Peguam kontroversi, Siti Kasim telah memutuskan untuk menolak cabaran berdebat dengan pakar perbandingan agama, Dr. Zakir Naik. Dalam status terbarunya di Facebook, cabaran tersebut dianggap sebagai bodoh dan mahu pihak yang berkenaan berhenti membuang masanya.
"Mari kita ketepikan cabaran bodoh perbahasan di antara saya dan Dr. Zakir Naik. "Jika orang-orang bodoh ini berfikir bahawa saya mengalami obsesi tidak rasional dan tidak produktif dengan apa yang orang lain fikir mengenai saya, maka mereka boleh kekal sebagai keldai selama-lamanya. Jadi, berhenti buang masa saya," kata Siti Kasim. Menurut laporan Utusan Online, Siti Kasim juga mendakwa yang dia kini menjadi sasaran dalam apa yang dianggap sebagai isu gender.
"Fakta bahawa beberapa 'keldai' memilih saya dan Asiah amat ketara sekali sebagai isu gender. Terdapat 19 orang sependapat dalam saman itu dan mereka hanya menyerang dua daripada kita." Kenyataan tersebut merujuk kepada tindakan 19 saman sivil daripada 19 aktivis masyarakat termasuk dirinya dan empat yang lain untuk mendapatkan perintah mahkamah bagi mengisytiharkan pendakwah itu ancaman kepada keselamatan negara. Tambahan lagi, tindakan untuk tidak berdebat dengan Zakir nampaknya mendapat sokongan dari kebanyakan pengikut tegarnya. Sebelum ini, Zakir Naik sudah bersetuju untuk melakukan debat dan sudah bersedia untuk bersemuka dengan Siti Kasim bagi membincangkan isu-isu yang dibangkitkan.-CARI
|
18
Bagus |
30
Marah |
13
Terkejut |
18
Sedih |
28
Lawak |
13
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
airfilterkotor replied at 6-3-2017 02:28 AM
Dengan pegawai perhutanan berani berdepan, takkan dengan penceramah bebas tak berani lak...
Rainrein replied at 6-3-2017 02:43 AM
Alahai siti kasim, siti kasim
Modngengade replied at 6-3-2017 02:43 AM
siti kassim punggok ini cuma mampu berbunyi pabila purnama mengambang....btw punggok ni wanita tul ...
mommymonster82 replied at 6-3-2017 03:11 AM
Dulu respek dia ni sbb suka bantu org asli..
Skrg dah nampak macm gila pon ada.....ish3
Themilo replied at 6-3-2017 11:25 AM
- i geli aja, bila baca fb heshe otw nak ke kampung orang asli, singgah 'kedai cina' biasa & or ...
Themilo replied at 6-3-2017 03:24 AM
pernah terbaca somewhere, heshe ada anak pompuan.
ADVERTISEMENT