CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tarik 7 Kereta Guna Buah Zakar, Pakar Kung Fu Pecah Rekod Peribadi

7-4-2017 04:21 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 7691| Komen: 32

Sebelum ini pernah dilaporkan ada individu di China yang mampu menggerakan kapalterbang hanya dengan menggunakan tali yang digigit dengan mulut. 

Yang terbaru, memetik laporan Mail Online, seorang pakar kung fu dikenali Ye Wei yang juga berasal dari China berjaya menggerakkan tujuh deretan kereta jenis Audi sejauh lapan meter (26 kaki) menggunakan tali yang diikat pada kemaluannya di Wilayah Shandong, pada 30 Mac lalu.

Ini sekaligus membuktikan bahawa kerja kerasnya selama ini mendalami ilmu mempertahankan diri ‘berbaloi’. 

Kejayaan Wei menarik tujuh buah kereta itu turut menyaksikan rekod peribadi yang dilakukan olehnya pada April tahun lalu dengan menarik lima buah kereta berjaya dipecahkan.

Cubaan Wei menarik tujuh kenderaan menggunakan buah zakarnya turut direkod, sebelum dikongsi oleh Pear Video pada 31 Mac lalu.

Berdasarkan video, Wei mengikat tali yang menghubungkan tujuh buah kereta jenis Audi pada buah zakarnya, memberi tumpuan sepenuhnya dengan menyalurkan kekuatan melalui kemaluan sebelum secara perlahan-lahan menggerakkan kenderaan berkenaan, yang dianggarkan berat melebihi 12.6 tan.

Wei mendakwa aksi yang digunakan olehnya itu dipanggil 'Xi Sui Gong Xi' atau teknik Sui, yang mana ia merupakan teknik sama yang diamalkan oleh pengikut Taois untuk meningkatkan tahap kesuburan mereka.

Wei memberitahu wartawan Pear Video bahawa dia telah mengamalkan kung fu sejak 30 tahun lalu dan kini menjadi pengetua bagi tiga buah sekolah seni mempertahankan diri.- CARI





sumber foto: Daily Mail
sumber foto: Daily Mail




8

Bagus
11

Marah
12

Terkejut
15

Sedih
14

Lawak
23

Bosan

Friends Rank (83 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Loxlaxman 7-4-2017 04:31 PM
Biasa jer...tangkap ketam nipah huloq teloq dia ja dalam lubang bagi ketam kepit....
Quote cendolsantan 7-4-2017 04:32 PM
Fuhyoo, hebat betul kote pakar Kung Fu ini... 7 kereta ditariknya... nak belajar kung fu dengan abang ni lah
Quote sebu1 7-4-2017 04:32 PM
Kahkah
Quote jlo 7-4-2017 04:39 PM
camni pun bole
Quote cHimo 7-4-2017 05:04 PM
Wow hahaha..
Quote chacon 7-4-2017 05:10 PM

camane orang nak percaya kalau anu dalam video pun diblurkan. orang boleh kata mungkin tali diikat kat tali pinggang..

baik bagi video yg x blur supaya x timbul was2



Quote Esmiria 7-4-2017 05:36 PM
geli doeeeee....
Quote catalina 7-4-2017 05:36 PM
Tak nampak pekdahnya klu boleh tarik kapal sekali pon
Quote mirandanicky1 7-4-2017 07:40 PM
Putus kote tu baru tau
Quote xtahumenahu 7-4-2017 10:06 PM
X sakit ke...adoyaiiiii
Quote miznora 7-4-2017 10:30 PM
tak sakit ke.. aku pulak rasa mcm sakit
Quote Deidra 7-4-2017 11:01 PM
Agak-agak bengkak tak urat batang pinang dia lepas tu?
Quote wajevo 7-4-2017 11:10 PM
Orang pakai kote nak main,  nak tarik kereta pakai tow truck lah.
Quote Mary_jane 8-4-2017 08:00 AM
Cer tarik kereta naik bukit lak. Mau putus kang. Anyway, hebat seni pertahankan diri pakcik ni.
Quote airfilterkotor 8-4-2017 08:05 AM
Ekceli, dia buat tu untuk buktikan apa?

Zakar kuat?

Fungsi utama zakar untuk apa?
Quote airfilterkotor 8-4-2017 08:09 AM
Kalau semata nak tunjuk ko buleh salur tenaga kemana-mana bahagian badan, perlu ke sampai ke zakar tu?

Tak relevan langsung.
Tarik guna jari kelingking sambil duduk posisi bertapa pun boleh  kalau dah mampo sangat salurkan tenaga tu.
Quote insulin 8-4-2017 09:28 AM
Hmmmm..... Mengkagumkan..
Quote Decaffeinated 8-4-2017 09:41 AM
boleh function lagi ka that poor thing lepas ni... aku rasa itu lagi penting kot....

Quote ronapink 8-4-2017 09:58 AM
macam2         

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 08:28 PM GMT+8 , Processed in 0.089154 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top