CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Lelaki Ini Kongsi Luahan Mengapa Dia Hilang Respek Pada Orang Tabligh

23-2-2017 06:58 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 16974| Komen: 81|Original author: Oleh : Hafiz BZ





Dalam kehidupan sebagai khalifah dimuka bumi ini, kita sebagai umat Islam tidak boleh mengejar kemewahan dan kesenangan dunia semata-mata.

Oleh itu, dalam mencari keseimbangan antara dunia dan akhirat, kita juga diseru untuk berbuat kebajikan seperti menyampaikan dakwah. Antara cara paling mudah untuk mendekatkan diri dengan hal-hal agama adalah dengan menyertai gerakan mubaligh Islam (Tabligh).

Tanggapan masyarakat mengenai Jemaah Tabligh ini yang sering kita dapati berbeza-beza. Ada yang menganggap gerakan jemaah Tabligh sesuatu perkara yang baik kerana mereka mengajak orang lain supaya mengimarah rumah Allah dan mendalami hal-hal agama. Namun, lain pula ceritanya dengan bekas seorang pelajar UIA ini yang mengaku mula hilang respek pada golongan Tabligh kerana beberapa perkara. 



Gambar hiasan

Aku bekas pelajar UIA. Abah aku orang tabligh. Mak aku? Dulu tabligh suam suam sekarang langsung tak. Aku dah nikah. Ada wife. Ada anak. Family in law aku pun orang tabligh tapi tak suam suam gitu. Wife aku? Pelajar madrasah pakai niqab tapi bukan tabligh

Aku ada benda nak cite yang jadi kan aku hilang respect dengan orang yang bawa tabligh ni. Aku tak salah kan langsung tabligh, sebab aku tahu tabligh ni benda mulia. Aku pun pernah join kuar 3 hari semua tu. Kuar 40hari tu. Tapi semua tu stop sampai situ je. Sebab kan aku jadi hilang respect sangat sangat.

Sebab apa? Sedih kan. Ye lah. Mak aku dulu ada join taklim umah sorang ustazah ni. Famous kat kawasan aku. Anak dara dia ramai. Sekarang semua dah kawen. Adik aku join sekali. Bila balik dari taklim tu mak aku senyap je. Aku pun pelik lah. Adik aku asyik buat muka je. Bila tanya, dorang kata abes je majlis taklim tu semua sibuk ngumpat sana sini, time dalam majlis tu kemain nangis nangis. Macam fake kan? Yang lagi best lepas lama mak aku tak join taklim tu sebab kecewa dorang umpat pulak mak aku. Kata sihir & goda laki orang. Aik tang mana goda laki orang aku sendiri taktau. Padahal mak aku tu kurang keluar and bergaul ngan jiran. Sibuk menanam pokok je.

Tak lama lepas tu, abah aku pulak kena fitnah. Songlap duit madrasah. Ya abah aku ni keje kat madrasah tu dekat berbelas tahun. Ustaz ustaz dia boleh fitnah ayah aku? Aku kenal abah aku tu. Seburuk buruknya pun paling anti orang yang mencuri ni. Lagi lagi bab duit, memang amanah. Semua ustaz dan ustazah kat situ tabligh. Selidik punya selidik dapat tahu rupa nya mudir madrasah tu sendiri songlap! Malu lah dorg sebab tuduh bapak aku kan? Ye lah. Bayang kan camna hati aku ni hilang respect dengan orang tabligh ni. Cakap pung pang pung pang, tup tup dia sndiri buat bnda sama. Abes semua duit sedekah mudir tu songlap. Bila bab harta dunia ni terus hilang agama kan?

Lagi best bila mana ustaz yang digelar maulana famous kat ehem ehem, korang yang tabligh confirm tahu malam markaz kan. Ye lah. Kata ikut sunnah nabi, kawen 4 dah bagus. Tapi masalahnya kawen ngan pelajar sendiri. Semua anak dara and muda muda K. Lagi best sorg ustaz tu ikut jejak maulana ni gak. Kawen bini no 2 budak U. Bini pertama ngadu kat mak aku

Yang paling best mertua aku sndiri. Ye la aku pakai kopiah jubah. Sebab memang aku selesa. Sunnah nabi kan. Dia punya marah kat aku sampai cakap yang aku ni pakai je cam tu tapi KOSONG. DAKWAH tak buat, ngaji tak. Macam mana dia tahu aku tak ngaji?? Macam Tuhan je kan. Paling sedih dia kata camni

Gambar hiasan

Suami isteri yang asyik bersama (berdua dua an) kat dunia ni, Allah akan pisah pisah kan kat akhirat!

