Memang tidak dapat dinafikan lumrah semula jadi manusia, terutamanya kaum wanita berlumba-lumba melakukan pembedahan plastik untuk kelihatan lebih cantik dan menonjol.
Namun, kali ini lain pula kisahnya dengan seorang lelaki dari Amerika Syarikat yang bernama Vinny Ohh kerana dia sanggup melakukan pembedahan plastik hanya untuk kelihatan seperti makhluk asing! Sudah menghabiskan wang lebih dari AS$50,000 (RM222,600), Vinny yang juga seorang jurusolek itu sudah melakukan lebih dari 110 pembedahan plastik setakat ini. Kesungguhannya untuk menjadi lain dari yang lain itu dibuktikan sejak umurnya 17 tahun dengan mengubah bentuk kening, bibir serta hidung.
Kini dia merancang untuk melakukan prosedur lebih mahal, lebih kurang AS$160,000 (RM712,320) bagi membuang bahagian kemaluan, dada, pusat dan menukar struktur dahinya. Lebih dahsyat lagi bila 'makhluk' ini sering memakai kanta lekap hitam bersaiz besar, berkuku panjang, mewarnai rambut dengan warna pelik dan mencukur semua bulu keningnya. Vinny tidak mahu menjadi lelaki mahupun wanita, sebaliknya mahu memegang status tiada jantina. Obsesinya ini mendapat reaksi dan perhatian ramai netizen. Pendapat anda pula bagaimana? -CARI
|
23
Bagus |
25
Marah |
21
Terkejut |
16
Sedih |
28
Lawak |
12
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
kikuri replied at 6-3-2017 03:43 PM
buang bhagian ciknek tu ke mcm mane...? nnti nak kencing kuar kat celah mana..?
ADVERTISEMENT