Sering kali kita beranggapan bahawa wajah yang cantik atau kacak merupakan daya tarikan utama yang mampu menawan hati manusia. Hmm..anda mungkin silap. Hakikatnya luahan emosi lebih menarik perhatian! Bila kita tonton drama, apakah yang menarik perhatian kita untuk melekat di kaca tv? Ya, tentulah aktornya yang tampan dan aktresnya yang jelita. Namun, jika jalan ceritanya tidak meruntun hati, pasti kita akan cepat bosan dan mula memilih siaran lain. Pendek kata, yang memikat hati kita dalam sebuah cerita ialah bagaimana aktor dan akteres itu bermain dengan emosi. Jika mereka tidak pandai berlakon dan nampak kayu, pasti kita hilang sabar tak kiralah sekacak atau secantik manapun mereka.
Mari kita lihat bagaimana luahan emosi boleh bantu kita menjadi lebih menarik dan ‘engaged’ (terhubung) dengan orang lain termasuk rakan sekerja, rakan bisnes dan pelanggan, iaitu: 1.Bahasa basahan Usah jadi kayu atau patung yang tak ada perasaan. Gunakan bahasa basahan untuk lebih mesra dan dekat dengan orang lain. Contohnya, penggunaan perkataan, ‘Oh’, ‘Alamak’, ‘Ya ke’, ‘Adoi’, ‘Maaf’, ‘Terima kasih’ dan sebagainya menunjukkan anda lebih ikhlas. Biarpun nampak macam biasa-biasa dan tidak gah tetapi perkataan itu merupakan luahan emosi anda yang sangat mudah. Anda akan kelihatan lebih menarik bila mampu menyentuh emosi pihak yang lain dengan cara bersahaja. 2.Gerak Tangan Tanpa gerakan tangan anda akan kelihatan seperti robot atau batu. Gerakan tangan merupakan bahasa tubuh yang mampu memperlihatkan emosi anda terhadap pihak lain. Contohnya anda tertawa dan menutup mulut. Anda menampilkan diri anda sebagai seorang yang agak pemalu dan menjaga kesopanan. Contoh lain, anda menyentuh bahu pihak lain ketika cuba meyakinkannya. Saat itu anda menampilkan sikap prihatin dan mesra dengannya. Contoh lain lagi, anda letakkan telapak tangan anda pada dada anda saat anda memohon maaf. Anda telah menzahirkan keikhlasan anda dari sudut yang sangat peribadi. 3.Senyum Senyum merupakan satu lagi bahasa tubuh yang amat penting. Senyum bukan sahaja satu sedekah tapi senyuman merupakan tanda ikatan atau perhubungan yang mesra dan jujur. Siapa yang mampu tersenyum pada orang yang dibenci? Ya, mungkin bagi si talam dua muka, mereka memang boleh tapi hakikatnya senyuman sempurna itu tidak boleh dibuat-buat. Ia ikhlas dari hati. Terimalah kata-kata akhir saya dalam ruangan pembukaan ini buat pembaca semua. “Berilah luahan emosi yang positif buat sesiapa sahaja kerana ia menjadikan anda jauh lebih menawan!” Salam kenal daripada saya, – Liza Ali |
24
Bagus |
23
Marah |
26
Terkejut |
16
Sedih |
38
Lawak |
19
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
onexox97 replied at 15-3-2017 06:03 PM
org cantik selalu bertuah
myakayina replied at 16-3-2017 10:05 AM
tak juga dear.. ada juga yg tak bertuah..
myakayina replied at 16-3-2017 10:05 AM
tak juga dear.. ada juga yg tak bertuah..
MyNameIsIris replied at 16-3-2017 05:51 PM
sebenarnya bukan kaka tak bertuah tapi org tu yang tak bertuah tak tau hargai bini cantik... kalau ...
myakayina replied at 16-3-2017 05:59 PM
aww..tq u laling..in sya Allah..Aamin.. same goes to u, may one day happiness will be yours.. {:1_ ...
onexox97 replied at 16-3-2017 06:29 PM
owh sis pun mcm sy juga ke tak bertuah dlm cinta, semoga Allah bg kebaikan di atas ujian yg menimp ...
myakayina replied at 16-3-2017 06:32 PM
in sya Allah ..Aamin, mudah mudahan..jgn putus asa ok..
onexox97 replied at 16-3-2017 06:43 PM
jadi sis ni golongan cantik x bertuah ka
golongan x cantik xbertuah
ADVERTISEMENT