Ada ke hadis camni yang aku terlepas pandang? Dia suruh aku kuar semua. Aku bukan tak nak, tapi aku tak boleh. Aku tengah keje. Duit simpanan mana ada. Ank bini aku sape nak tanggung? Tak kan nak biar bini aku keje dengan anak lagi. Umah semua kete tu sape nak bayar time aku takde? Boleh pulak dia kata ” Memang isteri kena la korban sikit, memang camtu lah nabi dulu”

Bukan ke nabi kata kalau ada anak bini, mak ayah kat umah nak kena jaga tak yah g perang. Jaga family kau tu dulu. Dah cukup keperluan baru pergi. Camtu gak kat jalan Allah. Bila aku kuar dulu, ustaz ustaz amirsab tu semua pung pang pung pang. Abes je taklim and majlis semua lepak kat luar pagar merokok. Camtu ke nak bagi aku RESPECT?

Paling best semua pak cik mak cik kat situ offer anak memasing. Kata nya jadi bini no 2 3 pun takpe. Asal kan dapat kawen ngan ustaz. Aku terkejut beruk dengar. Pastu bila bapak mertua aku kuar 4bulan, balik balik langsung tak keje. Duk depan laptop. Mak mertua aku yang sibuk cari duit

Ha nak jadi kan cite, mak mertua aku ni pun bini no 2. Bini pertama dah diceraikan, sebab nak kawen ngan bini no 2 yang budak U ni. Nak bimbing sampai jannah. Bini pertama kau biarkan padahal dah ada 6 orang anak! Bayang kan camne aku nak respect kat orang orsng tabligh ni. Anak anak no 1 bapak mertua aku ni orang biasa. Ada lawyer, ada doctor, ada engineer & keje petronas. Mana ada orang tabligh. Pastu dorang siap bagi duit kat bapak mertua ni dekat 20k. Bagus nya bini pertama dia didik anak anak dia. Tak kawen sampai sekarang. Camne aku tahu? Sebab aku contact dengan anak bongsu bini pertama tu. Lelaki. Keje petronas. Kira pangkat abang ipar jauh haha.

Lagi best mak mertua aku ni siap marah marah wife aku sebab tak nak suruh aku g kuar. Wife aku memang tak bagi aku kuar semua. Dia kata bagi belanja 5000 baru boleh. Sebab kete dan umah sape nak bayar kan? mengamuk lah dia.

Siap cakap, SAPE YG TAK ADA TABLIGH DLM KEHIDUPAN ALLAH AKAN HANTAR UJIAN SEBENAR BENAR UJIAN. Macam orang biasa yang solat, puasa cukup & baik ni Allah tak pandang? Allah pandang orang tabligh je ke??

Sorry kalau panjang lebar. Tapi serious aku dah tak boleh masuk. Biar lah cukup aku solat, ngaji, puasa, buat baik, sedekah. Aku buat sunnah sunnah nabi semua. Tapi tolong la jgn claim orang biasa biasa cam aku ni masuk neraka sebab tak bawak tabligh. Hm.

Harap lah semua yang baru2 join masih panas ni tolong jaga akhlak. Jangan la bagi ada lg orang hilang respect. Sebab aku taknak agama aku buruk sebab orang orang macam ni lah.

Tq maaf kan aku semua. Aku tau tak semua orang tabligh ni jahat, ada yang baik. Memang pernah aku jumpa. Baik sangat. Tapi dah meninggal. Ye la Allah sayang orang orang baik ni. Simpan dulu. Kan?


Selepas membaca luahan yang diceritakan oleh bekas pelajar UIA ini, janganlah kita terus memandang serong pada semua Tabligh. Bak kata pepatah, sebab nila setitik, rosak susu sebelanga. - CARI  


9

Bagus
13

Marah
11

Terkejut
9

Sedih
10

Lawak
13

Bosan

Friends Rank (65 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Victorioussss 23-2-2017 07:19 PM
Aku tak respek tablgh bile berkampung kat masjid area aku, abis perkampungan jek bersepah berbau busuk tempat2 dia buat dapur dulu. Berminyak, makanan kuah2 basi dlm longkang.

Kerbesihan itu sebahagian iman. Mana iman dorg tabligh masatu?
Lect aku dlu tabligh. Bangga cerita karpet, tv, sofa sume jual..sebab tu dari barat..terus aku teringat, Nabi sendiri tak pernah tolak pembangunan, kemajuan, dan teknologi selagi tak bercanggah dgn agama dan melalaikan. Marilah menuju kejayaan pun ade dlm azan. Aku ckp dgn lect, kalau tak nak dari barat, gi haji naik unta encik. Hahaha

Aku just perasan banyak doktor perempuan jd ala ala tabligh. Mostly yang dah 50s cmtu.
Quote cmf_jeangrey 23-2-2017 07:27 PM
Org macam ni kalau boleh biar dorg hidup dlm kepompong diorg je...jgn bagi keluar bermasyarakat...bahaya bawak ajaran sekerat2 yg boleh puaskan nafsu dorg je
Quote CrowneGlory 23-2-2017 07:30 PM
Joyah nya cara ko bercerita...kompom pompuan ni....
Quote samasam90 23-2-2017 08:03 PM
Edited by samasam90 at 23-2-2017 08:05 PM

yg benda aku tak suka dgn tabligh is dorang tolak semua yg barat buat. dari beraknye, bajunye, semua la.

yg paling i tak suka, tak boleh langsung ada benda menunjukkan salib. dari chess nye, bangunan, lukisan.

choi la. gegeh nak menunjukkan islam agama yg sebenar, tapi nampak salib, menggelatar bij nak patahkan atau ubah.

as if iman terpesong kalau nampak, pegang/ main dengan benda tu.

tapi kalau kau bersenam, lompat bintang, suka pula kau kan. mohon potong tangan tu, sebab menunjukkan salib.
Quote intanumbrella 23-2-2017 08:04 PM
aku pun ada story dgn org tabligh

dulu aku ada kawan niqabis. laki dia tabligh. dia dengan laki dia pjj. one day dia boleh membirah dengan ex boipren aku. masa tu aku da nk kawen da dgn ex boioren. sebaik xjdi.

sambung cerita. padahal dia ada suami lagi masa tu.tapi membirah bukan main. bukan dgn e x boipren aku je dgn kawan ex boipren pun dia lenjan. bavihhhh sangat
Quote CiliPadiSedap 23-2-2017 08:12 PM
perkudakan agama..   simple je.. zaman dah modern banyak cara dakwah.. cara lama tak dilupakan cara baru di sebatikan..

diri sendiri kureng dakwah sibuk dakwah orang.. wallahuallam
Quote salmon-suki 23-2-2017 08:21 PM
CrowneGlory replied at 23-2-2017 07:30 PM
Joyah nya cara ko bercerita...kompom pompuan ni....

Laki laa tu...xkan ler pmpuan lak ada bini semua..akak bace abes ke x cte tu
Quote znorm 23-2-2017 08:31 PM
intanumbrella replied at 23-2-2017 08:04 PM
aku pun ada story dgn org tabligh

dulu aku ada kawan niqabis. laki dia tabligh. dia dengan laki  ...

Wow niqabis membirah? Ni niqabis yg all black ke atau yg berwarna dan berpesen?
Quote Victorioussss 23-2-2017 08:37 PM
intanumbrella replied at 23-2-2017 08:04 PM
aku pun ada story dgn org tabligh

dulu aku ada kawan niqabis. laki dia tabligh. dia dengan laki  ...

Ok i faham. Maybe dia membirah sebab boring dgn shuben dia, asik dia je duk bawah dan takde pelbagaian. Oral apetah lg.

Walhal isteri ibarat ladang dan kerjakanlah ladang ladang kamu!

Kau je nak duk atas, boring gila
Quote WajibulGhunah 23-2-2017 08:37 PM
Lect. I pun mcm ni...
dah elok dah suruh budak bdk g solat subuh berjemaah stiap kali dia masuk klas tp bila bdk ckp dia x g, dia akn ckp ayt sama brulang kali "pegi la... tah tah esok keluar berita ______ dijumpai mati dalam keadaan tak solat subuh berjemaah kang baru tau"
Mendoakan budak mati!!!
Dan cara dia seolah2 sangat memaksa smpi classmates non muslim i tanya "memang kena solat dekat masjid ke? Tak boleh buat kat bilik ke?" Sudahnya i kne buat class fardhu ain kt dorg..
Dah la tu lext i tu asek2 topik kawen 4 dia mcm xde bnde len nk cter pastu minat bnyk student pompuan... i bolayan je... slamat dia xde no i kalau x kne kacau mcm classmate i stiap hari tah hanta apa benda tah ... dah tu siap ber abang adik... classmate iols meraung rasa nk block je dia
Dia ckp "kalau nampak awek baru nanti dekat U ke tinggalkanlah awek lama..." wtf?!!
Quote intanumbrella 23-2-2017 08:38 PM
znorm replied at 23-2-2017 08:31 PM
Wow niqabis membirah? Ni niqabis yg all black ke atau yg berwarna dan berpesen?

