|
Seorang pembaca berita terkenal New Delhi, Supreet Kaur mengetahui kematian suaminya ketika sedang membaca berita mengenainya semasa bersiaran langsung. Kaur yang bekerja di di stesen televisyen IBC24 dilihat tenang ketika mendengar laporan tentang satu kemalangan maut yang melibatkan suaminya. Menurut laporan Indian Express, sewaktu rakan wartawan yang berada di lokasi kejadian melaporkan jenis kenderaan yang dinaiki, Kaur mula menyedari mangsa nahas adalah suaminya sendiri, Harshad Kawade. Apa yang mengagumkan editor dan rakan setugasnya adalah sifat profesial Kaur yang tetap meneruskan tugasnya membaca berita selama lebih 10 minit. Walau bagaimanapun, dia tidak dapat menahan kesedihan dan akhirnya menangis setelah selesai menyampaikan berita pada hari tersebut sebelum bergegas ke lokasi kemalangan. -CARI
|
|
27
![]() Bagus |
27
![]() Marah |
16
![]() Terkejut |
17
![]() Sedih |
28
![]() Lawak |
22
![]() Bosan |

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity
kdg2, berita mcm ni, nak2 jika yg meninggal tu org yg paling dekat ngan kita, mcm mak,ayah,adik beradik, anak etc..mmg kita x mmpu nk menangis, bukan sebab x sedih, tp hati terlalu terkejut smpai fikiran jadi kosong sekosongnya..tp lepas dr tu, mmg air mata mcm air sungai..
kaz2y5 replied at 11-4-2017 02:12 PM
sian nyer
teringat drama jepung "news no onna" / anchor woman
ADVERTISEMENT