kini.
Quote RatuDunia94 23-2-2017 12:40 PM
Penyanyi2 malaysia ni x payah nk acah2 lagu urban sgt lah.. Tgok ke la dayang dulu acah2 r&b terus sendu... Skrg bila kembali ke lagu2 melayu baru org pandang.. Kena sedar mass market kt msia ni org melayu berselera kampong.. Walo duk tgh bandar sekalipon ttp nk dgr lagu2 leman, dangdut etc..
Quote bellxx 23-2-2017 12:41 PM
tapi iolss suka suara nana yang lemak lemak gitchuu
Quote damian_lee 23-2-2017 01:24 PM
Xperlu la nak feeling reben .. ehh . Urban
Selagi ada market .... nyanyi la ...
Kalau pok amai2 in .. nyanyilah
Quote bobok_berhabok 23-2-2017 01:29 PM
i pon still nak dengar dia nyanyi lagu kampung je heheh
Quote toxicated 23-2-2017 03:08 PM
Genre leman dia tu lahhh
Quote kaklehot 23-2-2017 03:14 PM
ya iols setujuk nana keep on nyanyikan lagu2 leman sbb mmg sgt sesuwai dgn tone suara dia...
Quote chinta89 23-2-2017 03:22 PM
suka nana..
Quote inisiatif 23-2-2017 04:02 PM
iols minat siti nurdiana..
lagu dia iols suka..
sayang menyanyang.
cinta di kenang..
puncak kasih berpanjangan..
uwo wo....
Quote Lollipop111 23-2-2017 04:36 PM
inisiatif replied at 23-2-2017 04:02 PM
iols minat siti nurdiana..
lagu dia iols suka..
sayang menyanyang.

tuh bukan siti nordiana lah yg nyanyi... nipu

Lihat semua komen(99)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 06:22 PM GMT+8 , Processed in 0.068330 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top