Jepun sememangnya terkenal dengan kreativiti mereka menghasilkan sesuatu yang baru, unik dan pelik. Kali ini pula, dek terlalu obses dengan kucing mereka telah menghasilkan aiskrim menyerupai tapak kaki kucing! Bahkan, bau dan rasanya juga seperti haiwan berkenaan.
Obsesi Jepun terhadap tapak kaki haiwan berkenaan bukanlah perkara baharu. Negara matahari terbit itu pernah menghasilkan losyen tangan yang akan membuatkan kulit pengguna bukan sahaja selembut tapak kaki kucing, malah memiliki aroma sama dengan kucing! Obses gila! Memetik Oddity Central, obsesi terhadap tapak kaki kucing mendorong penganjur Pameran Haiwan Kesayangan Jepun 2017 menghasilkan dua aiskrim dengan tekstur dan perasa tapak kaki kucing serta anjing. Macam tak masuk akal, bukan? Tapi percayalah, ia merupakan makanan sebenar. Pengunjung diberi sampel aiskrim untuk merasai sendiri kehebatan rasanya. Aiskrim ini sebenarnya dibuat daripa pelbagai bahan termasuk aiskrim vanila sebagai dasarnya yang didakwa memiliki aroma dan tekstur persis tapak kaki haiwan terbabit. Selain itu, aiskrim ini mengandungi marshmallow yang menyerupai konsistensi sama seperti tapak kaki kucing sementara kacang digunakan untuk mengganti rasa kuku kucing. Manakala, campuran ikan kecil ditambah bagi memberi aroma kucing. Aiskrim tapak kaki kucing ini hanya dijual di pameran itu pada harga 380 yen (RM15) setiap satu. Obses betul mereka ni, sampai makanan pun kalau boleh nak sama dengan haiwan kesayangan mereka. Tapi nasib baik la tak betul-betul mengikut tekstur haiwan sehingga nak masukkan apa-apa bulu dalam aiskrim itu. - CARI
|
31
Bagus |
29
Marah |
31
Terkejut |
23
Sedih |
25
Lawak |
21
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT