CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

Aktiviti Street Feeding Buat Gelandangan Hanya Membazir?

15-3-2017 05:54 PM| Diterbitkan: CARI_Kolumnis| Dilihat: 7706| Komen: 38


Di Malaysia jumlah mereka yang berada di jalanan tiada rumah agak membimbangkan dengan angka yang hampir mencecah kepada 2,000 orang (Kuala Lumpur sahaja) dari pelbagai lapisan kaum dan keturunan.

Mereka ini memenuhi ruang kaki lima bangunan-bangunan sekitar KL. Jumlah golongan ini pasti akan meningkat jika kita sebagai masyarakat tidak melakukan sesuatu untuk membantu mereka keluar dari kelompok bergelandangan.

Anak-anak kecil yang berada di jalanan bukanlah sesuatu yang kita tidak boleh bimbangkan. Mereka telah terbiasa dengan keadaan di kaki lima bersama gelandangan yang lebih dewasa.

Jika kita tak mahu mereka menjadi seorang gelandangan di masa depan kita perlu lakukan sesuatu buat mereka SEKARANG agar mereka tidak menjadi (FUTURE HOMELESS).


Antara aktiviti atau bantuan yang sering kita jalankan atau gemar lakukan untuk membantu mereka adalah PEMBERIAN MAKANAN (STREET FEEDING) yang tanpa kita sedari aktiviti ini boleh menjadi sebaliknya.

Berapa ramai mereka di luar sana menjalankan aktiviti #streetfeeding ?

Berapa banyak NGO yang menjalankan aktiviti street feeding?

Berapa kerap pihak cooperate menjalankan CSR mereka dengan street feeding?

Berapa kali pelajar sekolah/kolej/university turun ke jalanan menjalankan street feeding?

Bila mereka semua bergerak sekaligus, ini semua boleh menyebabkan PEMBAZIRAN makanan di jalanan.

Bayangkan! Jika dalam satu malam 4 kumpulan menjalankan street feeding beri atau lalu ke kawasan yang sama? 



Kita sendiri tak boleh makan sampai 4 bungkus makana dalam satu malam kan, penyudahnya ke TONG SAMPAH lah baki makanan atau terbiar basi di kaki lima.

Betul kita tiada hak nak halang masyarakat dari buat KEBAIKAN!

TAPI

Pernah tak kita berfikir bagaimana nak elakkan pembaziran dalam street feeding?

Meh rapat sikit abanG bagi tips ?

1. Sebelum nak lakukan aktiviti tu buat sedikit kajian tentang mereka.
2. Sebelum nak turun ke jalanan tu pe survey dulu mereka di mana.
3. Jumpa mereka terlebih dahulu lihat dan tanya mereka keperluan asas yang di perlukan (Hanya keperluan harian di cadangkan seperti Sabun,Ubat Gigi,Ubat Nyamuk)
4. Elakkan dari memberi mereka makan panas/berat.
5. JANGAN sediakan bekalan dalam skala yang banyak.
6. Buat aktiviti bersama NGO yang konsisten bantu mereka.
Atau jangan bagi mereka MAKAN langsung. Buat benda lain bersama mereka seperti streetcleaning.


#streetcleaning satu aktiviti di jalanan tanpa mengunakan modal yang besar, kita hanya perlukan plastik sampah, sarung tangan dan hand sanitizer.

Ajak kawan-kawan jalanan bersihkan kawasan sekeliling mereka tidur, ajar mereka untuk menjaga kebersihan, didik mereka tentang bahaya tidak menjaga kesihatan.

Kita nak mereka sihat dan menjaga kebersihan walaupun mereka tinggal di jalanan. Kita sendiri yang ada rumah ini pun kekadang tak bersih dan sihat kan? Kita boleh lakukan perubahan dalam kebajikan ini. 


Antara senarai NGO yang bergerak aktif dalam aktiviti Street Feeding di KL :

#empireproject
#sfokl
#thegagaks
#humanity
#hchc
#vivastarfish
#kindnessmalaysia
#klsikhs
#metta
#misisj
#icarebearz
#kenchara
#pertiwisoupkitchen
#mustarsseed
#pitstopcafe
#dapurjalanan
#ftn
#nfn
#unggas


Ini sebahagian yang abanG tahu, yang tak tahu atau buat one time sahaja memang melambak.

Jadi tepuk dada tanya diri sendiri bagaimana kita nak bantu mereka.

Salam perkenalan,
abanG  
59

Bagus
33

Marah
28

Terkejut
42

Sedih
17

Lawak
26

Bosan

Friends Rank (205 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote seramado 15-3-2017 06:02 PM
woww gud info..
Quote pearl.silver 15-3-2017 06:44 PM
Selamat berkenalan..

Betul tu, in return kena ajak mereka pun memberi kepada masyarakat. Idaklaa mereka hanya tadah mulut minta mkn free.
Quote WhiskeyScotch 15-3-2017 06:44 PM
IOJTOUCH pun selalu je buat aktiviti street feeding ni. Nama program dia jombekpes kalau tak silap.
Quote chaintea 15-3-2017 08:23 PM
Tq....
Betul tu
Pernah turun jengah kwsn kolumpo lihat gelandangan
Terlalu byk NGO buat streetfeeding
Berbual dgn salah seorang yg
terima mknn...dia bukan gelandangan..ada rumah ...di tepi beliau ada 4 bungkus mknn. My team sedang edarkn minuman.. Dia shja ambil 4 botol 1.5 liter... Rupanya anak anak pon sama beratur... Tanya lg, kenapa di situ... Katanya mudah dpt brg percuma..Ada kerjaya.. Tp mahu benda percuma...
Quote aleesyasofia 15-3-2017 08:28 PM
idea yg bernas
Quote AniSani 15-3-2017 08:59 PM
makin parah malaysia sekarang ini
Quote dodolgemok 15-3-2017 09:12 PM
Mungkin kena organize jah aktiviti sebegini. Dah maybe temuramah diorang dulu, dah makan ke?
Quote mongoose_kidz 15-3-2017 09:22 PM
pada aku baik lagi bg stray cat mkn...
lepas ko bg mkn tu..kucing tu akn tgk je kita mcm nk ckp terima kasih..speechless weh..
nak nangis rase.
tp yela..lain org lain cara
Quote jazaa100 15-3-2017 09:23 PM
Knp nak tlg dorang ni?....

Badan sihat walafiat....carikn dorang keeja le....atau buat kilang keluarkn air minuman ke....suruh dorang kerja...upahnya bg mkn, tempat tgal & duit poket....


Quote kucen_miang 15-3-2017 09:31 PM
CARI_Kolumnis replied at 15-3-2017 05:51 PM
Di Malaysia jumlah mereka yang berada di jalanan tiada rumah agak membimbangkan dengan angka yang h ...

diva aa pun selalu streetfeeding
Quote pittjie 15-3-2017 09:46 PM
gelandangan ni biasanya duduk kat kaki lima sbb pilihan sendiri. ada tu mmg penagih tegar, malas kerja. tak kuasa aku nak join kawan2 yg aktif streetfeeding tuk gelandangan.
Quote pelicano 15-3-2017 09:58 PM
Baik buat project tolong anak yatim .....
Quote krustykrab 15-3-2017 10:01 PM
mongoose_kidz replied at 15-3-2017 09:22 PM
pada aku baik lagi bg stray cat mkn...
lepas ko bg mkn tu..kucing tu akn tgk je kita mcm nk ckp ter ...

Betul tu dari bg yg sihat walafiat ada akal makan percuma ada baiknya kita sedekah kt binatang2 jalanan ni, diorg ni sah2 la x de akal, x leh cari keje

I loike miaw tp malas nak bela  
Quote umbut 15-3-2017 10:44 PM
Yg rajin sangat membantu ni, konon prihatin..makin berlemak lah diorang ni.. tadah je.. semua free..
Quote clarizsa 16-3-2017 12:06 AM
Makin ramaila pemalas kt msia. Senang xyah kerja pun dpt makanan. Org lain susah payah kerja sbb kencing berak pun kna byr kt IWK tiap bulan. Yg pemalas biawak hidup senang2 je puihh.
Quote ~boolean 16-3-2017 12:38 AM
aku pernah ikut satu ngo ni beri geladangan makan..lama juga aku ikut serta...
awal2 kasian...lama2 menyampah...
bila rasa diri tak ikhlas, aku berhenti

antara sebab utama aku menyampah karena sikap geladangan tu sendiri.
kalau bercakap dengan mereka, ramai yang suka jadi geladangan. Pilihan sendiri. Ada yang punya kerja, tapi  pilih tidur tepi jalan sebab nak melayan feel. Ada yang naik lemak minta makanan sedap sikit sebab ngo lain beri makanan sedap.

Sebab kedua karena volunteer yang kaki selfie mengharap like kerana buat kebajikan. Usahanya sikit, tapi berselfie macam dia lah yang paling kuat berkerja.
Quote ~boolean 16-3-2017 12:41 AM
street cleaning aku tak berminat. Rumah sendiri pun bersepah

lagipun bercakap dengan geladangan tentang kebersihan umpama kerja sia2...
sedangkan hijabista yang stylish, mekap tebal badan spray satu botol perfume  pun hakikatnya bilik macam sarang tikus..
apa lagi nak diharapkan dari geladangan?
Quote Lolalala 16-3-2017 12:52 AM
byk sangat street feeding ni sampai rasa mcm tak berbaloi. menggalakkan mereka hidup macam tu bukan membendung masalah.
Quote missDollie 16-3-2017 07:42 AM
Ha'a..baik aku bantu keluarga aku dulu dari gelandangan ni..koser La nak prihatin kat orang luar kalau keluarga pun cukup makan..

Lihat semua komen(38)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 08:05 PM GMT+8 , Processed in 0.077435 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top