Telur. Semua orang reti masak telur. Paling kurang pun, buat telur rebus atau telur goreng, bukan? Tapi pernah tak anda terjumpa lima 'egg hacks' ini? Jika belum, cepat tengok!
1. Telur Emas (Golden Egg) Bahan: Telur dan sarung kaki wanita Caranya: 1. Masukkan telur ke dalam stoking dan pusing telur selama lebih kurang 30 saat. 2. Keluarkan telur dan rebus. 3. Kupas kulit telur dan anda akan dapat TELUR EMAS! 2. Leceh nak asingkan kuning telur? Ini caranya. Bahan: Telur, mangkuk dan botol plastik minuman Caranya: 1. Pecahkan telur di dalam mangkuk. 2. Picit sedikit badan botol air tanpa melepaskannya. 3. Sentuh mulut botol pada kuning telur sambil perlahan-lahan lepaskan genggaman pada botol. 4. Nah, kuning telur anda! Mudah, bukan? 3. Ukur kesegaran telur Bahan: Telur dan segelas air Caranya: Masukkan telur ke dalam gelas berisi air. Telur itu segar jika ia tenggelam ke dasar gelas. 4. Cara mudah kupas kulit telur Caranya: 1. Masukkan telur rebus yang baru diangkat dan masukkan ke dalam mangkuk berisi air ais. Biarkan sejuk. 2. Golekkan telur dengan tapak tangan dengan diberi sedikit tekanan sehingga ia merekah. 3. Anda akan mengupas kulit telur dengan mudah sekali! 5. Berapa lama masa diperlukan untuk merebus telur? Jika anda masih belum mencuba teknik-teknik ini, cubalah! Mesti rasa macam 'Wah, macam ni rupanya cara dia'! - CARI
|
17
Bagus |
5
Marah |
10
Terkejut |
5
Sedih |
11
Lawak |
7
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
chinta89 replied at 11-4-2017 02:15 PM
wahhhhhh telur emas tu, mmg x penah tahu
tekur rebus, iols suka ade lembik2 sikit. mcm ...
ADVERTISEMENT