Sebut sahaja ular pasti kebanyakan dari kita sudah meremang bulu roma, bukan? Nanti dulu, jangan lari ketakutan kerana spesies ular yang satu ini bukan sahaja dapat dibelai malah boleh beramah mesra dengannya. Ya, kalau anda seorang yang berani dan mahu mencabar diri, kunjungilah Pulau Ular yang terletak di Desa Pai, Nusa Tenggara Barat Indonesia ini. Pulau ini terletak di antara Pulau Gilibanta dan Tolowamba. Terkenal sebagai destinasi kunjungan pelancong dari seluruh dunia, tempat ini menawarkan pengalaman yang cukup berbeza dari tempat lain. Ia merupakan habitat bagi ular laut yang unik berwarna campuran perak dan hitam berkilat. Spesies ular yang dipanggil Laticauda colubrina ini sangat mempesonakan bila terkena cahaya matahari. Ajaibnya ular-ular di sini umpama rakan karib manusia kerana pengunjung boleh bermain-main dengannya. Kalungkan sahaja ular di leher, ular-ular di sini sangat jinak kerana tidak akan menggigit atau membelit. Ada pengunjung yang pernah datang ke sini menyatakan dia sangat tenang apabila dapat bermain dengan haiwan reptilia tersebut. Menurut cerita penduduk tempatan, di sebalik keunikan tersebut, ada satu mitos mengenainya. Pengunjung tidak dibenarkan membawa ular tersebut keluar dari pulau dan sesiapa yang mengingkarinya akan ditimpa musibah. Hanya terletak 45 minit dari Kota Bima, pengunjung boleh menaiki kenderaan darat untuk ke sini. Selepas sampai di Desa Wera, ada perahu yang disediakan untuk pengunjung naik menuju terus ke Pulau Ular. Jadi bagaimana, ada sesiapa yang berani mahu pergi ke sana? -CARI |
15
Bagus |
9
Marah |
10
Terkejut |
17
Sedih |
11
Lawak |
11
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT