CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

10 Hari Demam, Rupanya Isteri Shukri Yahaya Kena Kencing Tikus

29-3-2017 11:14 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 20033| Komen: 116|Original author: Oleh: Maly Rosli

Umum maklum virus kencing tikus bahaya kepada manusia. Lebih mengejutkan, isteri aktor Shukri Yahaya, Tya disahkan dijangkiti virus berkenaan.



Tya atau nama sebenarnya Siti Nurfatihah Ahmad Adnan, 25, dimasukkan ke wad sebuah hospital swasta di ibu kota, semalam. Memetik Kosmo!, Tya sebelum itu mengalami demam berterusan selama 10 hari, namun doktor di klinik gagal mengesan penyakit berkenaan lebih awal.

“Dalam tempoh 10 hari itu, ada hari yang dia sihat namun apabila diserang demam, suhu badannya mencecah 39 hingga 40 darjah celcius dan badan akan menggigil menjelang malam.

“Apabila badan Tya mula sakit-sakit dan dinaiki bintik-bintik merah, kami terus ke hospital dan melakukan ujian darah sebelum doktor mengesahkan dia mengalami simptom penyakit kencing tikus,” katanya kepada Kosmo!.



Foto: IG Shukri Yahaya

Walaupun isteri pelakon itu semakin pulih, dia masih perlu dipantau di hospital sehingga kesihatannya benar-benar stabil.

Dalam masa sama, Shukri melahirkan rasa syukur kerana virus itu tidak sempat menjangkiti darah atau mana-mana organ penting di dalam tubuh Tya.

“Alhamdulillah. Syukur juga sekarang jadual penggambaran saya tidak padat dan mempunyai masa untuk menjaganya di hospital pada waktu malam.

“Sementara Tya berada di hospital, anak kami, Aaira Ameena,tujuh bulan, dijaga oleh ibu saya, Ruhaini Malek,” katanya lagi.

Virus kencing tikus sangat bahaya kerana ia boleh membawa maut. Semoga orang ramai lebih berhati-hati dan prihatin dengan keadaan sekeliling dan kesihatan diri. - CARI
26

Bagus
37

Marah
27

Terkejut
28

Sedih
28

Lawak
19

Bosan

Friends Rank (165 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ReginaGeorge 28-3-2017 09:35 PM
Takut la nak makan luar.. Kdg restaurant je nmpk bersih, kat dalam dapur
Quote samasam90 28-3-2017 09:42 PM
i ingatkan kes hampir sama dgn cikki indon kat ci.

Quote kechikchomel 28-3-2017 09:51 PM
kawan saya punya colleague, pernah kena kencing tikus..Dia boleh baik pastu, tapi tangan dgn kaki dia kena potong. Effect dr virus tu la kot
Quote sukacactus 28-3-2017 09:53 PM
samasam90 replied at 28-3-2017 09:42 PM
i ingatkan kes hampir sama dgn cikki indon kat ci.

Hahaha...mengarut betul news indon tu  
Quote bellxx 28-3-2017 10:01 PM
semoga sembuh tyaaa
Quote barfi 28-3-2017 10:02 PM
Apa sebab ek kencing tikus ni? Risau pulak
Quote tanakkampung1x 28-3-2017 10:04 PM
Saya kenal 2 orang yang sembuh dari kencing tikus yg dikesan awal.
Quote batman_2007 28-3-2017 10:06 PM
Semoga sembuh
Quote wolf_cute 28-3-2017 10:06 PM
Get well soon tya....seriau lak dgr kencing tikus ni.kwsan perumahan ak byk tikus...
Quote grouper 28-3-2017 10:07 PM
Biasa dengar kencing tikus kena lepas lawat hutan lipur..tapi rasanya restoran2 yg kotor lagi byk n gemuk tikus2 die nape xde org yg keje situ kena kencing tikus...
Quote tanakkampung1x 28-3-2017 10:07 PM
barfi replied at 28-3-2017 10:02 PM
Apa sebab ek kencing tikus ni? Risau pulak

Sejenis bakteria yang dipanggil leptospira dibawa oleh haiwan (tikus, babi, kambing, kuda, etc) dan boleh berjangkit kepada manusia. Biasanya bila kita terminum atau terdedah kepada hasil perkumuhan haiwan (contoh air sungai, makanan tercemar, etc)
Quote barfi 28-3-2017 10:10 PM
tanakkampung1x replied at 28-3-2017 10:07 PM
Sejenis bakteria yang dipanggil leptospira dibawa oleh haiwan (tikus, babi, kambing, kuda, etc) da ...

Ohh tq ya..
Quote mommymonster82 28-3-2017 10:11 PM
Kesiannya... Moga cepat sembuh..
Quote pocongkiutss 28-3-2017 10:12 PM
Alamak risaunya
Quote de_ikea 28-3-2017 10:13 PM
Moga Allah beri kesembuhan pd tya. Get well soon. Mesti aira rindu sgt dah tu.
Quote sheqim 28-3-2017 10:16 PM
Suka ngan tya ni..dannn sangat suka kat aaira yy comel berlesung pipit itewwww...

Get well soon tya..mesti aaira tercari2 mommy dia mane..uwaaaa..dh la tya ni f anak dia kn? Shian aairaaa...
Quote nur.nilam.sr 28-3-2017 10:16 PM
Kencing tikus?! Syafakillah Tya. Moga baik2 saja utk ShukTya sekeluarga.
Quote RatuDunia94 28-3-2017 10:17 PM
X ckp ke sheols kena kt mana?
Quote GigaMom 28-3-2017 10:19 PM
Semoga sembuh.

Lihat semua komen(116)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 05:17 AM GMT+8 , Processed in 0.050668 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top