CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Aku Gemuk, Hang Panas Pungkoq Pasaipa"-Gadis Berang Dikecam Netizen

4-4-2017 10:29 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 16031| Komen: 76|Original author: Oleh: Myra Rozi

Setuju atau tidak, sesetengah wanita di media sosial memang gemar memuat naik gambar atau status untuk menarik perhatian orang ramai.

Kadang-kadang perkara yang dikongsi itu membuat dirinya sendiri dikecam dan inilah yang terjadi pada seorang gadis di Twitter.

Gara-gara memuat naik sekeping foto dengan kapsyen "Aduh Gemuk", dia dihentam teruk oleh netizen.

Dia sendiri tidak menyangka gambanya menjadi tular sehingga ada yang membalas dengan kata-kata kecaman dan melampaui batas.

Kebanyakannya memerli diri gadis ini yang kononnya dengan mengatakan dirinya gemuk, pengikutnya akan memujinya sebagai kurus dan cantik.


Namun, bukanlah niat untuk meraih perhatian, ada cerita di sebaliknya. Sebenarnya gadis ini memang mengalami pertambahan berat badan sebanyak 13 Kg, dan disebabkan itulah dia  menyatakan dirinya sudah gemuk.

Bagi membalas balik segala kecaman, gadis ini turut memuat naik beberapa status lagi untuk menjelaskannya.


Buat pengetahuan, gadis ini dahulu memang gemuk, sekarang lihat sahaja perubahannya. 
Hakikatnya, apa yang kita nyatakan memang kadang-kadang akan disalah ertikan oleh orang lain. Bertabahlah.

Nasihat buat anda di luar sana, selidik dahulu cerita sebenar sebelum menjatuhkan hukum kepada orang lain ya. -CARI

8

Bagus
3

Marah
1

Terkejut

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (14 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Jerambut

  • gadiz


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Siputjelly 4-4-2017 10:35 AM
ohhh izaty ni kaaa? founder locion ke benda entah. dulu dia memang gemok , gelap. skrg dah slim melim & putih. hohoho. gemok sebab dah naik berat. normal lahh
Quote prettyuglybabe 4-4-2017 10:43 AM
semoga beliau gemuk macam adibah noor tak kurus-kurus dah
Quote CiliPadiSedap 4-4-2017 10:54 AM
kajian kaka lebih 90% penjual produk kurus tak kurus tapi bambam dan gemuk melanton..
produk kurus kebanyakan testimoni beli atau paid review..

Quote me_xy82 4-4-2017 10:55 AM
itu makanannye..
Quote cheergirlz 4-4-2017 10:55 AM
macam2 ragam..lain org lain pandangan...
Quote suka2 4-4-2017 11:22 AM
Attention seeker je pompuan ni. Badan gemok gitu rerajin je la gi gym jaga makan 2-3 bulan nnt ok la bkn mcm syanie bertahun baru bole mengecik sikit. Sheol ingat merempan gemok bagai kat twitter gitu netizen molot busuk nk puji puja ka
Quote aleesyasofia 4-4-2017 11:27 AM
lain kali upload gmbr xyah la nak letak caption gemuk2 ke kurus2 ke chubby2 ke.. mmg mntk pnampo jer.. nyampah aku dgn org2 yg mcm nie..
Quote alieyrina 4-4-2017 11:31 AM
Kaan dah mendapat..
Quote KucingKedai 4-4-2017 11:32 AM
Ntah le. Biasenya org kalau dia betul2 rasa down ngan diri dia, rasa gemuk, takdenya pi upload gamba penuh..
kalau org tag dia untag balik. Silap2 unfriend/ block. hahaaaa
Quote myakayina 4-4-2017 11:34 AM
gemuk klu berpenyakit eloklah dikawal pemakanan dan jaga kesihatan..
Quote green~tea 4-4-2017 11:38 AM
mcmana dia boleh jadi putih gile babas compared ngn gambar lama berkerak dia?? dia pakai ape? or amek supplement ape? OMG.. people nowadays sanggup go extreme semata nak putih melepak camtu
Quote fofuler 4-4-2017 11:42 AM
Vuduh. Lain kali takyah lah upload gambar dengan caption mengundang. BBNU masa kini :
Quote retnoel 4-4-2017 11:43 AM
..ko yg up status ko yg sentap..
Quote missDollie 4-4-2017 11:49 AM
Kenapa ko pakai tudung dengan legging?
Quote miemiecha 4-4-2017 11:56 AM
teringat dlu ada pakcik kat sepital ni, masa tu iklan langsing badan niyok tu.. pakcik tu sound ' masa gemuk pandai pakai longgar, dah kuruih, mcm belit nangka..' xtau malu...
Quote prettyrara 4-4-2017 11:56 AM
Org yg gemuk lepastu bila dpt kurus mmg perangai mcm ni ke? Aku ada kawan dulu gemuk tetiba diet bagai nk gila mmg kurus keding. Tp caption memanjang gemuk. Sikit2 gemuk. Aku pn naik menyampah tgk.
Quote cucuq 4-4-2017 12:15 PM
putih giler dari sebelum ni..biarlah x putih pon asalkan kulit sihat sudah..ni sanggup bahayakan diri semata2 nak putih..
Quote Jorja 4-4-2017 12:49 PM
I yg kulit putih nak pegi klinik tanned kalu ada.. bukan tak bsyukur..saja nak sindir orang gelap yg suka whitening..mcm boring pula bila ramai dah putih
Quote Leo_Gurlz 4-4-2017 12:50 PM
Hahahaha kann dah kena kecam. sekarang jangan main semuaa nak kena kecam

Lihat semua komen(76)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 07:00 PM GMT+8 , Processed in 0.077818 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top