Gara-gara lewat sehari bayar sewa, seorang lelaki dituduh tidak jujur dan culas dalam menjelaskan bayaran sewa rumahnya. Melalui akaun Facebooknya, Aidil Hj Haron memuat naik perbualannya bersama tuan rumah menerusi aplikasi WhatsApp yang memaparkan bagaimana tuan rumah begitu marah dan bertalu-talu menuduh Aidil 'cakap tak serupa bikin'.
Dipercayai Aidil lewat membayar sewanya sehari meskipun tuan rumah sudah bertolak-ansur dan bersetuju untuk menerima bayaran pada setiap 5 haribulan. Mungkin kerana tidak tahan dengan sikap culas penyewanya dalam melunaskan bayaran sewa, wanita itu terus membebel sehingga keadaan semakin keruh dan memaksa dia menyuruh Aidil mencari rumah sewa lain.
Merasakan diri seperti dihalau, Aidil difahamkan keluar dari rumah sewa itu selepas perbualannya dengan pemilik rumah yang 'keras kepala'. Malah, wanita terbabit bersikap acuh tak acuh apabila Aidil cuba menuntut kembali wang depositnya. Menerusi statusnya di Facebook, Aidil meminta orang ramai yang mengenali tuan rumah berkenaan untuk menasihati wanita itu supaya selesaikan masalah antara mereka dengan cara baik. Bagus Encik Aidil ni, masih berlembut dan bersopan santun walaupun dimarah sehingga dihalau keluar dari rumah berkenaan. - CARI |
11
Bagus |
18
Marah |
15
Terkejut |
27
Sedih |
17
Lawak |
24
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
skystrike replied at 24-2-2017 11:24 AM
benda remeh camni ni pon nak viral ke? gi setel elok2 dah la....
ADVERTISEMENT