CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Taboo Dan Memalukan, Iklan Nike Papar Wanita Arab Bersukan Dikecam Teruk

24-2-2017 12:08 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 11169| Komen: 28|Original author: Oleh: Myra Rozi

Semua sedia maklum bahawa penglibatan dan pergaulan golongan wanita di Arab Saudi adalah sangat terbatas.

Disebabkan itu, sebuah iklan komersial yang dikeluarkan oleh jenama sukan terkenal, Nike baru-baru ini telah mencetuskan kontroversi di kalangan banyak pihak.



Video bermula dengan seorang wanita Arab yang membetulkan tudung sebelum berlari di jalan raya dan disebabkan itu dia menjadi perhatian orang ramai yang memandang perlakuan itu sebagai sesuatu yang pelik.

Ini kerana golongan wanita di sana bukan sahaja dilarang untuk memandu kenderaan sendiri, malah dilarang melakukan aktiviti-aktiviti luar yang boleh membuka ruang kepada kemaksiatan.

Sebagai usaha untuk menghapuskan streotaip bagi golongan wanita yang hidupnya dikongkong, iklan tersebut turut memaparkan aksi wanita berenang, berlawan pedang, bertinju, meluncur di atas ais dan banyak aktiviti lasak yang lain dengan memakai kasut Nike.

Dari sudut yang positif, mesej yang ingin disampaikan adalah wanita mampu untuk melakukan apa sahaja, setanding dengan kemampuan kaum lelaki.
Namun, ada juga yang mengutuk dan mengecam iklan tersebut kerana ia sangat bertentangan dengan undang-undang dan budaya di negara Arab.

Antara komen, "Saya rasa iklan ini gagal sepenuhnya. Ia bukan wakil sebenar wanita Arab, Islam. Kami tidak memakai hijab dan berlari di jalan raya. Nike memalukan."

Berikut antara komen lain:

Selepas melihat video di atas, apa pula pendapat anda? Adakah iklan seperti ini benar-benar melampaui batasan yang sepatutnya? -CARI
16

Bagus
13

Marah
27

Terkejut
10

Sedih
16

Lawak
31

Bosan

Friends Rank (113 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Artemesiaa 24-2-2017 12:26 PM
Boleh diterima disini mungkin tak boleh disana sebab berlainan fahaman adat dan budaya.  Elok buat iklan acik2 arab ni gi soping ke gi pasar je ke sambil pakai pasut nike kurang le kecaman nanati.
Quote Andyscenes 24-2-2017 12:28 PM
Budaya lebih dari agama
Quote pearl.silver 24-2-2017 12:45 PM
Penah tengok satu cerita arab kot.x ingat tajuknya
Pasal benda gini gak la..budak pompuan tu nak basikal, tp sebab dia pompuan di arab, dia xleh bli basikal tu.klu beli nak main mat mana
Pastu isu mak dia sangat jaga kehormatan diri last2 ayah dia kawen lain.
Quote Orix 24-2-2017 03:36 PM
iols selamanya benci budaya ereb........ ummah meleis jah terkinja2 sanjung budaya ereb.. budaya dgn agama pn xkenal... goblok
Quote keds 24-2-2017 03:58 PM
Tak paham aku
Quote idakamaruddin 24-2-2017 04:15 PM
pearl.silver replied at 24-2-2017 12:45 PM
Penah tengok satu cerita arab kot.x ingat tajuknya
Pasal benda gini gak la..budak pompuan tu nak ba ...

padanla ummah pmpn arab datang msia siap gigih main rollercoster bagai kt time square tu even berniqab berjubah sume

teringat masa g pd dulu ummah arab pmpn mandi kolam pakai jubah



terkejut beruk weols..terus terbantut weols nk mandi kt pool masa tu
Quote WhiskeyScotch 24-2-2017 04:48 PM
I antara manusia yang sangat meluat dgn budaya Arab yang jahiliah tu.
Quote pearl.silver 24-2-2017 04:53 PM
idakamaruddin replied at 24-2-2017 04:15 PM
padanla ummah pmpn arab datang msia siap gigih main rollercoster bagai kt time square tu even bern ...