niqabis all black tu ok..yg keluar 24 jam abaya..tpi dia all back pun bergaya sakan jugak
Quote salmon-suki 23-2-2017 08:39 PM
Sy mmg skeptikal ngn org2 y kenkunun pewaris nabi y terakhir ne..xkesah ler tabligh ke,org2 pondok ke,even ajk masjid pun perangai cam hampeh! Hati busuk,riak sgt dgn ilmu agama mereka dan rse diri mereka tu da maksum sgt
Quote intanumbrella 23-2-2017 08:40 PM
Victorioussss replied at 23-2-2017 08:37 PM
Ok i faham. Maybe dia membirah sebab boring dgn shuben dia, asik dia je duk bawah dan takde pelbag ...

ko sis jauh pemikiran..

tapi might be la..laki kan jauh..kerang da berlendir2.. tu yg membirah
Quote WajibulGhunah 23-2-2017 08:47 PM
Geng surau (kira mcm pengawas sekolah tp menguruskan hal hal masjid ceramah dan hal hal agama mcm rondaan anti dating dan maksiat*dapat markah koko) dkt kolej i pun boleh tahan
Konon haram berdua duaan iktilat and so on tp hati asek2 crush je yg diingat
X pun retis2 luar negara mahupun dlm negara
Asek pikir laki 24/7
Time mesyuarat ke apa gne ana2 cover ayu sangat malu2 semua tak kira mana2 jantina walaupun hakikatnya........
Tp some of them ada yg dating
Tngk saf time solat berjemaah pun yg memenuhkn bkn dak geng surau tp bdk bese yg len
Hengat aku x knl sorg2 ke apa mana geng  surau dan mana x
Dah la slalu x punctual masa tolong la ... buat keje pun x reti harap jaga ayu konon muslimah xleh menonjolkn diri sngt
Skali aku kejar dgn chainsaw kang bru tau
Aku cam mana2 geng surau yg prangai fasiq serupa aku tu kalau dorg tegur aku psl bnde yg x elok yg dorg pun buat mmg aku bg laser otromen kasi insap
Kalau cntu baik aku suruh kwn aku non muslim yg tolong nasihatkn untuk aku memandangkan dorg prangai lg elok walaupun bkn beragama islam

Quote znorm 23-2-2017 08:48 PM
intanumbrella replied at 23-2-2017 08:38 PM
niqabis all black tu ok..yg keluar 24 jam abaya..tpi dia all back pun bergaya sakan jugak

Semoga dia bertobat diatas kekejian itu dan semoga kita semua mendapat hidayah. *mode insaf sebentar*
Quote salmon-suki 23-2-2017 08:49 PM
intanumbrella replied at 23-2-2017 08:38 PM
niqabis all black tu ok..yg keluar 24 jam abaya..tpi dia all back pun bergaya sakan jugak

Xjgk sis..niqabis all black pn ade je spesis terok...sy penah terkena ngn niqabis all black..ngumpat fitnah cm manusia biase jgk sis meke2 tu
Quote Victorioussss 23-2-2017 08:52 PM
intanumbrella replied at 23-2-2017 08:40 PM
ko sis jauh pemikiran..

tapi might be la..laki kan jauh..kerang da berlendir2.. tu yg membirah

No sis serius la. Mostly y so call warak and holier than others ni, dia posisi kat atas sahaja. Y lain2 posisi dari barat katanya.

Tabligh tu sifat nabi tp kumpulan2 kt malaysia ni y rosakkan perkataan tu. I lg respek golongan sufi. Malangya, geng2 sufi makin pupus
Quote CrowneGlory 23-2-2017 08:52 PM
salmon-suki replied at 23-2-2017 08:21 PM
Laki laa tu...xkan ler pmpuan lak ada bini semua..akak bace abes ke x cte tu

Paham x apa aku tulis....x paham sudah
Quote Victorioussss 23-2-2017 08:56 PM
Masa i study dulu, senior yang orang panggil ustaz sbb join tabligh, terkebil2 bile i bgtau kat mana pintu langit dan berapa pecahan Islam pd kiamat nnt. Umpama i ni menipu dan pengetahuan y i cakap tu tak layak untuk dia tahu dan terima.

Iyela..dahi dah bertanda, pakai celak 24jam. Setakat mcm i ni dah level2 jahat macam setan manela layak nak bertazkirah dn berkongsi dlm majlis2 ilmu

Lihat semua komen(81)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 08:09 PM GMT+8 , Processed in 0.280638 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top