Bukan satu perkara yang mudah untuk bertemu semula bekas kekasih dalam mana-mana acara bagi sesiapa pun, tambahan pula di kalangan artis.
Namun, berbeza pula bagi pelakon Sherry Ibrahim, dia bukan sahaja bertemu semula bekas kekasihnya yang merupakan pelakon Ashraf Muslim dalam satu majlis baru-baru ini, sebaliknya turut bergambar sama. Bercakap kepada portal Rojak Daily Kaw, Sherry tidak menafikan dia berasa janggal dengan situasi tersebut, namun katanya mereka sudah saling bermanfaat dan melupakan perkara hampir yang berlaku sedekad lalu. "Kami sudah saling bermaafan dan tak salah untuk kami bersahabat. "Rasa janggal itu memang ada apabila terserempak dengannya. Kali terakhir kami bergambar bersama adalah kira-kira lapan tahun lalu,” ujarnya. Sherry juga tidak menolak kemungkinan untuk bekerja di bawah satu bumbung drama atau filem yang sama selepas ini bersama Ashraf. "Saya dan Ashraf bekerja secara profesional. Kalau ada tawaran untuk kami bergandingan, tak menjadi masalah kerana saya akan jalankan tugas saya sebagai pelakon," katanya. - CARI |
32
Bagus |
25
Marah |
31
Terkejut |
25
Sedih |
31
Lawak |
21
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Aneem replied at 3-3-2017 08:40 PM
Ada can jadi yg bongsu..
Selepas khalida nordin..
bellxx replied at 3-3-2017 08:52 PM
nak tengokkk gambarnyaaaa
ADVERTISEMENT