Susulan Malaysia mengisytiharkan Duta Besar Korea Utara, Kang Chol sebagai Persona Non Grata pada 4 Mac lalu, Korea Utara melakukan tindakan sama terhadap Duta Besar Malaysia di Pyongyang, Mohamad Nizan Mohamad yang perlu meninggalkan negara itu dalam tempoh 48 jam bermula Ahad lalu.
Memetik BH Online, Timbalan Ketua Setiausaha (Hubungan Dua Hala) Kementerian Luar, Raja Nurshirwan Zainal Abidin bagaimanapun menyifatkan tindakan balas Korea Utara itu adalah perkara biasa dalam hubungan diplomatik. "Saya mengesahkan duta kita (Mohamad Nizan) diisytiharkan sebagai Persona Non Grata. Tindakan timbal balik ini adalah perkara normal dalam hubungan diplomatik.
"Duta Besar Malaysia di Pyongyang sudah dipanggil pulang oleh kerajaan dan beliau kini berada dalam negara sejak 22 Februari lalu, sebelum Pyongyang mengambil keputusan mengisytiharkannya sebagai Persona Non Grata," katanya dalam satu kenyataan, malam semalam. Kenyataan itu dibuat ketika Kang Chol dalam perjalanan pulang ke Pyongyang selepas diusir Malaysia, susulan hubungan diplomatik kedua-dua negara yang semakin keruh disebabkan insiden pembunuhan abang kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong-nam. Terdahulu, Mohamad Nizan dipanggil pulang ke Malaysia untuk proses perundingan berhubung kes terbabit. - CARI
|
36
Bagus |
19
Marah |
25
Terkejut |
36
Sedih |
28
Lawak |
38
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Nokiaman replied at 6-3-2017 08:12 PM
Hahaha tunggu saje laa salah step...
Skali peluru berpandu jarak jauh rodok muka bumi Malaysia nie. ...
ohnoLia replied at 6-3-2017 08:09 PM
Abis tu yang ada team negara nak p sana tu team apa tah..jadi ka?
beloomberk replied at 6-3-2017 08:56 PM
x jadi hantar katanya..demi keselamatan
PETALING JAYA: The Malaysian Government has barred the ...
munahjolie replied at 6-3-2017 11:04 PM
Hope malaysia ni berjaga2 sudahlah. Kita jangan bermain api sangat. Aset ketenteraan kita pun bukan ...
beloomberk replied at 6-3-2017 08:56 PM
x jadi hantar katanya..demi keselamatan
PETALING JAYA: The Malaysian Government has barred the ...
alya_daniela replied at 6-3-2017 11:31 PM
tak salah alya, kalau korea utara serang malaysia, britain, australia, nz dan singapore wajib tolo ...
ADVERTISEMENT