CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Remaja Hampir Maut Selepas Lakukan Tekan Tubi

4-4-2017 03:07 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 7174| Komen: 30


Akibat melakukan senaman tekan tubi sebanyak 20 kali tanpa henti, seorang remaja berumur 19 tahun hampir menemui ajal apabila jantung dan paru-parunya tiba-tiba kejang.


Kejadian tersebut berlaku di Kaohsiung, Taiwan dan ketika itu remaja tersebut dikatakan sedang menjalani senaman kecergasan. 

Difahamkan, sebaik sahaja selesai menjalani senaman latihan tekan tubi, remaja itu mengalami kesakitan di bahagian atas perut dan kemudian terus pengsan.

Memetik laporan akhbar Apple di Taiwan, doktor berkata hasil rawatan mendapati diafragma dalam badannya telah pecah, sekaligus mengakibatkan limpa dan perut beralih masuk ke bahagian dada. 

Seterusnya bahagian jantung dan juga paru-paru berubah dari kedudukan asal. Selepas dua hari ditemui dalam keadaan pengsan, lelaki itu serta-merta dihantar ke hospital untuk rawatan kecemasan. 

Walau bagaimanapun, lelaki itu akhirnya berjaya diselamatkan setelah menjalani pembedahan di bahagian limpa dan perutnya.- CARI







15

Bagus
11

Marah
26

Terkejut
13

Sedih
20

Lawak
14

Bosan

Friends Rank (99 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mieymiey 4-4-2017 03:13 PM
Selepas dua hari ditemui dalam keadaan pengsan??
Quote kuzaime 4-4-2017 03:28 PM
Cikgu2 kena take note benda ni..kdg denda budak suh tekan tubi berpuluh Kali..bila x larat or stop pi rotan budak suh teruskan..
Quote iusedtolikeyou 4-4-2017 03:45 PM
scary
Quote EvieWanKenobi 4-4-2017 03:46 PM
bahaya juga kalau tak tau teknik yang betul..
Quote crukcruk 4-4-2017 03:47 PM
cehhh, baru nak tulis neraka kirim salam. tak mati rupanya.

Quote Rainrein 4-4-2017 03:50 PM
Xde orang sedar ke pasal budak nih. Dah dua hari baru orang jumpa. Nasib belum sampai ajal.
Quote WhiskeyScotch 4-4-2017 04:01 PM
doktor berkata hasil rawatan mendapati diafragma dalam badannya telah pecah, sekaligus mengakibatkan limpa dan perut beralih masuk ke bahagian dada.


Ngerinya!!!
Quote Lorra2411 4-4-2017 04:27 PM
Selepas dua hari ditemui dalam keadaan pengsan


Quote miemiecha 4-4-2017 04:42 PM
mak aih.. blh jd camni plak ye,,, skeriii
Quote chinta89 4-4-2017 04:58 PM
2 hari pengsan????? biar betul?
Quote matchstick 4-4-2017 04:58 PM
kesian..2 hari pengsan xde org sedar. naseb baik ada umur lagi. 2 hari pengsan xde makan minum dgn organ dalaman sume dh teranjak kedudukan. miracle jugak lah. ke normal je bg doktor2
Quote iusedtolikeyou 4-4-2017 05:29 PM
its not 2 hari pengsan i think. writer cuma buat teruk sikit je kot. twist ayat.
Maksud, dia cuma pergi hospital lepas 2 hari orang jumpa dia pengsan.

I pun pening..
Quote AbukRokok 4-4-2017 06:37 PM
lembiknya kau dik

akak sekali tekan tubi 20 repetitive 4 setdalam masa 5 menit ...dah kira ringan dah tu
Quote fox. 4-4-2017 06:41 PM
Mujur tak penah terjadi pada diri akak.syukur
Quote Noyen 4-4-2017 07:00 PM
Ngerinya. Aritu tengok video yang lutut lock time tgh exercise guna weight tu (xtau ape nama. Yang baring pastu tolak weight guna kaki ke atas tu)
Tgh tolak tu lutut kiri lock lantas terlipat ke depan kaki beliau.
Quote ohnoLia 4-4-2017 08:50 PM
Camne buat tekan tubi sampai pecah diafragma....confusenyaa
Quote Sayaaa 4-4-2017 10:34 PM
allah kesiannya
Quote ejans 5-4-2017 12:36 AM
kuzaime replied at 4-4-2017 03:28 PM
Cikgu2 kena take note benda ni..kdg denda budak suh tekan tubi berpuluh Kali..bila x larat or stop p ...

Waktu sek dulu.kitorang 1 class kena denda... keruk ketampi 50 kali...
Mmg semput r..
Ada sorang bdk lali kelas aku ni ..gemokk btolll..
Skali abis 50 kali.. dia tercungap2 nak pengsann....
Seb bek ada cikgu kelas sbelah buat ape ntaah.. mcm support penafasan dia..panggil ambulans..  2 mingfu gak arr dia cutii.. dgr cita.. kalo ambulans lambat dtg or cikgu tu x tlg, mmg boleh innalillah bdk tu...

Scary bila pk kan
Quote kuzaime 5-4-2017 12:44 AM
ejans replied at 5-4-2017 12:36 AM
Waktu sek dulu.kitorang 1 class kena denda... keruk ketampi 50 kali...
Mmg semput r..
Ada sorang ...

Pernah merasa jugak..kena ketuk ketampi berpuluh Kali, naik ketaq kepala lutut oiii jln pun mengengkang semacam aje lpas tu..

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 06:45 AM GMT+8 , Processed in 0.052876 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top