Tu mesti arab pprt
Hahahaa
Klu yg kaya agaknya sewa hotel yg ada private pool bole berbikini saja    
Quote lkick2113 24-2-2017 05:29 PM
sebenarnya nike nak encourage pompuan arab untuk buat benda2 lasak ni bagi memecahkan stereotype budaya nya yang pompuan tak boleh buat semua benda lasak, tu sebab bila iklan tu tunjuk model2 pompuan tu buat benda2 lasak then tagline nike "just do it" ...

ni aku nak tanya mopti bodo arab ni, salah ke kalau pompuan bersukan??? haram ke????
Quote yayaachan 24-2-2017 05:38 PM
kat bkt bintang ni belambak org arab pakai seksi. naik tgkt 14 berjaya TS, penuh awek2 arab pakai bikini. kdg2 pakai spender je bejemur. engko nak kata hape?
Quote siskepoh 24-2-2017 06:20 PM
pearl.silver replied at 24-2-2017 12:45 PM
Penah tengok satu cerita arab kot.x ingat tajuknya
Pasal benda gini gak la..budak pompuan tu nak ba ...

meols pon pernah tengok. tajuk filem tu wadjda. mmg sonok cte tu. boleh nmpak hidup org sna camane. tgok cte tu rasa tak bernapas, susah sgtlah jadi pmpuan kat sana. sukurrrr malaysia sini masih aman.
Quote pearl.silver 24-2-2017 06:27 PM
siskepoh replied at 24-2-2017 06:20 PM
meols pon pernah tengok. tajuk filem tu wadjda. mmg sonok cte tu. boleh nmpak hidup org sna camane ...

Haa..btul2 tajuk dia wajda
Last2 dia dapat gak basikal tu kan..
Iols lupa dah
Quote felinecat 24-2-2017 06:44 PM
huh, klu ak dok sane, gamaknye kene tangkap. pepgi subuh dh berjoging weekend, weekdays petang, apa yg terdedah kpd maksiatnye...
Quote merrissa 24-2-2017 08:52 PM
tapi kawan aku..dia org mekah..dia kata okey je kalo nak berlibur...ber gym...berenang bagai...just pergi tempat tertutup dan tempat sumer pompuan jela....

deme kalo ber joget lagi mengalahkan org di sini....cume di sini melakukan nya secara terbuka...sekiannn

cumer aku still x faham kenapa pompuan x leh memandu jer
Quote ciwi1166 25-2-2017 08:40 AM
biasalah. nike ni syarikt yahudi jugak.

biladah jadi camni cakap tak sengaja. pada hal dah plan nak masuk kan unsur2 ni dari awal lagi.
Quote mirandanicky1 25-2-2017 11:45 AM
Wanita arab bila kt luar dari negara mereka...lain sungguh penampilannya...semua pon halal..bolehhh je.
Quote akmalrahman 26-2-2017 03:29 PM
yayaachan replied at 24-2-2017 05:38 PM
kat bkt bintang ni belambak org arab pakai seksi. naik tgkt 14 berjaya TS, penuh awek2 arab pakai bi ...

Ada ekkkk..nak gi skodenglah since diriku keja kat TS hehe
Quote yayaachan 26-2-2017 03:31 PM
akmalrahman replied at 26-2-2017 03:29 PM
Ada ekkkk..nak gi skodenglah since diriku keja kat TS hehe

Iye? Kompeni apa tu? Sama lah kite hahaha
Quote akmalrahman 26-2-2017 03:35 PM
yayaachan replied at 26-2-2017 03:31 PM
Iye? Kompeni apa tu? Sama lah kite hahaha

Heheh salesgirl jer kat BTS ni....belajar tak pandai heheheh

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 03:57 PM GMT+8 , Processed in 0.136955 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top