Bertempat di terminal bas Hat yai, Wiphawadi Thisorn dari Udon Thani, Thailand rasa sebak dan menangis apabila melihat anaknya, Parinya Thison datang dengan bas dari Chiang Rai pada jam 9 pagi kelmarin.
Portal Stomp dari Singapura yang memetik laporan akhbar Nation, anaknya terus bersujud di depan ibunya itu dan keduanya berpeluk dengan tangisan kegembiraan selepas berpisah selama 33 tahun. Wiphawadi menceritakan bahawa kemiskinan adalah punca utama yang mendorong dia bercerai dengan suaminya yang tinggal di daerah Wieng Pa Pao Chiang Rai. Tambahnya, selepas penceraian itu, kadang kala dia ada melawat anaknya. Tetapi selepas itu dia terpaksa berpindah dari Bangkok ke Phuket untuk mencari pekerjaan, akhirnya dia terputus hubungan dengan anaknya. Kini kehidupannya lebih stabil dan dia berhajat untuk mencari semula anaknya dan hidup bersamanya.Justeru dia mula mencari nama anaknya di Facebook dan tidak menyangka namanya muncul.
Wiphawadi berkata pemergiannya sebelum ini telah membebankan anaknya dan ia merupakan kesilapan buat dirinya. Manakala bagi anaknya, Parinya, dia sangat gembira dapat berjumpa semula ibunya kerana selama ini dia menyangka wanita itu telah meninggal dunia. Tambahnya, dia tidak pernah marah akan ibunya yang meninggalkannya selama ini. "Kini, kami tidak akan berpisah lagi."- CARI |
24
Bagus |
15
Marah |
16
Terkejut |
20
Sedih |
10
Lawak |
18
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
sebu replied at 2-3-2017 06:05 PM
Harap aizam bace ni
Manjahati replied at 2-3-2017 06:22 PM
Apalah kesudahan kes aizam tu kan.... Senyap terus
Changa replied at 2-3-2017 11:26 PM
pengkid ke anak sheols??
ADVERTISEMENT